H- 15

14 1 0
                                        

-———————➿———————-

HUMANOID : 15 — TAKE OVER

-————— e n j o y —————-

Pintu bilik air diceroboh oleh Malise. Langkah gadis itu agak tidak stabil sambil memengang kepala. Kepalanya terasa sempit sekali. Imej memori masa lalu dan masa kini bercampur aduk menghentam fikirannya.

Akhirnya, gadis robot itu terjelepuk ke lantai. Mata dipejam erat. Nafas yang mencungap cuba dikawal.

"Y-yuli, lepaskan aku yul-li.. aku-aku tak tahan." Rayu Malise dengan nada lemah.

"Baru guna kuasa sikit dah lembik. Memang anak daddy lah kau ni!" suara Yuli berbaur perlian bergema di gegendang telinga Malise.

"J-jebal—"

Perlahan dunia Malise menjadi gelap gelita. Tak sampai beberapa minit, satu suara lelaki menyedarkan dirinya.

"Eun-shhi? Gwenchanayoo?" Soal Jungkook dengan riak kerisauan.

Kelopak mata Malise hanya separuh celik. Bibir pucat Malise melepaskan nafas lega, mindanya terasa lapang sekali. Aku beralih menatap wajah Jungkook.

"Jieun-ahh, awak kenapa? Tiba-tiba awak pengsan kat toilet, badan awak pun panas semacam. Kita pergi hospital nak?" Ujar Jungkook yang masih gelisah dengan keadaan Ji eun yang lemah.

Ji eun sempat tersengih. Tangan Jungkook sempat disentuh.

"Hospital tak jalan, wak." Kata Malise.

"Then?" kening lelaki itu terjungkit ke atas.

"Awak. Dengan awak jalan." Usik Malise walaupun separuh sedar.

"Ey, nuckalnyaa. Elok awak demam panas terus demam cinta saya buat. Ehe." Seloroh Jungkook dengan muka cringe.

Tawa Malise meletus dengan hebatnya sambil menolak wajah minta kaki Jungkook

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Tawa Malise meletus dengan hebatnya sambil menolak wajah minta kaki Jungkook. Hilang terus demam overhate rasanya.

Malise's

Hujan mencurah lebat membasahi bumi Seoul ketika ini. Suhu sekeliling yang semakin turun  memberi tindakbalas terhadap tubuh besi aku agar meninggikan suhu badan. Langkah aku aturkan menuju pintu Dewan Peringatan Kematian. Payung hitam dikuncupkan lalu diletak dalam bakul tepi pintu.

Aku menghilangkan diri sewaktu Jungkook ralit dengan kerja melukisnya. Harap dia tak kisahkan hal ini.

Rak kaca yang menyimpan sebahagian abu Ji eun menjadi tatapanku. Ini menjadi rahsia terbesar dalam hidup aku.

"Kau bahagia dekat alam sana? Adakah kau menunggu Jungkook?" Gumamku tanpa riak.

"Tak lama lagi, aku dengan Jungkook akan berkahwin. Ini yang kau mahukan bukan?" Soal aku lagi.

Sekuntum bunga ros pemberian Jungkook semalam dilekatkan pada pintu kaca rak tersebut. Roh Jieun berhak terima hadiah ini bukan aku.

Manakala Jungkook yang masih di rumah Malise mula mencari keberadaannya. Lelaki itu cuba menelefon namun tak diangkat. Hujan yang semakin lebat menambah gusar dihati terhadap gadis itu.

"Manalah menghilang dia ni?" Rungut Jungkook.

Jungkook membawa diri ke ruang tamu. Punggung dihenyak ke sofa lalu telefonnya dicampak ke tepi. Seiring dia menoleh ketepi matanya menangkap sebingkai gambar.

Gambar itu menarik perhatian Jungkook. Dia mengangkat bingkai gambar itu dengan tangannya untuk melihat dengan lebih dekat.

Professor Jung.

Jieun.

"M-malise?" Nama itu disebut beberapa kali sambil merenung kosong.

Dia baru perasan sejak dia dikeluarkan dari hospital. Tiada lagi berita mengenai Malise. Jujur dia rindu perilaku Malise yang agak skema itu.

Tanpa sedar Jungkook tersengih kecil.

Manakah dia sekarang ?



Gosh how can robot dirasuk hantu ? 🤯
W

ell stay tuned our Hoseok with his past!

HUMANOID ' JJKTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang