HUMANOID : CHAPTER 16
RYAN
🔹
hoseok's
Aku mencelikkan mata tersedar dari lena. Tubuh yang terasa sengal-sengal aku angkat dari katil bujang yang tampak lusuh dan nipis. Mataku meliar melihat sekeliling. Aku masih tersadai di masa lepas. Entah sampai bila Yuli Jung mahu aku menepu disini agaknya?
Jujurku. Keadaan Neotropolis sungguh daif dan terbantut dari segi sosioekonominya sebelum aku munculkan diri memperkenalkan idea teknologi yang aku simpan dalam otak genius ini. President Jeorge seharusnya menghargai aku sebagai mana tokoh-tokoh sains yang lain. Jasa dan nama merata-rata orang memuji dan menyeru kepintarannya.
Tak semena-mena aku tersenyum sendiri. Tekak aku terasa kering. Aku bingkas bangun dari katil usang itu.
Prak!
"ark—au au! " aku kembali terduduk sambil memengang pinggang dekkan tulang berderap kuat.
"abang abang! Abang sakit ke? Nak Yulli bawa hospital?" prihatin Yulli bersama riak gusar.
Aku mendongak melihat wajah Yulli. Tidakkah dia seorang baik hati? Walaupun dia hanya sebahagian memori bukan benar. Sedikit sebanyak aku sesal akan perbuatan aku.
"Boleh cerita dekat Yulli apa yang abang buat semalam sampai sakit sakit satu badan ni? " soalan gadis itu menyentak diri dari lamunan.
Automatik, Yulli melabuhkan punggung disebelahku. Bahu aku diurut-urut dengan tangannya. Perangainya sebijik Malise. Ada sahaja mahu dibodek.
Ah, rindu betul dengan anak daddy.
"well, abang tengah siapkan humanoid yang kedua. Versi lelaki. Abang gelarkan dia sebagai Ryan dan Ryan akan jadi kawan Yulli. " ujar aku panjang lebar.
Tanpa aku sedar, pengakhiran dunia bakal mencelah kebahagiaan Yulli yang baru belajar untuk hidup.
---
Hoseok mendaratkan beg kertas yang berisi beberapa helai tshirt putih dan sweatpants buat Ryan. Nama Yulli juga diseru.
Ryan baru sahaja dihidupkan tengahmalam tadi dengan jayanya.
"Yulli!"
Yulli terus tinggalkan meja makan yang sudah dihidangkan dengan makanan tengahhari. Walaupun hanya 3 mangkuk ramen bersama jeruk kimchi.
"Waeyo?" soal Yulli.
"tu, baju Ryan nanti bagi kat dia pakai okay? Abang nak tidur kejap, pening kepalaa. " ujar Hoseok sambil menunding ke arah beg kertas diatas sofa lama.
"err, o-okay. Abang pergilah rehat nanti Yulli bawakan ubat. " balas Yulli kekok sambil mengiringi langkah Hoseok dengan lirikan mata.
Beg kertas menjadi mangsa gegaran tangan Yulli. Sehelai baju dan seluar kelabu ditarik keluar dari beg kertas itu lalu berlari anak ke arah tandas. Pintu plastik itu diketuk dua kali.

ANDA SEDANG MEMBACA
HUMANOID ' JJK
Science Fiction⚠️ H I A T U S JUNG HOSEOK | JEON JUNGKOOK Walaupun aku bukan gadis yang kau cintai, demi melihat kau tersenyum aku sanggup gadaikan perasaan cinta yang bertakhta dalam hati besi ini. "Mulai saat ini, awak akan jadi Lee Jieun bukan Malise lagi tau...