-————————➿ ———————-
HUMANOID : 13 — YOURS
-—————— e n j o y ——————-
Malise's
Sikat hitam di atas meja solek aku capai lalu menyisir rambut kelabu yang parat atas bahu dengan perlahan. Iris yang dahulunya hazel kini berubah unggu gelap yang tampak menggoda.
Namun firasat aku berbisik mengatakan mata ini telah melihat sesuatu perkara kejam dan percikan api dendam mula membara hangat.
Selepas dia bernyawa dalam tubuhku. Diriku seolah lebih kuat daripada sebelumnya.
Tersungging bibir merahku melihat diri sendiri.
"Aku bukan besi kosong seperti kau, Malise. Malah aku lebih kuat dari robot tempur. Sikap manusia yang terkurung dalam input kau hanya melemahkan sahaja! Sikit pun tiada bawa untung!" Bidas aku yang dikawal oleh si dia lalu melempar sikat ke meja.
Ting !
Bebola mataku bergerak ke arah telefon pintar yang bernyala. Seperti yang aku sangkakan. Jungkook menghantar mesej maaf.
Laju sahaja tangan aku mencapai telefon dan membuat panggilan. Kotak suara aku perbetulkan. Aku membawa diri ke balkoni sambil mengambil mood.
Sayang, please please.. im so sorry. Gguk tau gguk gelojoh i—
Jung. Saya tak suka panggilan gguk tu. Boleh tukar jadi Jung?
Aku tersengih sinis mendengar suara Jungkook gelisahan. Sayang betul lelaki ini pada Ji Eun.
Anything for you.
Jung.. we have to talk. About us. Can you come here?
Do you mean your house?
Then?
Abang you? Hoseok?
Hes gone to somewhere. Cepatlah before i change my mind.
Aku letak panggilan begitu sahaja. Aku tertawa malu pabila teringatkan lelaki itu.
"Malise oh malise, mudah sangat nak selesaikan masalah kau. See? Satu per satu semuanya akan jadi milik kau. Sebagai balas jasa, izinkan aku pinjam jeon kau." aku riak sendirian dengan senyuman melebar.
Bintang-bintang yang terhampar di langit gelap menjadi tontonan. Angin yang meniup membawa sembilu kehilangan.
Moga kerinduan yang mendiami hati ini cepat pergi.
###
Pintu agam dibuka luas oleh Malise sendiri. Terpancul Jungkook berhoodie hitam bersama jambangan bunga ros putih ditangan. Riak Malise yang ceria berubah muram.
Eun, suka ros putih dari merah.
Memori Ji Eun dimana Jungkook menghulurkan ros merah padanya ditolak terpapar di cip memori Malise.

ANDA SEDANG MEMBACA
HUMANOID ' JJK
Ficção Científica⚠️ H I A T U S JUNG HOSEOK | JEON JUNGKOOK Walaupun aku bukan gadis yang kau cintai, demi melihat kau tersenyum aku sanggup gadaikan perasaan cinta yang bertakhta dalam hati besi ini. "Mulai saat ini, awak akan jadi Lee Jieun bukan Malise lagi tau...