5

1.6K 234 46
                                    

"Jeong Sebin! Mana betina tu?!" Kali ini habis kelas C6 bergegar ditambah lagi dengan jerkahan Soo Gedi.

Berjemaah dia datang bersama rakan-rakan seperjuangan terpaksanya ke kelas itu mencari Sebin.

Memang habis takut penghuni kelas itu, gadis ini tidak boleh dibawa main. Banyak dah kesalahan yang dia buat, maklumlah sekolah ni moyang dia yang punya.

"Kau nak buat apa cari dia? Penting sangat ke? Boleh aku tahu?" Soal Felix, selaku ketua kelas C6.

Macamlah dia tak tahu niat betul gadis itu sebenarnya.

"Aku nak ajar dia. Berani dia rampas Hyunjin aku! Budak baru, tapi beria sangat nak tunjuk hebat." Ucap Gedi angkuh.

"Kau nak ajar dia apa je? Mekap? Tu je la kau reti kan? Ataupun ajar cara nak jadi budak gagal?" Balas Felix sinis.

Tak ada sesiapa yang berani melawan gadis itu kecuali Han, Felix dan Seungmin.

Tiga orang itu sahajalah Gedi tak berani lakukan apa-apa termasuk Hwang Hyunjin.

"Satu benda aku nak tanya dekat kau, pernah ke Hyunjin mengaku kau ni teman wanita dia?" Sambungnya sambil mencekak pinggang di hadapan Gedi.

"Kau tak payahlah sibuk tentang kami. Aku cuma tanya mana Jeong Sebin je sekarang ni?" Gedi cuba untuk mengelak dari pertanyaan Felix.

"Tak ada kan? Kau tu je yang macam anjing dahagakan air. Perlu ke kau nak ganggu Sebin? Kalau kau ganggu dia pun, kau ingat Hyunjin akan cintakan kau?" Soal Felix.

Pedas sahaja kata-katanya apabila dilemparkan kepada gadis Gedi itu, berlainan sungguh dengan diri dia yang bersifat sopan apabila bersama orang lain.

"Tak tahu Sebin dekat mana sudahlah, tak perlulah kau nak bagi aku nasihat tak berguna kau tu." Balas Gedi sambil kening sebelahnya diangkat.

Sempat dia menjeling.

"Guys, cari betina tu sampai jumpa. Aku nak jumpa dia hari ni juga!" Gedi memberi arahan kepada si orang suruhan di belakangnya.

Belum sempat mereka bertindak, Gedi terdahulu memberi isyarat tangannya menyuruh mereka berhenti tatkala seorang gadis melangkah masuk ke dalam kelas itu.

Tag nama gadis itu dia kerling, memastikan nama gadis itu yang sudah dapat dia rasakan dia Jeong Sebin.

"Oh, so kau Jeong Sebin ya?" Beberapa helai rambut gadis itu Gedi main.

"Y-ya. Ada apa?" Sebin elak dari bertentangan mata dengan Gedi, seram. Hampir terkeluar biji mata Gedi menjegil.

"Aku dengar, kau teman wanita dia ya? Kau fikir, kau layak? Hyunjin masih aku punya, and forever mine. Mark my word." Rambut Sebin dicengkam kuat, membuatkan gadis itu tidak mampu untuk melawan, lagi dilawan makin kuat.

"Jangan nak perasan sangatlah. Pernah ke Hyunjin mengaku dia kau punya? Kau sendiri pun tak pernah dengar kan? Sudahlah, lepaskan dia!" Pinta Felix dingin sambil cuba melepaskan genggaman tangan Gedi dari rambut Sebin.

"Jangan ganggu aku! Kalau tak betina ni dengan korang aku bunuh!" Pisau yang entah dari mana tiba-tiba muncul di tangan Gedi, menghulurkan pisau di sekelilingnya.

Semua orang termasuk orang suruhan Gedi berganjak dari dia. Takut, gadis itu kelihatan seperti sudah hilang kewarasannya.

Suasana sunyi seketika sebelum telinga gadis itu dapat menangkap suatu bunyi orang sedang melangkah laju kepada dia dari belakang.

Gedi menoleh ke belakang bersama pisaunya dan Sebin di lengan.

"Lepaskan Sebin." Ucap si pemilik bunyi itu.

"H-hyunjin-" tergamam Gedi melihat Hyunjin di hadapan. Habislah lakonan baik di depan Hyunjin yang selama ini dia lakonkan.

Dengan satu hembusan nafas yang kasar, Sebin dicampakkan ke suatu arah.

"AAAAAA!" Terdengar suara jeritan Sebin tatkala dia dicampakkan.

"Kalau ada apa-apa jadi dekat dia, aku tak akan maafkan kau!" Ucap Hyunjin dingin, sebelum pergi ke Sebin.

Kali pertama dia berdingin dengan Gedi.

palsu, hyunjin.Where stories live. Discover now