Gear p ditolak tapi enjin kereta belum dimatikan. Nuha yang masih nyenyak tidur diperhatikan. Dah macam orang tak cukup tidur setahun. Hmm lupa pelajar kan?
Bila masanya pelajar tu cukup tidur? Rasanya takde sorang pon pelajar yang cukup tidur kecuali dia main-main je. Jadi kalau korang rasa tidur terlebih tu sila check balik please. Tu mesti ada rompang-ramping tu. Check balik ok!
P. Mateen menyandarkan kepalanya di kerusi tapi wajahnya tetap mengiring ke tepi. Nam tengok Nuha tidur.
Orang kata kalau nak tahu seseorang tu cantik betul ke tidak tengok dia masa tidur.
Alahai! Nuha tidur memang sopan takdr bukak mulut semua tu. Nasib! Nampak muka tenang Nuha. Agak cantik. Hmm mungkin Nuha tak pandai nak make up langsung tu yang tak naik seri muka dia.
Mungkin p. Mateen patut ajar Nuha berias sikit? Tapi kau pon tak tahu nak make up kan? Jangan buat palatao ok!
Bila terasa diperhatikan Nuha tersedar. Matanya dibuka perlahan-lahan dek terkena cahaya matahari yang terik. Bila dia pandang je ke tepi terus dia bangun segar biji mata jadinya! Bulat nak mampus. Terkejut dengan p. Mateen yang tersengih sejak dari tadi.
Dah berapa lama si p. Mateen ni tenung dia? Dahlah tengah tido tadi, nasib tak berdengkur je.. Buat malu beb.
Nuha buat muka toya.
"Kenapa sir tengok saya macam tu? Seram lah"
P. Mateen menutup matanya.
"Sekarang dah tak tengok kan" p. Mateem sengih sambil terpejam matanya.
What the fish? Nuha jadi hairan.
"Coi! Tak payah nak jadi lawyer baru eh dengan saya" cebik si Nuha.
P. Mateen ni kategori lawyer baru lah. Kalau loyar buruk tu ayat dia lagi mengancam. Tak gitu ke?
P. Mateen bukak mata. Dicabutnya tali pinggang keledar.
"Dah jom turun dah sampai ni"
Nuha memandang sekelilingnya. P. Mateen dah berdesup keluar dari kereta dan masuk ke Al-Khatiri Kafee.
Terbeliak mata Nuha sebab kena tinggal macam tu je. Dia pun turut keluar dari kereta myvi tu. Dipandang sekelilingnya sekali lagi. Satu bandar ni nama Al-Khatiri ke?
Al-Khatiri bookstore, Al-khatiri hotel... Dan pelbagai lagi. Owner dia bapak kaya weh. Kalau korang nak usyar, usyar lah dekat google, mana tahu ada anak dia yang hensem pergh! Novell sangat. Haha.
Nuha pantas masuk ke kafe, terasa takjub sebentar rekaan kafe yang tampak mewah.
Ala-ala starbucks dah ni. Tapi lagi murah lah sikit pada starbucks harga yahudi tu. Harga entah apa-apa, sebagai student Nuha tak mampu nak beli air starbucks, beli air cool blog pon jarang-jarang je.
"Kau carilah tempat, biar aku beli air and sikit kek. Kau nak air apa? "
Tanya p. Mateen setelah Nuha masuk ke kafe. Laa, ingatkan dah lesap tadi, rupanya masih setia tunggu dekat pintu. Terharu lah mak nyah oi!
Hmm, Nuha berfikir sebentar nak air apa. Dahlah dia tak pandai sangat nak order air-air ni. Dia tahu minun je.
"Erm saya nak Frapuccino dark chocolate" jawapan yang hampir 10 minit tenung menu di atas kaunter. Nak patah tengkuk tengok menu.
P. Mateen hanya angguk. Nuha pula pergi cari tempat. Nasib tak ramai orang pagi-pagi ni. Walaupun dah hampir pukul 11 pagi. Akhirnya lepas matanya tawaf satu kafe besar tu, dia jumpa satu tempat strategik.
YOU ARE READING
My Hot Lecturer ✔️
RomanceHidup sebagai pelajar di kolej Matrikulasi bukan mudah. stress macam nak mati! Bagi Nuha Cara untuk menghilangkan stress itu adalah dengan mencuci Mata. Melihat lelaki hensem adalah cuci Mata yang bukan semua perempuan suka. ye, lagi elok jaga panda...