Huh. Satu keluhan berat dilepaskan selepas sahaja Sebin menutup telefon pintar miliknya kemudian dia campakkan ke atas katil lalu baring.
Bosan, cuti musim sejuk sudah bermula. Walaupun di bercuti seminggu lebih awal kerana sakit, masih lagi tak dapat dia rancang percutiannya yang baharu.
Habis hancur semua rancangan percutian dia tatkala ibu dan ayahnya terpaksa batalkan percutian mereka, atas dasar kerja.
Kerja, kerja, kerja. Penting lagi kerja mereka dari si anak.
Simen yang berbalut di kaki dia pandang.
"Apalah nasib kau, Sebin. Sudahlah alone je dekat rumah ni. Kaki pula berbalut sebelah." Ucap Sebin sayu.
Iyalah, selama ini jika cuti, Sebin akan melakukan kerja rumah tetapi menghadap sedikit kesukaran untuk berjalan lagi-lagi bila turun naik tangga.
Sedang asyik dia termenung sendirian, telefonnya berdering. Menandakan mesej masuk.
Laju sahaja telefon dia capai. Mungkin ada teman yang boleh bersembang.
-
MangkukHayunjing ♡
Online.Kau tengah buat apa?
Tengah balas mesej kau ni
...
Okay. Aku bosan lah.
Jom keluar? Kau pilih je manaAku okay je mana-mana
Hm, funfair maybe?
Okay
Halah tapi aku malaslah naknaik bas
Dahlah kaki aku cemniJangan risaulah.
Disebabkan kau teman wanita
aku, aku sediakan perkhidmatan
istimewa untuk kau.
Bukalah pintu rumah kau sekarangPft, kau ada dekat depan rumah aku ke ni?
Bukalah cepat kalau tak
sabar sangat nak tahu-
Sebin menjenguk ke keluar tingkap biliknya, memandang ke luar kawasan rumah.
Kosong, tiada kelibat Hyunjin. Jelas lagi nyata yang Hyunjin sedang berbohong. Telefon dia pandang semula.
-
Fikir aku percaya?
Tak cuba tak tahu
-
Sebin menutup telefonnya sambil melepaskan keluhan kecil. Dengan bantuan tongkat, dia cuba untuk turun ke bawah.
Terpaksa, mahu memastikan sama ada dia atau Hyunjin yang benar.
Tiba sahaja di depan pintu, gadis itu buka. Hampir sahaja dia hilang keseimbangan melihat kelibat seorang lelaki berdiri di hapan pintu itu sejurus dia buka.
Terkejut juga, ingatkan tiada siapa. Tapi tak pasti sama ada Hyunjin atau bukan.
Lelaki yang memaparkan bahagian belakangnya itu menoleh ke belakang, senyuman di bibir dan juga di mata mula terukir.
"Kau tak siap lagi?" Soal lelaki itu, siapa lagi kalau bukan teman lelaki palsunya.
"B-belum- kau ni, baru je kita deal nak pergi tak sampai berapa minit. Ish! Tunggu kejap. Aku bersiap dulu."
"Okay sayang, aku tunggu dekat luar pagar ya."
Sebin smirk sebelum pergi. Boleh pula lelaki miang itu panggil dia dengan panggilan yang menggelikan.
Dalam beberapa minit, Sebin keluar semula dengan pakaian jalan serba lengkap. Tidak lupa, si tongkat.
"Hm, cepatlah. Mana perkhidmatan istimewa untuk aku ni?" Soal Sebin sambil berjalan mendapatkan Hyunjin.
"Tu." Bibir Hyunjin dimuncungkan ke suatu arah.
"Basikal ni? Serious lah?"
"Apa? Kau ingat kereta? Agak-agaklah, kita baru 18."
"Habistu, kaki aku ni macam mana?"
"Alah, bukan masalah besar pun. Bersyukurlah teman lelaki kau tolong ambilkan ni."
"Eu, tolong sikit. Aku cuma teman wanita palsu kau ya. Itupun di sekolah. Plus, kaki aku jadi macam ni pun sebab terpaksa ikut tawaran gila kau."
"Siapa kata? Aku tak pernah pun kata dekat sekolah je. Tak kira mana pun, kau tetap teman wanita aku. Selagi tak cukup sebulan, selagi tu aku teman lelaki kau."
"Tapi ka-"
"Diam sebelum aku cium."

ANDA SEDANG MEMBACA
palsu, hyunjin.
Fanfiction❝Aku teman wanita palsu dia kan? Jadi semuanya palsu lah kan? Termasuk perasaan ni?❞ // COMPLETE ☾︎ ft. 현진 'strayhanjisung☽︎