sebab dah terdraft lama so why not I published it.
I missing you guys❤️
And also in this title board.❤️-——————— ➿ ———————-
HUMANOID : 12 — MIRAN SAYANG
-—————🔺ENJOY🔻—————-
Jung Hoseok mula memasukkan kata kekunci pada pengakses lalu pintu kaca itu terbuka sendiri. Lelaki itu menghayunkan langkah mendekati kapsul setinggi manusia yang tersambung pelbagai wayar.
Sekelilingnya penuh dengan skrin yang memaparkan data-data perkembangan seseorang juga memori-memori si dia bersama Hoseok sehingga dihujung ajalnya.
Hampir sahaja bergenang air matanya bila terlihat siaran yang dipamerkan.
Tapak tangan Hoseok menyentuh permukaan kapsul yang dingin itu. Lingkaran bulat bercahaya putih bergerak mengimbas kapsul putih itu.
Kepulan asap mula terembes keluar dari kapsul seiring kapsul itu terbuka perlahan. Tanpa diminta, mata Hoseok membahang dan jantungnya berdegup hebat menunggu figura yang lena didalamnya.
Penglihatan Hoseok menjamah figura wanita yang pucat membiru seakan lena dalam kapsul yang bersuhu 4 darjah celcius.
"Kwon Miran, berat sungguh aku nak lepaskan kau pergi." Getar suara Hoseok meluahkan kata.
Hoseok mula menarik lengan Miran lalu mengendong tubuh wanita itu keluar dari penjara buatannya.
###
"Daddy nak bawa Mama pergi mana?"
Langkah Hoseok terhenti di hadapan rumah agamnya. Panggilan 'mama' yang terlucut dibibir Malise buat hati Hoseok dijentik perasaan hiba. Hoseok merenung ke arah Malise yang berdiri bersama wajah kosong.
Malise tak pernah bersua dengan mamanya sendiri juga tak pernah merasai kasih sayang seorang ibu.
Dalam diam, Hoseok menyalahkan diri sendiri.
"Oh, lupa daddy dah pergunakan Mal so why not daddy bebaskan Mama dari terperangkap dalam penjara buatan daddy kan?" Sinis Malise bersama senyuman kecil. Matanya hanya terpahat pada wanita didalam gendongan ayahnya.
"Apa Mal merepek ni? Daddy tak berniat pergunakan Mal. Daddy cuma mahukan pengganti atau peneman. Hina sangat ke, Malise Jung." Pujuk Hoseok.
Malise berdesup muncul dihadapan Hoseok lalu melangkah melepasi lelaki itu selepas membisikkan sesuatu di telinga Hoseok.
"Manusia penuh dengan muslihat dan penipuan. Walaupun kau beridentitikan ayah tapi kau tak lari dari sikap negatif manusia." Ujar Malise dengan penuh makna.
Hoseok terpegun di tempatnya. Dia merasakan sesuatu yang aneh berlaku pada Malise Jung. Dia perlu pastikan itu.
Bekas abu dimasukkan ke dalam rak kaca lalu disusun bingkai gambar kecil disisi bekas. Banyak memori Miran dan Hoseok terakam dalam setiap satu gambar.
"Tenang kamu disana, sayang. Tak usah risau pasal saya. Saya akan tangani semua ni dengan baik. Saya genius ?" Terukir senyuman kecil pada dua ulas bibirnya.
Pintu rak itu ditutup rapat lalu melekatkan sekuntum bunga lili putih di permukaan pintu kaca itu.
"Maafkan saya, Miran. Saya tak berhak memiliki awak."
###
Pancuran air turun membasahi kulit sintetik Malise Jung. Rambutnya yang dulu grey asy bertukar hitam ikal mayang demi menyempurnakan identiti Lee Ji Eun.
Malise mengetap rahang pabila mengingati gadis itu. Tertanam perasaan iri hati pada gadis yang sudah mati.
Kepala Malise mula rasa berat siptom pemindahan sebelum ini. Mindanya juga akan mengimbas segala memori yang tersimpan dalam ingatan Ji Eun sepantas kilat.
Malise melelapkan mata sambil tangannya memengang kepala. Pancuran air ditinggalkan begitu sahaja. Langkah diatur mendekati cermin.
Gigi sinki digenggam erat oleh kedua tangannya menahan pening yang menyeksakan saraf otak.
"Argh, tak guna!" Maki Malise dalam kesakitan.
"Kasihan betul kau ni, Malise."
Kelopak mata Malise tercelik perlahan mendengar satu suara yang bergema di ruang bilik air. Perlahan dia mendongak.
Matanya tak berkelip melihat seorang gadis berambut parat bahu, grey asy muncul di biasan cermin yang jelas bukan dirinya.
Namun wajahnya tak tumpah seperti dirinya. Bagaikan kembar seiras.
"S-siapa kau?" Soal Malise.
Tanpa sedar, sakit di kepalanya mulai hilang. Gadis misteri di cermin mula memeluk tubuh dan menggeleng bersama senyuman sinis. Terasa figura itu memandang rendah terhadap Malise.
"Siapa lagi kalau bukan diri kau sendiri, Malise cuma.. kita wujud di tahun yang berbeza. Aku dari masa lepas manakala kau di masa hadapan. Terus terang, aku perlukan kau dan kau sangat-sangat perlukan aku."
Malise mengerutkan dahi seakan tak percaya. Perlukan dia menarik orang lain yang entah dari mana campur tangan masalahnya?
"Malise, aku berjanji. Kita sama-sama rampas semua hak kita." Tangan dihulur ke depan.
Huluran tangan dipandang seketika. Wajah Jungkook bermain difikirannya. Secara tidak langsung, Malise menyambut huluran itu tanpa fikir panjang.
Lampu mula berkelip-kelip seiring getaran kecil seperti ada bencana akan berlaku.
..................
donutbeanmochi
sangat sangat merindui anda. ❤️ terima kasih kewujudan akak juga menjadi salah satu pendorong untuk penulis setahun jagung sperti saya dan rakan sperjuangan yang lain. Moga allah murahkan rezeki akak miran. Terima kasih atas segalanya.💗

ANDA SEDANG MEMBACA
HUMANOID ' JJK
Science Fiction⚠️ H I A T U S JUNG HOSEOK | JEON JUNGKOOK Walaupun aku bukan gadis yang kau cintai, demi melihat kau tersenyum aku sanggup gadaikan perasaan cinta yang bertakhta dalam hati besi ini. "Mulai saat ini, awak akan jadi Lee Jieun bukan Malise lagi tau...