Epilog

11.8K 354 30
                                    

"Aku terima nikahnya Nuha Irdina binti Nazriff...... "

"Sah! "

"Sah! "

Alhamdulillah mereka sudah sah sebagai suami isteri.

Perasaan sebak datang menyapa. Nuha memeluk ibunya dan mummynya sekali.

P. Mateen juga mengesat matanya yang berair.

"Assalamualaikum isteri Maulid"

Nuha malu-malu.

"Waalaikumusalam suami Nuha"

"Wuuuu" bunyi sorakan dari sahabat-sahabat mereka yang setia merakam bibit-bibit romantik mereka.

P. Mateen memegang kepala Nuha dengan tangan kananya dan membaca surah yang dituntut.

Acara pembatalan air sembahyang dimulakan.

Nuha menyarung cincin ke jari manis  p. Mateen dan mencium tangan itu.

Giliran p. Mateen pula menyarungkan cincin ke jari manis Nuha.

Dia mencium penuh syahdu dahi Nuha.

Mereka sama-sama tersenyum dalam pancaran cinta.

"Eh dah-dah lah tu tenungnya sambung malam nanti lah" ujar Noah.

Yang lain sudah ketawa lepas.

P. Mateen mengambil bantal di atas pelamin dan melempar ke arah Noah.

Nuha pula melempar bantal ke arah Lisa.

"Woi! " ujar mereka serentak.

"Apasal aku kena jugak? " marah Lisa.

"Laa kau kan tunang Noah. So kenalah sehati sejiwa. Betul tak bang?" Nuha menyiku p. Mateen.

P. Mateen mengangguk. Mereka sambung ketawa.

*******************************
Lepas maghrib mereka suami Isteri bersiap untuk majlis malam ini. Majlis persandingan mereka.

Mereka hanya adakan satu majlis sahaja. Cukup sekali . Banyak kali letih weh.

Selepas memakai baju pengantin, p. Mateen memeluk Nuha dari arah belakang. Bahu kanan Nuha dicium lembut.

"Thanks sebab dah hadir dalam hidup abang"

Tangannya yang masih melingkar di pinggang Nuha diambil. Nuha melabuhkan sebuah ciuman di belakang tapak tangan p. Matee.

"No, Nuha yang patut berterima kasih sebab awak yang tak habis-habis muncul depan saya. Kalau awak tak muncul agaknya sampai sekarang saya akan sukakan Dr Rian" Nuha ketawa.

"No! Tak boleh, sekarang kau kena suka Dr Maulid ni pula. Susah payah aku dapat title tu tau" kepala Nuha yang masih belum berbalut tudung dicium lembut.

Pintu dikuak dari luar.

"Woi pengantin cepat sikit, tak make up lagi ni.... Eh opps! " Leen yang baru menyedari posisi mereka terus berpaling ke arah lain.

"Eleh tak payah tutup sangat lah mata tu. Kau dah kahwin pon kan. Tiber nak malu" ujar p. Mateen.

Dia melepaskan Nuha dari pelukannya.

"Dah jom Nuha, aku nak make up kan kau ni. Ingat make up 30 minit je ke? Yang tadi tu korang sambung sebelum subuh esoklah" dia menarik tangan Nuha.

Nuha melambai ke arah p. Mateen. Tidak rela dipisahkan oleh Leen.

Poyo!

Haha!

Nuha dan p. Mateen di dalam persalingan berwarna pastel. Nuha nampak menawan begitu juga dengan p. Mateen yang berkot sama ton dengan gaun Nuha.

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now