Bab 48

5.4K 259 16
                                    

Tepat pukul 6 petang Nuha, Dahlia, Leen, Lisa dan Syafiq berkumpul di tepi jalan. Meregangkan badan sebelum jogging. Yelah lama tak jogging kena panaskan badan dulu. Takut kejang otot je nanti.

Mereka memulakan jogging di hadapan blok kediaman Nuha.

Mereka jogging mengelilingi kawasan kolej.

"Weh lepas jogging ni kita pergi ATM eh aku nak ambik duit ni. Dah pokai ni" Syafiq mengeluh. Duit tengah sengkek sekarang ni.

Nasib elaun dah masuk beberapa hari lalu.

"Hmm ok jugak, aku pon nak ambik duit" Kali ni Lisa pula menyokong.

Last-last semua nak ambik duit lepas jogging. Nasib dah beberapa hari lepas elaun masuk. Kira oklah ambik lewat sikit. Tak perlu beratur panjang.

Sampai je depan pintu pagar Nuha meraba poketnya.

"Err genk, aku rasa aku tak bawak kad bank aku. Tertinggal dekat blok"

"Eh aku pon lupa nak bawak jugak ni"

"Hmm masalah negara betullah korang ni" Leen mengeluh.

"Habistu korang pergilah ambik" Lisa memberi cadangan.

"Hmm yelah, aku dengan Dahlia pergi ambik kejap. Korang lepas siap tunggu dekat bawah bangku tu eh"

"Hah yelah pergi -pergi" Syafiq menghalau.

"Shuh" Leen buat gaya macam halau kucing.

Dahlia dengan Nuha buat muke menyampah je.

Mereka berdua guna jalan shortcut je kali ni. Sebab dah pukul 6.30 dah ni.

Nuha dan Dahlia sampai ke persimpangan jalan blok. Mereka akan berpisah di sini sebab blok mereka lain-lain.

"Nanti jumpa balik dekat jalan depan blok laki ye"

"Ok" Nuha membalas.

Nuha pantas memanjat tangga ke biliknya. Selesai sahaja mengambil kad bank dia segera keluar dan mula mengatur langkah ke depan jalan blok  lelaki. Hampir dengan blok lelaki je. Nuha tak nak dekat sangat dengan blok lelaki nanti orang kata tunggu pakwe pulak.

Sedang menunggu Dahlia, dari jarak 50 meter sudah nampak kelibat p. Mateen dan Zarif yang berlari.

Semakin mendekat ke arahnya. Yelah dia duduk dekat tepi jalan. Tempat laluan orang beriadah.

"Haduilah, dua-dua aku terserempak ni. Ni lah paling aku tak suka"

Nuha segera menutup wajahnya dan dia mengalihkan badannya membelakangi jalan. Berharap agak kedua lelaki itu tak nampak.

Tapi sangkaannya meleset. Padahal dari jauh lagi p. Mateen dan Zarif tahu itu Nuha.

Sampai je depan Nuha, mereka berdua berhenti berlari.

"Nuha"

"Irdina"

Kedua-duanya memanggil nama Nuha.

Nuha nak lari mana je sekarang ni terpaksalah berdepan.

Tapi p. Mateen dan Zarif pandang sama sendiri. P. Mateen pelik sebab Zarif panggil Nuha dengan panggilan Irdina. Bunyi istimewa sangat.

Nuha pula terpegun tengok body hot dua lecturer ni. Fuh mengancam sangat beb! Sorang pakai baju hitam sorang lagi pakai baju putih. Tapi baju mereka yang dibasahi peluh melekat dekat badan mereka menjadikan mereka lagi sexy!

Pergh Nuha beruntungnya kau. Dapat  cuci mata, dapat tengok free show. Dah lama dah mata ni tak cuci. Hehe

Nuha sengih gatal. Tapi dia tarik semula sengihnya bila p. Mateen dan Zarif memandangnya pelik.

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now