Bab 24

6.4K 306 10
                                    

"Teen kau gila ke? Sanggup kau nak belanja diorang semata-mata nak seat tengah tu? Gila ke apa? " marah Zarif.

"Senyap jelah. Banyak bunyi lah dia ni. Jomlah jalan. Movie dah nak start ni"

P. Mateen dan Zarif menghampiri Noah dan Rian. Mereka berjalan memasuki hall.

Setelah tiket ditunjukkan kepada staff di situ. Mereka terus memasuki panggung. P. Mateen meneruskan cariannya. Dalam kesamaran gelap, dia gigih mencari.

Dan akhirnya dijumpai. Dia terus menapak dekat dengan Nuha. Nasib Nuha bukan duduk di antara rakannya.

Dia hanya tersenyum. Noah, Zarif dan Rian hanya menurut langkah p. Mateen. Akhirnya mereka semua sudah selamat duduk.

Movie IT 2 mula dilayarkan. Dan disebelahnya ada Nuha yang belum tahu akan keberadaannya yang sangat dekat ini.

Noah yang berada di tepi p. Mateen terkesima apabila melihat Lisa yang hanya berjarak dua tempat duduk daripadanya.

Sekarang Noah sudah jelas apa niat p. Mateen. Kes budak rupanya! Eh tapi dia bukan dengan budak jugak ke?

Hmm beza 4 tahun je.

Entahlah malas dia nak kisah sekarang ni. Baik layan movie.

...................

"Nuha kau jangan nak malukan kitorang ek! Kau jerit kuat-kuat aku plaster mulut kau! " amaran daripada Syafiq di sebelah Lisa tidak diendahkan.

Sehinggalah Syafiq mengeluarkan plaster di dalam beg kanvasnya. Terkejut Nuha yang sedang minun air coke tu.

Gila betul mamat ni. Dia pergi bawak plaster tu betul-betul. Bapak betullah!

"Ye ye. Aku tahulah. Kalau aku jerit Lisa tolong tutup ok"

"Kau nak suruh aku tutup macam mana? Cium kau ke? " seloroh Lisa.

Dan serentak itu tamparan berbunyi agak kuat.

"Aduh sakit lah paha aku" bisik Lisa.
Apa kejam punya kawan!

"Padan muka"

"Shh senyaplah cerita dah nak start ni" tiba-tiba kedengaran suara asing menyampuk.

Mereka semua diam.

Nuha berpaling ke arah suara garau itu. Dekat sangat dengan dia.. Rasa familiar pon ada.

"Sir! " tempik Nuha.

Tiba-tiba Lisa menutup mulut Nuha dengan tangannya.

"Senyaplah gila. Movie dah nak start ni" marah Lisa dalam bisikan. Tapi dia terkaku seketika apabila terlihat wajah Noah dalam kesamaran cahaya ini.

Gulp! Rasa macam dia pula nak menjerit sekarang ni.

"Omg.. Omg! " Syafiq pula teruja semacam. Entah apa yang dia teruja.

"Kenapa korang ni macam nampak hantu. Dah diam semua aku nak layan  movie ni. " p. Mateen bersuara lagi.

Kali ini mereka semua diam. Tidak menjawab walau sepatah perkataan pun.

Ini lagi seram dari badut dalam cerita IT2 ni. Tak dan cerita start lagi Nuha dah rasa seram sejuk.

Elemen kejutan dalam movie selalu mengejutkan Nuha. Sehinggalah...

"Argh" Nuha memalingkan mukanya ke arah p. Mateen. Keadaan mukanya sekarang ini agak rapat dengan dada p. Mateen. Sehinggakan bau maskulin jejaka itu telah meresap sepenuhnya dalam rongga hidung.

"Sorry sir" sedar akan keterlanjurannya. Nuha pantas mengangkat muka.

"No need, if you scare then i'm here for you" ucap p. Mateen dalam lagak romantik.

"Ok ni lagi seram dari pennywise" ucap Nuha perlahan.

Sehingga ke habis cerita. Nuha akan memalingkan mukanya ke arah dada p. Mateen.

Nasib dah tamat movie tu. Semua bergegas nak keluar. Lagi-lagi Lisa dan Nuha.

Keluar je daripada hall.. Semua rasa selamat.

"Fuh" Lisa dan Nuha menghembus nafas lega serentak.

"Jom lah balik" ajak Lisa. Tidak mahu banyak bicara sebab dia taknak jumpa Noah. Lagi cepat balik lagi baik.

"Ye,nanti nak ambik kereta jap. Korang tunggu lah dulu." Syafiq bergegas ke parking lot.

Mereka duduk di sebalik dinding.kala ini Nuha dan Lisa sepakat taknak jumpa 4LHGB.

Dari jauh mereka melihat sekumpulan gadis menghampiri 4 LHGB. Dan akhirnya mereka beredar dalam kumpulan yang besar. Sama cantik dan sama padan.

Akhirnya kereta Syafiq sudah tiba. Mereka bergegas masuk ke dalam kereta dan berdiam diri. Tidak mahu mengulas apa-apa. Biar akal yang waras berfikir.

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now