Bab 72

10K 293 10
                                    

Haih rasa bersemangat pulak nak datang kerja esok. Macam baru dilamun cinta weh! Tido pon tak lena ni.

Nuha cuba lelapkan mata. Tapi tersedar balik bila telefonnya berdering minta diangkat.

Tersengih dia baca nama pemanggil.

yours Maulid 💓

"Hello Assalamualaikum"

"Waalaikumusalam sayang"

Terus terbangun Nuha bila p. Mateen sebut sayang.

Dia rasa berbunga.

Rasa macam ada mak rama-rama ya g terbang dalam perutnya.

"Kenapa call saya? " dia memintal-mintal hujung rambutnya. Eee gedik betul pompuan ni!

"Saje rindu"

"Eleh, tadi je baru jumpa"

"Ye memanglah tadi tapi dah 4 tahun tau kita terpisah tau! Seksanya masa tu. Nasib ada iman je kalau tak dah lama mati sebab rindukan kau"

"Ala.. Sweetnya sir. Saya pon rindukan awak sepanjang 4 tahun tu. Tapi saya sibukkan diri untuk lupakan awak. Sampai kan saya sanggup pergi date dengan lelaki yang cuba rapat dengan saya" Nuha ketawa.

P. Mateen dah cemberut mukanya di seberang sana. Tapi macamlah Nuha boleh nampak.

Tut.. Tut.. Tut talian diputuskan.

"Aih merajuk betul bapak ni" Nuha menggeleng kepalanya perlahan. Malas nak pujuk aku!

Dasar pondan betul!

Macamlah dia tak keluar langsung dengan perempuan lain sepanjang pengajian di negara orang?

Nuha lelapkan matanya. Telefonnya ditutup. Dia tahu p. Mateen akan telefonnya semula tapi dia sengaja mahu mendera lelaki itu.

Ambik muka kau! Haha.

*********************************
Esoknya Nuha bergegas mahu ke pejabat. Kereta Axianya dipandu laju. Kereta syarikat. Atau lebih tepat Tengku Mikyad yang hadiahkannya. Katanya lebih mudah Nuha ke syarikat berbanding naik pengangkutan awam yang penuh dengan mamat-mamat bangla.

Dia punch card dan masuk ke pejabat. Dia duduk di kerusinya. Dia membelek buku rutin harian p. Mateen.

Hari ni dia cuma ada meeting dengan klien syarikat lain. P. Mateen baru masuk ke dalam syarikat ini jadi wajarlah kalau takde banyak meeting lagi sebab dia perlu belajar daripada bawah.

Dari jauh suda dengar derapan kaki p. Mateen. Dia terus menonong masuk ke biliknya.

Bang! Pintu ditutup deras.

Eleh merajuklah tu. Nuha cuma senyum.

Dia ke pantri dan siapkan kopi untuk p. Mateen.

Pintu diketuk 3 kali dan dia terus masuk ke dalam bilik itu. P. Mateen tidak mengendahkannya.

Kopi itu diletakkan depan muka p. Mateen.

P. Mateen pula ralit menaip sesuatu di komputer. Eleh macamlah kerja banyak. Padahal baru masuk kerja kelmarin

Nak menipu Nuha pon agak-agaklah. Nuha ketawa perlahan.

P. Mateen menjeling Nuha tajam.

Nuha pantas duduk di depan p. Mateen. Dia menopang dagu di depan p. Mateen dan mengerdipkan matanya. Comel!

Nuha sekarang dah pakai contact lens . Nak nampak lagi berkeyakinan. Nanti cukup duit dia nak lakukan pembedahan lasik supaya tidak perlu lagi bergantung kepada alat untuk melihat.

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now