"Hyunjin!" Sebin terbangun secara tiba-tiba.
Sempat dia memandang sekeliling tatkala dia berasa tempat yang sedang dia berada sekarang seperti di tempat asing.
"Ya, Sebin. Aku ada dekat sini, jangan risau. Kau selamat. Aku ada." Pujuk Hyunjin lembut sambil memeluk dan mengusap belakang gadis itu perlahan.
"H-hyunjin?" Sebin melepaskan pelukan.
Wajah jejaka itu dia pandang seketika.
"Hyunjin! Kau pergi mana?! Aku takut.. jangan pergi. A-aku takut.." tubuh Hyunjin dipeluknya pula.
Menitis tanpa henti air matanya sambil dia memeluk Hyunjin.
"Kau menangis? Wah, ini bukan Sebin yang aku kenal. Dulu punya susah nak layan aku. Pandang pun tidak." Gurau Hyunjin.
Tak mahu gadis itu bersedih sebenarnya.
"Yah, kau! A-aku serius ni! Janganlah main-main! Kita kan kawan! Aku tak mahu kehilangan kau lagi." Pelukan dilepaskan dan satu ketukan hinggap di kepala Hyunjin.
"Aduh. Aku gurau sajalah. Tapi, memang betul pun kan? Jangan-jangan kau suka aku?" Terkejut Hyunjin dengan anggapannya sendiri.
"Yah, k-kalau macam ni, aku tak jumpa kau pun tak apalah!" Terkedu gadis itu dibuatnya.
"Oh, jadi kau nak aku menghilang semula? Bukan selama ni kau cari aku? Tak menyesal?" Usik Hyunjin.
"J-jangan!"
Hampir tertawa Hyunjin melihat gelagat gadis yang sedang kekok itu.
"Aku gurau sajalah. Kau macam mana sekarang? Rasa lebih baik?"
"Bolehlah, cuma pening sikit."
"Tadi kau dah kenapa tiba-tiba terjaga? Sebut nama aku pula tu. Kau rindukan aku ya?" Hyunjin mengusik lagi.
"Ish, tak adanya lah. Cuma aku takut.. dalam bangunan tu gelap... aku tak nampak apa-apa." Riak wajah Sebin berubah.
"Kau kenapa dikurung dalam bangunan tu?"
"A-aku cuma tersesat. Hari dah makin gelap. Jadi aku takut, aku duduk dalam bangunan usang tu. Tapi tiba-tiba sahaja aku dikunci dari luar.." bohong Sebin.
"Kau jangan tipu aku. Aku tahulah semuanya. Tak sia-sia aku ikut kau, aku dah pernah larang jangan berkawan dengan dia. Kau degil." Riak wajah Hyunjin biasa.
"Ha? Jadi kaulah ya yang ekori aku?"
"Iyalah. Habis tu siapa lagi? Hati aku rasa tak sedap, lagi-lagi bila dapat tahu kau berkawan dengan Gedi. Mana tak risaunya aku?"
"Maaf." Balas Sebin ringkas.
"Oh ya, muka kau ni, pucat! Makin pucat dari haritu. Kau pergi ke mana hah? Apa dah jadi dengan kau?" Kedua-dua belah pipi Hyunjin dipicit dan digerakkan kiri kanan.
"Iya?! Kau biar betul? Aku baru pakai cleanser yang kau syorkan tu, tengok apa jadi kat muka aku sekarang." Segera Hyunjin berlari ke cermin di dalam wad itu.
"Mungkin kau tak sesuai pakai cleanser tu kot. Eh tapi boleh ke sampai pucat?" Balas Sebin tanpa curiga.
"Mungkin. Oh, maaf Sebin, aku kena pergi sekarang. Kau jaga diri ya." Jam di tangan Hyunjin pandang.
Hujung lengan baju Hyunjin Sebin capai.
"Kau nak pergi mana? Nak menghilang lagi?"
"Tak adalah. Kau jangan risau. Aku akan kembali, aku janji." Hyunjin senyum sebelum pergi.
Namun beberapa saat kemudian, dia menoleh semula.
"Oh ya, aku sebenarnya ekori kau sebab nak bagi kau sesuatu sebenarnya."
"Sekarang dah habis periksa, kan? Apa kata aku luangkan masa dengan kau, nak? Sebagai teman lelaki sebenar kau mungkin." Sambungnya.
"Iya ke? Bila?!" Gadis berambut panjang sedikit kerinting di bawah itu teruja.
"Hujung minggu ni? Pukul 5, tempat biasa ya?"
"Okay!"
Dengan gembiranya gadis itu bersetuju, tanpa mengetahui sesuatu.
Mengetahui sesuatu sama ada baik atau buruk yang bakal berlaku di antara mereka.
*
Grr maaf sangat-sangat
Wa lambat update :( jadi
kalini kita double update
ye nyeong !♡
YOU ARE READING
palsu, hyunjin.
Fiksi Penggemar❝Aku teman wanita palsu dia kan? Jadi semuanya palsu lah kan? Termasuk perasaan ni?❞ // COMPLETE ☾︎ ft. 현진 'strayhanjisung☽︎