-———————— ➿ ————————-
HUMANOID : 08
— Human Heater-——————🔺ENJOY🔻—————-
Malise's
Aku menghelakan nafas sebelum pintu mudah alih aku tolak ke tepi. Mataku bercahaya melihat ruangan gelap dalam bilik wad itu.
"J-jungkook?" Panggilku sambil menapaki ke dalam wad.
Katil yang kosong tanpa empunya buat aku mula berlegar-legar mencarinya. Aku mulai rasa gelisah. Jariku mula menyentuh di bahagian tepi dahi untuk mengakseskan ultra iris. Mata hazel aku berubah warna asal yang dimiliki semua robot iaitu biru bercahaya.
Kesan haba dan tapak kaki Jungkook yang ditinggalkan memberi impuls pada aku untuk bergerak laju keluar dari wad.
###
Batu ditangan Jungkook mula terlepas. Lelaki itu memejam mata dengan rapat bagaikan merela dirinya terbunuh.
Zziung! Bamm!
Batu besar itu terlempar dan pecah menjadi butir-butir pasir di tanah. Jungkook yang meniarap akibat terkejut dengan letupan mula mendongak melihat batu itu lesap.
Malise di gerbang hospital menurunkan tangannya yang tadi melepaskan satu cahaya merah yang panas seakan laser. Kakinya berlari mendapatkan Jungkook yang terduduk ditanah.
"Jungkook, awak tak apa-apa kan?" Wajah lelaki itu ditekap lembut dan ditatap dengan riak kerisauan.
Angin malam mula menerpa ke tubuh mereka. Habis kemerahan wajah juga telinga menahan sejuk bukan kepalang. Mata Jungkook tak berhenti melihat Malise. Hatinya terusik sesuatu.
Dirinya terasa selamat sekali.
Perlahan tangan lelaki itu menyentuh permukaan tangan Malise yang menekap dipipinya.
"Tangan awak panas.." gumam Jungkook.
Malise tersenyum lebar sehingga terlekuk lesung pipit di pipi kirinya. Segera di mendakap tubuh Jungkook yang kedinginan. Tubuh Malise diperbuat dari besi namun dengan ciptaan genius dari Prof.Hoseok, dia mampu memanaskan tubuhnya ketika keadaan semakin sejuk.
Dia bagaikan pemanas manusia.
"Jangan buat lagi, Jungkook. Saya tak nak awak mati. Saya tak nak." Rayu Malise dengan penuh perasaan.
Jungkook terkaku mendengar permintaan Malise yang entah siapa dari mana prihatin amat dengan dirinya.
"Em, M-malise. Poket awak berlampu." Ujar Jungkook spontan.
Malise berkerut lalu melepaskan pelukan. Dia melihat poket seluarnya berlampu menanda telefonnya ada panggilan. Malise mula berundur untuk menjawab panggilan.
Daddy? Ada apa call?
Jungkook ada dengan kamu?
Kebetulan, haah. Kenapa? Suara daddy macam cemas je ada sesuatu berlaku ke?
Jieun tengah nazak. Mal, tahukan apakan terjadi lepasnih? Mal even daddy kena siap-sedia.

ANDA SEDANG MEMBACA
HUMANOID ' JJK
Science Fiction⚠️ H I A T U S JUNG HOSEOK | JEON JUNGKOOK Walaupun aku bukan gadis yang kau cintai, demi melihat kau tersenyum aku sanggup gadaikan perasaan cinta yang bertakhta dalam hati besi ini. "Mulai saat ini, awak akan jadi Lee Jieun bukan Malise lagi tau...