Bab 45

5.7K 253 4
                                    

Kelas last hari ni bersurai jugak akhirnya. Nuha dan Leen macam biasalah jalan sekali nak balik bilik.

"Hmm, aku rasa peliklah"

"Why? " tanya Leen.

"Aku tak nampak sekarang ni" ujar Nuha.

Mereka berhenti di pertengahan jalan. Leen pantas memalingkan wajahnya ke arah Nuha.

"Coi, memanglah tak nampak. Kau tak pakai spec" Leen hanya buat muka toya.

"Damn! Boleh pulak aku lupa" dahinya di tampar lembut. Patut lah tak nampak benda jauh. Paling jelas pon boleh nampak kaki dia dengan Leen je.

"Hah jangan ajak aku ye nak pergi ambik spec kau tu. Aku malas nak naik turun tangga dahlah bilik aku tingkat 4 kau takpelah aras G je"

"Ish yelah-yelah kau duduk jelah dekat bangku depan dewan kuliah tu. Aku naik sorang, lagipun bukannya malam ni"

"Ye, jangan lupa ye malam ni ada kelas lagi"

Tu pon letih jugak tu. Apasal tak buat hari lain? Takde gap pulak tu. Biol otak ni!

Nuha berjalan meninggalkan Leen dan bergerak ke bangunan tutoran. Nasib tak jauh sangat.

Nuha berjalan tengok bawah je. Nak tengok depan kabur. Sekali sekala dia jalan tengok depan.

P. Mateen yang berada di bawah bumbung yang sama di koridor yang sama pon dia tak nampak.

P. Mateen sengih bila terserempak dengan Nuha. Tapi Nuha buat derk je?  Biar betik? Bukan semalam dah baik ke?

P. Mateen hanya menggaru kepala yang tidak gatal. Tanya dia malam ni jelah. Sebab sekarang dia ada meeting.

Akhirnya Nuha sampai di tingkat 2. Kelasnya dicari. Meja nya diraba. Takde pulak kaca matanya. Eh hilang ke mana pulak.

Nuha macan orang buta dah dok meraba-raba meja dan lantai.

Sekarang dia rasa nak nangis sebab tak jumpa jalan kebenaran ni. Nak mintak tolong pelajar lain semuanya dah balik. Huhu!

Tiba-tiba kedengaran tapak kasut menghampirinya. Nuha berpaling. Ada satu figura lelaki. Wajahnya agak samar.

Tiba-tiba lelaki itu menunduk dan mengambil sesuatu di lantai. Lelaki itu pantas menghampiri Nuha.

Kaca mata! Ye lelaki tu jumpa kaca mata Nuha. Baru sahaja Nuha mahu mengambil kaca mata  dari tangan lelaki itu, tetapi ditarik semula oleh lelaki tersebut.

Dia perlahan-lahan memakaikan Kaca mata di wajah Nuha.

Akhirnya Nuha boleh melihat wajah lelaki itu dengan jelas.

Mukanya menjadi dingin semerta.

"Thanks" Nuha cepat mengatur langkah. Nak balik.

Tak betah rasanya duduk dekat sini lama-lama.

"Wait! Irdina masih marahkan Zarif ke? " tanya Zarif lembut.

Nuha pantas memalingkan wajahnya tepat ke aras Zarif.

"Soalan bodoh apa yang zarif tanya ni? " marah Nuha.

"Ye, zarif tahu Zarif salah. Tapi masa tu Zarif tak matang, Zarif tak tahu nak jaga hubungan kita dengan matang" Zarif kesal.

"Dah tahu tak matang tu move on jelah. Zarif dah jadi lecturer pon sekarang ni. Dulu kita masih budak-budak dan sekarang pon Irdina masih budak mentah. Tapi Zarif dah matang kan sekarang so lupakanlah masa lalu" hati Nuha masih sakit sebenarnya.

"No, Zarif tak boleh. Zarif tahu Zarif salah. Tak boleh ke kita baik macam dulu? " tanya Zarif cuba untuk meminta peluang.

"Dan Zarif tahu, Irdina jugak belum tentu boleh lupakan Zarif. Am i right? " tanya Zarif.

"Ye saya tahu saya tak boleh nak lupakan sir sesenang tu. Sebab sir cinta pertama saya. Tapi kita kena berpijak di bumi yang nyata, antara kita takkan pernah bersatu lagi. Biarlah ia jadi satu pengajaran untuk kita" Nuha memujuk.

"No, don't call me sir. Irdina macam nak jauhkan lagi perbezaan kita. Dan kesalahan Zarif bukannya besar sangat kan? Zarif tak pernah curang. Zarif tinggalkan Irdina sebab Zarif nak fokus 100% kepada pelajaran" Zarif membela diri.

"Shut up sir! Orang lain kalau sayang dia takkan pernah merasa terbeban dengan orang yang dia sayang tu. Tapi apa yang sir buat? Sir anggap macam saya ni beban dalam hidup sir"

"I know i wrong about that. So please give me  a chance" pinta Zarif sekali lagi.

"No. My answer is no. I'll never say yes about this. So stop asking me for a chance because it useless" Nuha naik angin.

Ish! Aku baru je nak lupakan lelaki ni. Boleh pulak dia pergi bangkitkan lagi rasa yang aku cuba habis-habisan untuk dibuang dulu. Kejam betul!

"Ok i'll never ask about this anymore. But i'll make sure your heart will calling my name again. Trust me honey" matanya dikenyitkan.

Nuha tergemap ,jantungnya berdegup laju. Please Nuha jangan jatuh cinta dengan orang yang sama buat kali kedua. Jangan! Macam bodoh je.

"Ok jomlah turun, bahaya atas ni sorang-sorang" prihatin Zarif.

Ergh inilah yang dia lemah dengan Zarif. Selalu sangat ambil berat tentang dia. Dulu dia selalu cair dengan perwatakan lelaki ini. Sekarang dia harus keraskan hatinya.

Nuha hanya mengangguk. Nak tidur lepas ni. Malam kan ada kelas.

Mereka berjalan beriringan. Sehingga sampai ke tangga yang terakhir.

"Ok, Zarif balik dulu. Irdina jangan lupa jaga makan ye. Nanti gastrik susah. Macamlah Zarif tak tahu yang Irdina ni selalu sangat lupa nak makan" sengih Zarif.

"Ye" Nuha pantas berjalan meninggalkan bangunan tutoran.

Fikirannya berserabut. Patut ke ada peluang kedua untuk mereka?

Habis macam mana dengan p. Mateen?

Huh! Semak kepala aku. Baik tak payah fikir apa-apa. Nanti hati aku dah bagi jawapan maka aku yakin dengan jawapan itu.

Buat masa sekarang ni Nuha mengantuk. Banyak lagi benda nak kena fikir, dengan assignment yang bertimbun lagi. Soal hati kita tolak tepi dulu.

"Leen, jom" Nuha tiba di depan dewan kuliah.

"Lama betul cari spec kau"

"Ye tak jumpa tadi, jomlah balik. Aku penat sangat dah ni"

"Jom tidur" tempik Leen.

Mereka sama-sama berjalan ke arah blok kediaman.

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now