Bab 6

8.9K 390 1
                                    

Minggu study week telah bermula. Para pelajar sibuk dalam menguruskan jadual mereka untuk membahagikan masa consultation di kubikel pensyarah masing-masing.

Bagi Nuha pula dia malas berjalan pagi- pagi ni. Baik study di bilik. Entahlah bila fikir lama-lama dia rasa bidang sains ni bukan diciptakan untuk dia.

Makin lama dia belajar, makin tak faham. Selalunya kalau ada kuiz tu keputusan dialah paling tercorot. Keluarga pun dah mula runsing dengan hala tuju Nuha ni.

Haih.

Nuha pun dah rasa down semacam. Tapi dia cuba untuk kuat. Usaha selagi boleh. Itu azamnya. Jika keputusan nya baik maka dia bersyukur. Jika sebaliknya.. Redha jelah... Ambil bidang lain.

Bunyi telefon berdering mematikan lamunan Nuha.

Lisa.

"Wei, Nuha kau kat mane? Tak nak pergi kubikel math ke harini? Aku dengan Syafiq dah sampai dah dekat kubikel ni"

"Erm, aku malas lah, besok jelah, hari ni aku nak buat latihan je. Tak nak lah bersesak dekat kubikel tu". Nuha menolak lembut.

Memang begini tradisi budak matrik. Kalau minggu study week memang penuhlah kubikel pensyarah. Ada yang sediakan tikar lagi sebab nak bertapa dekat situ.

Tapi memang meriahlah kubikel ni bila study week. Semua fokus dengan latihan je. Sampai ada yang berebut nak buat temujanji dengan pensyarah. Sampaikan pensyarah tetapkan jadual untuk sesi konsultasi. Pergh! Punyalah meriah.

Nuha malas nak bersesak dalam kubikel tu. Lagipun dekat blok kediaman dah disediakan bilik study. Jadi lebih baik dia belajar di situ. Santai sedikit.

...........

Di kafe suasana sunyi amat dirasai. Kosong! Kalau ada pun sorang dua yang belajar sambil makan. Punyalah kuat penangan PSPM ni. Tiba-tiba Nuha jadi bersemangat untuk study.

Tapi perut yang kosong perlu diisi dahulu. Parah woo kalau study masa lapar. Satu benda pon tak boleh hadam nanti. Lagi pula seketul Nuha ni tak boleh hidup kalau tak makan banyak.

Lepas beli nasi. Nuha dah tak sabar dah ni nak makan. Baru je baca basmalah. Alih-alih terbunyi pulak suara yang ingin dihindarinya.

P. Mateen yang mengambil tempat di belakang Nuha !

Parah!

"Ape ni? Apasal sir makan dekat kafe pulak. Apasal tak makan dekat kubikel dia je" ucap Nuha perlahan.

Nasib P. Mateen mengambil meja di belakangnya. Sekurang-kurangya identiti dia dapat dirahsiakan. Hehehe.

"Teen, kau tahu kan sem depan kau akan ambik alih budak fiz yg lemah dalam pspm 1 ni? " tanya Dr Rian.

Nuha yang hanya mahu menyuap nasi ke mulutnya dikeluarkan kembali. Payau terasa. Parah kuasa 10 kau!

Hebat penysarah ni, hari ni baru mula study week alih-alih dah ada bakal lecturer yang akan buat kelas tambahan lagi buat pelajar yang lemah dalam subjek fizik.

Dan itu agak membimbangkan Nuha. Dia bukanlah pandai sangat dengan subjek fizik ni. Haih. Seram ni

"Fuh, mintak jauhlah" ucap Nuha perlahan.

"Eh tapi tu suara Dr Rian kan? Crush aku" bersinar terus mata Nuha.

Dia nak sangat tengok muka crush dia tu. Dahlah susah nak tengok hari-hari sebab Dr Rian cuma mengajar subjek biologi untuk modul 3. Ni lah peluang keemasan. Dapat tengok sekali pon dah cukup bekal untuk seminggu.

Nuha sengih gatal. Dia memalingkan badannya. Hajatnya mahu senyum kepada Dr Rian. Tapi lain pulak jadinya.

Senyuman yang dimaniskan itu segera diseriuskan kembali.

Cis!

Alangkah tak berbaloinya apabila Dr Rian itu sedang membuat pembayaran di kaunter dan yang berada di meja makan itu tidak lain dan tidak bukan... Semestinya...

P. Mateen!

"Hah! Kau lagi, apa nama kau sebenarnya hah budak? Aku ingat lagi bulan lepas aku tanya tapi kau blah macam tu je? Apakes? "Sembur p. Mateen.

Ni yang Nuha benci dengan p. Mateen ni. Asyik sembur dia je, dengan pelajar lain boleh pulak dia cakap elok-elok. Menyampah betullah!

Hmm tapi Nuha sedar diri, dia bukannya cantik dan seputih orang lain. Patutlah p. Mateen layan dia acuh tak acuh.

"Saya tak dengarlah sir, haritu ramai sangat orang dekat kafe. Ampun ek? Ok saya bagitahu nama saya Nuha Irdina Binti Akhif. Sesimple orangnya" terang Nuha.

Seingat Nuha, dia dah cakap dah nama pendek dia hari tu... Hmm mungkin p. Mateen yang nyanyuk.

Dia senyum cuba memaniskan muka.

P. Mateen pula terpaku sekali lagi dengan mata Nuha. Kenapa mata Nuha?

Dia pun tak pasti. Tapi dapat dirasakan mata itu menarik sekali.

Sehinggalah Dr Rian mencelah.

"Eh awak sorang je ke? " tanya Dr Rian.

"Haah, sorang je Dr, saya pun dah nak naik ni nak sambung study"

Nuha pantas membungkus kembali nasinya. Fuh selamat.

"Saya pergi dulu ye sir, Dr" pamit Nuha.

Dr Rian hanya mengangguk.

P. Mateen pula masih terpaku.

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now