Bab 13

6.9K 338 16
                                    

Jam sudah menginjak ke pukul 5 petang. 3 jam selepas mereka check in resort di Pantai Bukit Keluang.

Syafiq dan Lisa sedang menikmati juadah yang dijual di sepanjang jalan pantai. Ah enaknya begini!

"Weh si Nuha nye mana? 3 jam dah dok main kat pantai tu" ujar Syafiq.

"Entah, lama jugak minah tu main air. Entah-entah dah tertidur dekat mana-mana tempat. Bukan boleh kira si Nuha tu. Tempat baik sikit terus landing. " bebel Lisa.

"Hmm entahlah. Eh aku nak masuk bilik dulu lah. Terlupa nak update my new vlog dalam youtube"

Heh! Si Syafiq ni youtubers kalau korang nak tahu. Suka sangat buat vlog. Tapi sejak masuk matrik tak dan dah nak update vlog baru setiap masa. Maklumlah busy giler. Ni time cuti semester baru boleh update new vlog.

"Hmm yelah! Aku nak duduk dekat sini lagi. Nak ambil gambar rare sikit lepas tu up dekat ig stories... Yahoo! " sahut si Lisa.

Hmm! Lisa pula suka ambik gambar. Eh tapi bukan selfie dia cuma suka ambik gambar orang lain. Tak pun alam semula jadi. Dah dapat gambar apa lagi terus up dekat instagram lah der!  Haih ni lah generasi muda.

Teknologi melampaui segalanya!

Syafiq terus berlalu meninggalkan Lisa yang asyik menangkap gambar dengan smartphone nya.

Lisa mendekati pantai. Mahu mengambil gambar ombak. Rare sikit.

Ombak yang kelihatan tinggi itu membuatkan Lisa terundur ke belakang dan....

"Aduh! " bunyi orang mengaduh kesakitan di belakang.

Lisa yang baru perasan dia dah terlanggar seorang. Cepat-cepat dia memusingkan badannya. Mahu memohon maaf.

"Sorry, Encik saya tak nampak tadi" Lisa menundukkan sedikit badannya.

"No it's okay" ujar lelaki itu.

Fuh! Lega. Nasib lelaki ini sudi memafkannya. Kalau tak naya lah dia result pspm teruk sebab tak dimaafkan oleh manusia lain. Huhu menagis tak berlagu lah nanti.

Lisa pantas mendongakkan mukanya. Mahu memandang lelaki tersebut.

Pantas kedua-dua nya pegun membisu. Dibiarkan ombak membadai kaki mereka. Deruan angin yang agak kencang tidak dirasa oleh mereka. Hanya mata dan jantung sahaja yang berfungsi di saat ini.

"Lisa"
Semerta bisikan itu terus menyedarkan Lisa dari terus terleka dalam menatap mata sang lelaki itu.

Lisa mengundurkan diri. Dia mahu lari dari lelaki itu.

"Lisa jangan lari lagi. Abang dah penat lah dengan Lisa yang suka lari macam ni! Lisa tak pernah nak dengar penjelasan abang. Boleh tak kali ni Lisa dengar apa yang abang nak cakap" Noah memegang kemas lengan baju Lisa.

Dia masih hormat Lisa sebagai perempuan Muslim. Jadi dia hanya memegang hujung lengan baju Lisa.

"No!  Tak nak Lisa tak nak dengar. I hate that. Now can you let me go. I want to rest. I'm tired"

Huh! Noah melepaskan keluhan. Namun diikutkan permohonan Lisa itu. Pantas dia melepaskan pegangannya.

"Ok i let you go this time. Tapi tolonglah bagi abang ruang untuk jelaskan semua ni suatu hari nanti" pinta Noah.

"Yelah... Sekarang Lisa naik dulu." Lisa pantas pergi dari situ.

Noah melepaskan keluhan lagi. Dia menghadap pantai mengharapkan angin pantai ini dapat menyampaikan rasa rindunya kepada Lisa.

"Wei nak tanya sikit ni, abang datang sorang ke dengan geng abang sekali? " tanya Lisa.

Lisa patah balik?  Aiyoo Lisa. Tapi Lisa cuma mahukan kepastian sahaja. Yelah. Nak inform dekat geng dia.

"Erm dengan geng lah. Buat apa datang sorang" jawab Noah.

"Waduh gawat ni! 4LHGB bercuti sini jugak" ucap Lisa perlahan.

"Huh? " Noah masih bingung.

"Ouh ok, Lisa naik dulu." Pantas Lisa berlari meninggalkan Noah.

Noah hanya menggelengkan kepalanya. Lisa... Lisa... Macam budak betul!

Noah hanya senyum. Comel!

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now