Minyak wangi disembur ke baju tidak terlalu banyak, rambut dibetulkan agar tidak begitu serabai, baju ditarik-tarik agar kelihatan kemas.
Pintu bilik dibuka, lalu Hyunjin berjalan ke bahagian ruang tamu rumahnya.
Dapat dia lihat ibunya bersama teman wanita palsunya sedang berbual mesra bersama-sama.
Dia kemudiannya mengambil tempat di hadapan Puan Hwang, bersebelahan dengan Sebin.
"Oh, ya. Kenapa kamu datang sini ya? Tak pernah pula makcik nampak kamu datang ke sini." Soal Puan Hwang, sebaik sahaja Hyunjin tiba.
"O-oh. Sebelum ni Hyunjin yang datang ke rumah. Tapi baru-baru ni, Hyunjin nampak macam kurang si-." Belum sempat ayat Sebin tamat, Hyunjin mencelah.
"Alah eomma, tak pelik kan kalau seorang teman wanita pergi rumah teman lelaki dia? Betul tak?" Soal Hyunjin ke Sebin.
"Y-ya. Ahahaha betul tu, makcik." Sebin tersenyum palsu, sungguh rasa seperti dia dikawal sekarang.
"Mm, jap. Kenapa kau datang sini ya? Tak ada ribut, taufan, gempa tiber je kau datang?" Soal Hyunjin.
Rasanya tiada pula gadis itu mesej apa-apa dengan dia.
"Aku bosan. Tak ada siapa dekat rumah. Jadi, aku ke sinilah. Tak ada tempat lain dah aku nak pergi. Lagipun kau dah lama tak datang rumah aku sejak haritu. Takut jugalah apa-apa jadi dekat kau."
"Eh eh sayang juga kau kat aku ya." Tersengih kambing Hyunjin.
"Ee ish!" Lengan Hyunjin dicubit perlahan, sempat lagi Hyunjin menyakat.
"Sakitlah. Haha, aku okay je. Cuma nak berehat sikit minggu ni. Kau tak payahlah datang, aku baru nak pergi sana. Sudahlah kaki kau macam tu."
"Itulah, betul kata Hyunjin. Bukannya makcik tak suka kamu ke sini, tapi kesihatan kamu tu kena jaga juga." Riak risau timbul di wajah Puan Hwang.
"Maaf, makcik. Saya cuma.. risaukan Hyunjin, itulah saya datang." Sebin menunduk.
"Tak apalah. Alang-alang kamu dah ada kat sini, apa kata makan tengah hari sekali dekat sini?" Puan Hwang tersenyum.
"Tapi.."
"Kau mesti lapar kan? Makan jelah dekat sini." Pujuk Hyunjin.
"Boleh ke?" Sebin ragu-ragu, takut menyusahkan pula Puan Hwang.
"Mestilah. Selalunya makcik makan dengan Hyunjin je. Meriah sikit kalau ada kamu. Makcik pergi masak dulu ya." Ucap Puan Hwang sebelum beranjak ke dapur.
"Hehe, kau risaukan aku? Nice work teman wanita!" Sakat Hyunjin lagi.
"Jangan nak perasan sangatlah. Itu hanya lakonan semata-mata sebagai teman wanita palsu kau."
"Ceh. Padahal memang betul pun." Bisik Hyunjin perlahan, namun boleh didengari Sebin.
Gadis itu hanya menunjukkan mimik wajah meluatnya.
"Hm, ada apa-apa yang boleh aku buat sementara nak tunggu makan tengah hari?"
"Ada ada. Tu, kau masuk dalam bilik aku yang dekat situ. Buatlah apa yang patut, kemas ke." Ucap Hyunjin sambil tunjuk pintu bilik yang berdekatan dengan ruang tamu.
"Eh apa pula? Tu bilik kau kan?"
"Ha memanglah. Tolonglah kemaskan. Aku nak main dengan Kkami kejap." Anjing berbulu coklat yang sedang menghampiri mereka Hyunjin dukung lalu diusap-usap anjing itu lalu berjalan keluar rumah.
Sebin dengan tidak relanya berjalan ke bilik Hyunjin. Boleh pula diminta untuk dikemaskan biliknya. Dasar anak teruna malas!
Tombol pintu dipulas, lalu dia melangkah masuk.
"Aih, kemas je pun. Habuk pun tak ada. Nak suruh aku kemas apa je ni?" Sebin memeriksa sekeliling, semuanya nampak kemas kecuali satu.
Barang di atas meja belajar. Bersepah gambar-gambar di atasnya. Ada juga sebuah kotak yang seperti pernah dia lihat.
Gambar yang bersepah itu Sebin ambil lalu lihat satu-satu. Gambar-gambar yang memaparkan seorang budak lelaki bersama budak perempuan itu kemudiannya dia lihat seperti tidak percaya.
"Ini.."

ANDA SEDANG MEMBACA
palsu, hyunjin.
Fanfiction❝Aku teman wanita palsu dia kan? Jadi semuanya palsu lah kan? Termasuk perasaan ni?❞ // COMPLETE ☾︎ ft. 현진 'strayhanjisung☽︎