Selesai sahaja Nuha menjemur baju dia segera masuk ke dalam rumah. Sambung jadi spy ke berhenti je?
Hmmm
Tapi apa yang dia lihat sekarang agak tak menyenangkan. Adiknya yang berumur 5 tahun sedang menekan-nekan telefonnya. Walaupun Ana hanyalah sepupunya yang dijaga oleh umi tapi dia sudah anggap seperti adiknya
"Eh! Ana buat apa ni" terus dirampas telefonnya itu.
Apa lagi menangis lah budak tu. Haih satu hal betul.
"Ok-ok sorry ana... Nanti akak belanja aiskrim petang nanti. Ana berhenti menangis eh? " pujuk Nuha.
Ana terkebil-kebil dan mula berhenti menangis sebab Nuha akan tunaikan janji dia. Walau dengan budak... Tapi orang kita ni salah sangka dengan budak boleh mungkir janji. Tapi dengan budak lah kita kena tunaikan janji sebab dia akan bagi pengaruh yang baik dan ajar budak tu jangan jadi munafik nanti besar.
Ingat tau kalau mungkir janji ni ciri orang munafik!
"Ok janji eh? " jari kelingking diangkat tinggi dan Nuha pantas menyambut.
"Ok, Ana pergi buat latihan dalam buku tadika ana ye"
"Ok kakak, nanti nak pergi beli aiskrim same-same"
"Ok boleh, dah pergi"
Ana berlalu ke meja kecil latihannya.
Nuha pantas membuka telefonnya. Dan apa yang dia lihat sekarang buatkan dia nak terjun bangunan.
Ya ampun Ana! Apa kau buat ni... Huhu.
Ana meninggalkan komen di post p. Mateen. Walaupun hanya ada huruf abxkslp tapi ini petanda tidak baik sebab takde sorang pon berani komen dekat post p. Mateen.
"Ya ampun, Ana apa kau buat ni dik" nak menangis Nuha dibuatnya.
Terus dipadam komen tadi. Harap p. Mateen tak perasan. Seram siot!
Nuha melakkan telefon di atas meja. Mahu memasak nasi untuk tengahari.
Hal tadi harap p. Mateen tak perasan.
......................
P. Mateen membuka laman ig kepunyaannya. Tanda notifikasi dibuka. Ada satu komen.
Hairan selalunya orang takkan berani komen di post nya. Komen pon entah apa-apa. Tapi nasib dah dipadam.
Dia membuka ig tersebut. Saja nak buat pantauan. Lagi pon tengah pishang ni!
@Nh_ina segera nama itu ditaip.
Dan tangan p. Mateen terus keras kejung. Gambar yang di post dibelek beberapa kali.
Memang betul itu Nuha.
"Tak sangka, bila aku nak lupakan kau. Kau muncul balik walaupun dengan cara begini"
P. Mateen hanya senyum.
Tiba-tiba rasa hatinya berbunga. Letih memandu daripada kelantan ke Kuala Lumpur hilang begitu sahaja.
Kalau diikutkan boleh aje dia balik naik kapal terbang sampai ke Kl. Tapi dia lagi memilih untuk memandu selama 5 jam.
Atau lebih tepat dia cuba mengusir bayangan Nuha dari mindanya. Apabila memandu dia hanya akan fokus di jalan raya. Jadi fikirannya akan berhenti dari memikirkan Nuha.
Kerana hatinya telah nekad untuk tidak menganggu Nuha lagi.
Tapi sebab komen yang tak memberi kesan apa-apa itu berjaya menggoyahkan tekad p. Mateen.
Huh! Nuha... Nuha.
"Tak sangka hati aku akan jatuh dekat kau. Tapi aku harap tak terlalu dalam"
Telefonnya berdering. Panggilan masuk bertubi-tubi. Tapi dia hanya memandang sepi.
Pintu biliknya dikuak perlahan. Muncul wajah jelita ibunya.
"Mummy, kenapa? " tanya p. Mateen lembut.
"Nak panggil Teen makanlah, tu telefon tu dari tadi lagi berbunyi. Memang tak nak angkat ke? " soal Tengku Masnura.
P. Mateen hanya menggeleng kecil.
Tengku Masnura hanya mengeluh.
"Sampai bila Teen nak lari ni? Lambat laun dia akan cari Teen jugak. Teen kena ingat tau Teen tu milik dia seorang. Sejak dari dulu" Tengku Masnura berkata keras dalam lembut.
"Ye mummy, Teen faham. Mummy keluar dululah, nanti Teen turun kejap lagi"
"Ok, cepat ye. Ayah dah tunggu dekat bawah"
Pintu ditutup perlahan.
"Milik dia seorang? Habis aku tak boleh nak miliki orang yang aku suka ke? "
"Nuha" nama itu meniti di bibirnya.
Tangannya dikepal kemas. Kenapa dia lemah?
Tapi tangan itu dileraikan. Bibirnya naik senyum manis.
"Selagi dia belum tiba, aku nak rasa bahagia dengan orang yang aku suka"
Tekad p. Mateen berubah di saat akhir. Dia tahu akhirnya dia akan terluka. Tapi setidaknya dia pernah kenal erti bahagia.
Hidupnya umpama robot sejak sepuluh tahun yang lalu. Menjadi pensyarah adalah satu-satunya yang dia minta daripada Ayahnya. Walaupun ayah menentang keras.
Habis sahaja tempoh kontrak di kolej matrikulasi, dia perlu kembali semula untuk meneruskan legasi Ayah dan Ibunya.
Ye Ibu. Ibu yang dia rindui. Tak pernah sedetik pon rindu itu berkurang.
P. Mateen membuka pintu bilik dan turun ke meja makan.
YOU ARE READING
My Hot Lecturer ✔️
RomanceHidup sebagai pelajar di kolej Matrikulasi bukan mudah. stress macam nak mati! Bagi Nuha Cara untuk menghilangkan stress itu adalah dengan mencuci Mata. Melihat lelaki hensem adalah cuci Mata yang bukan semua perempuan suka. ye, lagi elok jaga panda...