"Hyunjin! Sini!"
Gembira tak terkata si gadis kecil yang berpakaian baju berlengan panjang dan skirt paras lutut itu tatkala terlihat rakan karibnya yang akhirnya muncul.
Si jejaka yang berpakaian baju berlengan pendek yang dimasukkan di dalam seluar jin nya itu mencari punca suara itu dan segera ke arahnya tatkala dia ternampak si gadis.
"Sebin, lama tunggu?" Soal si jejaka mesra.
"Tak adalah. Dalam 10 minit mungkin?" Si gadis tersenyum.
"Maaf ya. Tadi tandas penuh hehe. Sekarang kita nak ke mana pula? Rasanya mana lagi ya yang kita belum cuba?"
Hyunjin berpusing melihat sekeliling di kawasan permainan. Rasanya hampir semua permainan di situ mereka telah kunjungi.
"Tak. Aku tak nak main dah. Apa kata kita berehat sekejap? Duduk-duduk dulu." Dahi Sebin kerutkan.
Hyunjin duduk di sebelah Sebin.
"Kenapa pula? Kita tak boleh sia-siakan peluang ni, aku dah kesuntukan masa. Kau nak nanti kau tak jumpa aku dah?" Ucap Hyunjin dengan nada gurauan.
"Aku risau dengan kau sebenarnya, Hyunjin. Kau.. kau pucat. Makin lama makin teruk. Kau cakap okay tapi kau sebenarnya tipu kan? Cakap dengan aku apa benda yang kau sembunyikan." Sebin merenung Hyunjin, meminta jawapan.
"Apa yang kau merepek ni? Aku tak rasa apa-apa pun, yang kau nak melebih pula kenapa?" Hyunjin tertawa.
"Kau cerita dengan aku. Aku janji, lepas ni aku takkan jadi teman wanita palsu kau lagi. Aku suka kau, aku akan jadi teman wanita sebenar yang kau mahukan." Sebin mengangkat tangan kanannya.
"Comellah kau ni. Kau janji dengan aku ya, sentiasa comel macam ni walaupun aku ada atau pun tidak ya?" Hyunjin tersenyum, menampakkan baris giginya.
Tangan kirinya menggosok lembut rambut milik Sebin.
Gadis itu menunjukkan wajahnya yang gelisah.
"Tak, Hyunjin. Tak. Kau kena selalu ada dengan aku kalau kau tak ada aku takkan comel."
"Degil." Hidung gadis itu dicuit.
"Jangan jadi macam ni Hyunjin. Kau pelik sangat. Aku tahu kau ada sembunyikan sesuatu."
"Apa dia? Kau tengok aku ni aku sihat, aku tak sakit." Hyunjin cuba untuk tunjukkan dirinya masih kuat.
Namun beberapa saat kemudian, rasa sakit di kepalanya tiba.
"Kau okay? Kau tipu kan? Aku tak cakap kau sakit pun. Cuma cakap kau pelik. Jadi apa sebenarnya yang kau cuba sembunyikan? Kau cuba sembunyikan yang kau sakit?"
"Sakit aku hilang lepas jumpa kaulah hehe."
"Jadi kau tipu aku, kan Hyunjin?" Tergamam gadis itu dibuatnya.
"Tak adalah. Cuma aku belum bagitahu kau. Kau tu, cepat sangat gelabah. Nasib baik, lepas ni aku dah tak sakit." Sempat lagi lelaki itu tersenyum tenang.
"Kenapa? Kau dah jumpa doktor yang dapat ubatkan kau kan? Lepas ni muka kau dah tak pucat kan?" Bertubi soalan Sebin.
"Mungkin. Pucat atau tidak itu aku tak pasti. Tapi yang pasti aku dah tak sakit."
"Jadi apa penyakit kau sebenarnya?"
Hyunjin pandang tepat ke mata Sebin. Mata yang bakal kelihatan comot kerana dia.
Gadis itu dipeluknya erat, seperti tidak mahu melepaskan gadis itu lansung.
"Kau bakal tahu. Terima kasih untuk hari ini ya. Saya sayang awak sangat-sangat, teman wanita palsu saya." Pelukan dari Hyunjin terasa semakin lemah.
Lemah dan lemah akhirnya dapat dia rasa nafas Hyunjin tidak lagi terasa di telinganya.
"H-hyunjin?"
*
Maaf tau gaes kalau
makin hambar TTEnding coming-
![](https://img.wattpad.com/cover/207385823-288-k443324.jpg)
YOU ARE READING
palsu, hyunjin.
Fanfiction❝Aku teman wanita palsu dia kan? Jadi semuanya palsu lah kan? Termasuk perasaan ni?❞ // COMPLETE ☾︎ ft. 현진 'strayhanjisung☽︎