2

2.3K 276 55
                                    

"Aduh, lambatnya!" Keluh Sebin, berusaha dia membuka langkah yang besar sambil menyuapkan roti ke mulut.

Bas yang akan bertolak pada bila-bila masa itu dia pandang dengan mata yang hampir berair, menyangka bahawa dia tak akan sempat tiba tetapi masih mencuba mengubah sangkaannya itu.

Akhirnya, dia tiba di perhentian bas itu. Nafas dia aturkan kembali sebentar sebelum masuk ke dalam bas.

"Takkkk! Sabar! Jangan pergi!" Baru sahaja dia mahu melangkah, bas itu terdahulu bergerak meninggalkannya.

Bahagian hujung bas dia ketuk-ketuk agar bas itu berhenti tetapi tidak berhasil.

Dia kembali ke tempat duduk yang disediakan di perhentian bas itu, menunggu bas seterusnya tiba.

Kiri kanan dia pandang, berharap agar bas atau mungkin teksi tiba lebih awal.

Namun apa yang dia nampak hanya seorang lelaki berbaju seragam sekolah sama sepertinya yang sedang menaiki basikal dari jauh.

Terlompat-lompat Sebin di sisi jalan agar lelaki itu berhenti di hadapannya dan membenarkan dia untuk menumpang di belakang.

Makin dekat, makin perlahan basikal itu dikayuh dan akhirnya berhenti tepat di hadapan Sebin.

"K-kau, Hyunjin?" Tersentak Sebin melihat wajah lelaki itu yang pada mulanya tidak berapa jelas.

"Kau rupanya, aku ingatkan monyet manalah yang melompat-lompat dekat tepi jalan ni tadi." Terhibur Hyunjin dibuatnya.

"Kau nak ke mana ni?" Soal Sebin serius.

"Nak mandi pantailah." Gurau Hyunjin.

"Betul-betullah, kau nak pergi ke sekolah kan?"

"Iyalah, takkan lah aku nak mandi pantai pakai baju ni pula kan?" Hyunjin tersenyum.

"K-kalau aku tumpangkan kau b-oleh?" Mata Sebin dikelipkan berkali-kali, senyuman palsu dia kuntumkan, terpaksa.

"Boleh! Semestinya boleh!" Gembira jelas terpancar di wajah Hyunjin.

"Huh, jangan ingat aku nak sangat. Ini pun terpaksa." Keluhan dilepaskan sebelum Sebin duduk di belakang.

"Pegang elok-elok. Nanti awak terjatuh, sayang." Ucap Hyunjin sebelum memulakan kayuhan.

Sebin hanya pura-pura tidak mendengar.

Kayuhan Hyunjin yang tadinya sederhana tiba-tiba dilajukan dengan mengejut. Terus terpeluk Sebin dengan erat.

"Yah! Kau tak reti bawa basikal ke?!" Pelukan dilepaskan, belakang Hyunjin berkali-kali dipukul perlahan.

Sengaja Hyunjin buat begitu, dapatlah mengurangkan kesepian.

"Kan dah cakap tadi." Hyunjin tertawa kecil.

Sambil berbual, Hyunjin menghentikan basikalnya di hadapan sebuah pasar raya.

"Kita dah lambat lah! Boleh pula kau singgah sini! Tengok, tinggal lima minit je lagi!" Sebin dengan wajah gelisahnya menunjukkan jam di tangan.

"Kau dah kenapa? Macam tak kesah je?" Sambung Sebin, selepas sahaja melihat Hyunjin tersenyum.

"Jam kau rosaklah. Dah tak bergerak. Ada je lebih kurang 30 minit lagi. Kau tunggulah sini kejap. Aku nak beli barang sikit." Hyunjin berjalan pergi.

Sebin hanya menunggu sambil memandang sekeliling. Bosan.

Kedai jam berdekatan dia masuk sebentar untuk hilangkan rasa bosan menunggu.

Sebuah jam yang diletakkan di dalam bekas kaca yang ada di dalam kedai itu dia tenung lama, jam kegemaran dia dah lama.

"Kau suka jam ni?" Muncul Hyunjin tiba-tiba bersama dengan plastik di tangan.

Terkejut Sebin dibuatnya.

"Oh, y-ya."

palsu, hyunjin.Where stories live. Discover now