H-14

36 5 0
                                        

  -———————— ———————-

HUMANOID : 14
— DO YOU REMEMBER?

  -——————🔺ENJOY🔻—————-

Mata Malise tercelik luas dengan iris unggunya yang gemerlapan. Wajah Lelaki yang lena sambil mendakap tubuh berbalutkan silikonnya dipandang seketika. Bibir Malise tersungging sinis disaat dia mengusap rahang lelaki itu.

"Kau bagai dilahirkan semula, sayang. Aku? Hidup penuh dengan kacau bilau. Tanpa kau aku gila, Jung." Luah Malise berbisik dengan kata penuh makna tersirat. Hampir sahaja matanya berkaca.

Malise terus meloloskan diri dari dakapan hangat lelaki itu dan mula bersiap meninggalkan ruangan bilik itu tanpa disedari oleh Jungkook.

Hoseok mula rasa lenanya terganggu lalu mengiring ke kiri. Bau wangian citrus lemon yang melekat di hidungnya buat dia tercelik perlahan.

"Kamchagiyaa!" Jerit kecil lelaki itu.

Hoseok terus melompat dari katil melihat Malise berada disebelahnya baring dengan senyum kejahatannya. Gadis robot itu geli hati melihat saintis pintar ketakutan.

"M-mel, terkejut daddy. Kenapa Mel ada dalam bilik daddy ni?" Soal Hoseok dengan riak masih cemas.

Malise mula bangun dan bersimpuh atas katil empuk Hoseok. Gadis itu ligat bermain dadu hitam di dalam genggamannya. Pakaian dress putih yang mengikut tubuh badannya buat Hoseok berfikir panjang.

Seakan dia kenali sosok ini walaupun dia tahu itu Malise tapi humanoid merangkap anaknya ini terasa berbeza auranya.

"Siapa Malise? Kau tak ingat aku, Hoseok?" Soal Malise dingin sambil menggeleng dan iris violetnya tajam merenung wajah Hoseok.

Dua ketul dadu hitam berbintik merah yang menjadi mainan ditangan Malise ditilik sekejap sebelum dia tersedar. Jantungnya mula berdegup laju.

"Y-yuli? Tak tak mungkin kau—"

"Yes, thats me! Yuli Jung! Humanoid pertama kau yang sebenar! Sekarang kau hidup serba mewah dan semua masih angungkan kau padahal kau adalah syaitan!" Jerkah Malise.

2 dadu hitam dalam genggaman mula dilempar tepat ke arah Hoseok. Dadu hitam itu mula berubah menjadi satu rod kaca hitam mengandungi cecair merah beracun dan beruncing tajam. Tepat rod berbisa itu tertusuk pada bahu dan peha Hoseok.

Hoseok mula mengerang kesakitan dan melutut sambil memengang bahu dan pehanya yang mula mengalir darah.

"Nasib aku tukarkan cecair ke tahap pertama. Kalau tahap ketiga, kematian kau seperti diseksa kejam selama 30 hari." Ujar Malise memberi peluang.

Bagai teleportasi, Malise yang bersimpuh di katil kini berada betul-betul hadapan Hoseok. Rahang lelaki itu digenggam erat oleh tangan Malise agar mereka merenung sesama sendiri.

"Macam mana kau sesat ke sini?!K-kau dah buat apa d-dekat Malise ha?!" Soal Hoseok terketar menahan perih ditusuk.

"Untuk balas dendam! Untuk apa aku dibina kalau dibuat sebagai penutup segala silap kau, Hoseok! " Pipi Hoseok ditampar kuat.

Hoseok mula tersembap ke lantai dengan sadis. Peluh dingin mengalir ke wajah. Kedatangan 'Yuli' amat tidak disangkakan.

Malise mula berdiri lalu menghulurkan tangan ke arah leher Hoseok. Satu gelombang udara menarik Hoseok terapung diudara perlahan jari jemarinya digenggam penumbuk.

"Arkk!" Hoseok merenguh sakit.

Hoseok terasa badan dan jantung digenggam kuat bagai memerah jus keluar dari buah. Nafasnya kini tersekat dikerongkong.

Keistimewaan yang diberikan telah menjadi senjata utama Yuli manakala tubuh dan nyawa Jieun dan Malise dijadikan perisai. Tiada guna untuk melawan lagi.

"Aku pastikan malam ini adalah malam terburuk untuk kau Hoseok!" Laung Malise dengan kuat.

10 years back ~
Hoseok's

Aku merenguh sakit disaat tubuh terasa dihempas ke tanah seperti dilempar dari atas. Aku berguling ke sisi melawan rasa sengal-sengal yang menggigit seluruh tubuh sebelum aku mula tersedar aku di sesuatu tempat yang asing sekali.

Tanganku gagah menolak badan bangun dari tanah merah yang mengotori baju kemeja putih. Aku bingkas bangun dengan terhincut-hincut sambil menepuk ves beige di dada. Mataku mula meliar seluruh ruangan yang terasa bahang dan sempit.

Alatan- alatan seakan kepunyaan hospital aku pandang kosong sehingga pandanganku terkaku pada tv-tv yang tersusun di dinding simen yang dijadikan skrin. Aku aturkan langkah mendekatinya. Papan kekunci dan butang-butang kawalan yang mengawal apa yang terpapar di skrin aku sentuh lembut.

Aku baru tersedar. Inilah keadaan hidup aku ketika baru berjinak-jinak untuk menjadi saintis.

Aku pasti Yuli yang bawa aku ke sini.

"Abang, yul bawakan americano! Abang tahu? Diorang tak perasan Yuli robot, manusia memang berhati mulia." Puji Yuli yang baru melihat dunia dengan keterujaan.

Aku mengalih pandangan melihat Yuli bersama baret kuning milikku tersarung di kepalanya. Hati aku dihimpit serbasalah menggunung.

Inilah sifat Yuli dahulu. Ceria dan tak mudah mengalah persis Malise. Tapi aku gagal untuk jadi seorang abah malah seorang ayah sekalipun.

"HAHAHA, aku dapat rasakah kekesalan mulai menebal dalam hati kau. Selamat terseksa dalam memori gelap kau!"

Suara Malise menghentam di pendengaran walaupun dia ghaib. Wajah Yuli yang ceria dengan senyuman menjadi tatapan sayu.

.............................

Double update sbb double watch the eight mv 😭 sumpahla how iu look in the mv berpengaruh dengan cerita ni.
Part yang Malise duduk atas katil tuh

"Pakaian dress putih yang mengikut tubuh badannya buat Hoseok berfikir panjang."

From what shes wearing which is this part 👆🏻🙃

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

From what shes wearing which is this part 👆🏻🙃

Hm harap korang tak keliru dengan plot cerita ni🙃
If keliru komen dibawah okay?

HUMANOID ' JJKTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang