Bab 23

6.3K 299 7
                                    

"Kak tempat seat tiga ye.. Erm dekat tengah lah" pesan Syafiq kepada jurujual tiket.

Dia memilih tempat yang strategik. Tak belakang sangat tak depan sangat. Just nice.

Mereka segera berjalan memasuki Hall.

P. Mateen yang agak jauh dari kaunter terus mendekat.

"Dik boleh saya tanya mereka tadi duduk dekat kerusi mana? Saya kawan mereka" tanya p. Mateen.

Sengaja menipu. Dia sengaja menyuruh Noah, Zarif dan Rian untuk menunggu di depan. Tidak mahu mereka mendengar pertanyaan begitu.

"Ouh mereka duduk di tengah bang" ramah perempuan itu menjawab. Lelaki hensem kot!

"Ouh kalau macam tu saya nak duduk tepi mereka boleh? " tanya p. Mateen.

"Erm maaf bang dah ada orang tempah di kiri dan kanan tempat duduk diorang"

"Alah tak boleh ke kalau saya nak tempat duduk tu. Saya sanggup bayar 5 kali ganda"

"Erm maaf ye bang"

Dari jauh Noah memerhati kekalutan p. Mateen.

"Apakehal Mateen tu? Nak beli tiket ke mengayat? " tanya Noah.

Zarif dan Rian berhenti berbual. Mata mereka tepat ke arah p. Mateen.

"Hmm japlah aku pergi tanya" jawab Zarif.

"Kau kenapa Teen? "

"Hah tak aku nak duduk dekat tengah tapi dah ada orang tempah"

"La apa susah duduk jelah tempat kosong yang lain"

"Tak nak! " P. Mateen dah macam kanak-kanak.

Zarif memandangnya pelik. Dah kenapa mamat ni? Kena sampuk dengan semangat pantai ke?

Tiba-tiba datang sekumpulan gadis yang agak menawan menghampiri kaunter tersebut.

"Kak kami datang nak ambik tiket yang kami tempah dalam Whatssap 2 jam yang lepas" tanya salah seorang gadis. Gadis itu menjeling ke arah p. Mateen dan Zarif. Orang hensem kot!

Mata p. Mateen bersinar.

"You kalau I nak ambik tempat yang dekat tengah tu boleh? " tanya p. Mateen dengan lenggok menggoda.

Semua kelihatan cair. Tapi teragak-agak. Yelah semua nak duduk dekat tengah. Tempat strategik tu!

"Erm, macam mana eh bang.. Kitorang dah tempah tempat tu" serba salah gadis itu.

"Ok macam ni kalau you setuju nak tukar, I akan belanja korang semua makan aiskrim dekat Baskin Robbins lepas movie. Amacam? " umpan p. Mateen.

Dia tahu wanita lemah dengan makanan manis macam ni. Semua dah bersinar mata.

Kelihatan mereka sedang berbincang. Dan kata sepakat telah dicapai.

"Baiklah kami setuju"

"Cun"

Akhirnya p. Mateen yang berjaya memperoleh tempat yang strategik itu.

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now