3

1.9K 253 66
                                    

"Hwang Hyunjin!" Gegaran lantai di kantin itu terasa apabila datangnya seorang gadis ditambah lagi dengan jeritan kuatnya.

Habis hampir semua mata tertumpu ke arahnya.

Belum sempat Hyunjin yang sedang berjalan untuk membeli makanan itu menoleh, gadis itu terlebih dahulu meluru ke arahnya dan dipeluknya lelaki itu erat.

"Lepaskan, lepaskan!!" Lengan gadis itu ditampar Hyunjin berkali-kali, menyebabkan makanan di tangannya jatuh ke kot.

Mana taknya, tidak boleh bernafas Hyunjin dibuatnya.

"Hehe, makin kacak lah awak ni. Memang bertambah kacak atau saya yang dah lama sangat tak datang ya?" Hampir sahaja gadis itu memeluk Hyunjin namun terbantut.

"O- oh. Kot awak- e-eu. Hm, saya pergi dulu. By the way, tak perlulah tunggu saya balik nanti ya?" Sambung gadis itu dengan muka jijiknya.

Hyunjin hanya merengus kasar kemudian bangun dan menyapu-nyapu makanan yang terlekat di bajunya.

"Kau okay tak ni?" Soal Han, teman setia yang ada di sisinya bersama dua orang lagi.

Felix dan Seungmin hanya sekadar membantu membuang sisa makanan di baju milik Hyunjin itu.

"Aku okay jelah, tak perlulah risau sangat." Hyunjin tersenyum nipis, cuba untuk mengurangkan kerisauan teman-temannya itu.

"Aku pergi dulu ya." Sambung Hyunjin.

Semua mengangguk perlahan, membenarkan Hyunjin untuk pergi. Tahu sangatlah mereka ke mana Hyunjin akan pergi pada waktu ini.

Perasaan marah yang terpendam tadi terus dilupakan. Dengan hati yang gembira, dia tidak sabar untuk pergi ke suatu tempat.

Tempat rehat kegemarannya. Sejak tempat itu selalu menjadi tempat rehat Sebin.

Kalau tidak selama ini Hyunjin rehat bersama tiga orang rakannya itu tetapi mula rehat bersama Sebin sejak awal lagi gadis itu masuk ke sekolah itu.

Tempat yang dituju akhirnya tiba. Dari jauh, dapat Hyunjin lihat gadis dengan rambut panjangnya yang diikat sedang duduk berseorangan di atas bangku di bawah pokok yang redang sambil menikmati isi bekas yang dibawanya.

"Nah, kegemaran kau kan?" Soal Hyunjin, sambil menghulurkan setin minuman berperisa cincau yang baru sahaja dibelinya di mesin air tadi.

"Mana kau tahu?" Tanpa teragak-agak, tin minuman itu Sebin ambil dari tangan Hyunjin.

Rezeki, mestilah tidak ditolak.

"Adalah. Kegemaran aku juga. Itulah yang dinamakan jodoh." Hyunjin tersenyum sebelum duduk di sebelah Sebin.

"Merepek apa kau ni? Haih, kenapa kau duduk sini lagi? Tak boleh kalau sehari tak ganggu aku?" Sesuap makanan disuapkan ke dalam mulut dengan wajah yang pasrah.

"Tak salah kan?" Tanpa rasa bersalah, Hyunjin tersenyum.

"Huh, apa-apa jelah. Ni, perempuan tadi siapa? Tak pernah pula aku nampak. Sudahlah buat kot kau kotor, boleh pula dia tak minta maaf." Sebin menjeling sedikit memandang kot Hyunjin.

"Kau nampak?"

"Haah. Aku basuh tangan dekat kantin tadi, kebetulan lah ternampak."

"Dia Soo Gedi, perempuan gila yang mengaku aku teman lelaki dia. Padahal tak, haih rimaslah aku dengan dia. Kau mungkin tak pernah nampak sebab dia baru je datang sekolah harini."

"Tak ada cara ke kau nak hentikan dia?"

"Ada." Balas Hyunjin.

"Apa dia?"

"Kau kena jadi teman wanita palsu aku."

"Kau gila ya?"

"Tolong aku please. Okay okay. Tak lama. Dalam lebih kurang sebulan je, okay?" Rayu Hyunjin.

"Apa yang aku dapat?"

"Jam yang dekat kedai haritu."

"Setuju!" Tanpa lama memikir, terus Sebin setuju, dengan senyuman yang mula muncul apabila terkenangkan jam idamannya itu.

palsu, hyunjin.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang