"Yay! Tamat juga peperiksaan akhirnya!" Han menjerit keriangan.
Terlompat-lompat dia sambil berjalan.
"Halah. Cuma peperiksaan akhir tahun je pun. Bukan peperiksaan masuk universiti lagi." Seungmin cuba melemahkan semangat Han.
"Biarlah. Selama dua minggu peperiksaan ni berlangsung, aku tak boleh tidur lansung, kau tahu? Lepasni boleh lah aku tidur puas-puas." Han sama sekali tidak mematahkan semangatnya.
"Kan, samalah dengan aku. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena." Tambah Felix yang jelas sekali gembira terpancar di wajahnya.
Han, Seungmin dan Felix. Mereka lah yang selalu temankan Sebin pulang baru-baru ini semenjak Hyunjin tiada.
"Wah, dah macam orang hilang kekasih dah kau ni haha. Kau macam mana pula, Sebin?" Soal Seungmin.
Sempat dia dipukul Felix perlahan tanda teguran kerana soalannya mungkin akan menyebabkan Sebin terguris.
"A-aku? Sama jelah macam Han, ulang kaji sampai ke pagi. Tak cukup tidur." Muka gadis monyok itu akhirnya kelihatan berseri sedikit tatkala dia cuba senyum.
"Mesti terfikirkan Hyunjin juga kan? Tahulah kau rindukan Hyunjin, jangan risaulah. Aku kan ada."
Han yang duduk di sebelah kiri Seungmin yang berada di sebelah kiri Sebin cuba untuk berdiri di sebelah Sebin.
"Kau tak payah menggatal ya. Dia kawan kita punya, penat-penat dia tackle dulu tanpa henti tau." Lengan Han Seungmin tarik.
Han hanya sekadar menunjukkan mimik wajah kecewa lalu kembali ke tempatnya semula.
Yang lain hanya ketawa tanpa mereka sedar seseorang sedang mendekati mereka dari belakang.
"Hai semua!" Mereka berempat menoleh ke belakang.
Suara pemilik suara itu seperti mereka kenal tetapi tidak mungkin itu adalah si dia.
"Eh? Gedi? Kau buat apa kat sini?" Han bersuara.
"Aku nak balik dengan Jeong Sebin harini boleh?." Pinta Gedi lembut.
"Tak payah. Kau nak buat apa?" Soal Felix.
"Kami kan kawan. Apa salahnya kalau aku nak balik dengan dia?" Soal Gedi lembut.
"Tak boleh. Aku tak tahulah dengan kau ni, memang betul dah berubah atau tipu saja. For your information, dia pun kawan kami juga. Jadi, biar dia balik dengan kami." Halang Felix.
"F-felix. Tak apalah. Biarlah aku balik dengan dia. Korang baliklah dulu, tak perlulah tunggu aku ya." Ucap Sebin.
Sedikit gentar sebenarnya. Dia setengah yakin yang Gedi sudah berubah. Setengah lagi mungkin tidak.
"Bukannya boleh diharap pun dengan perempuan seperti dia ni. Kau tak rasa tiba-tiba je dia baik ni bersebab?"
"Tak apa. Aku percaya dia." Sebin cuba menguntumkan senyuman lalu berjalan ke arah Gedi.
"Jom!" Ucap Gedi gembira.
Mereka berdua jalan bersama sehinggalah jauh daripada kawasan sekolah dan tiga orang lelaki itu lalu tiba di suatu tempat. Sunyi.
Kawasan itu dikelilingi oleh rumah-rumah usang. Entah ke mana Gedi mahu pergi, Sebin hanya ikut.
"Kau macam mana dengan Hyunjin?"
"Okay je. Macam biasa."
Gedi tersenyum sinis.
"Biasa? Kau tahu biasa kau tu macam mana? Tiap hari kau berkepit dengan dia. Kau nak tahu kenapa aku dah tak datang sekolah dah lama?"
"Kenapa?"
"Orang cakap aku sakit. Aku dipaksa dapatkan rawatan. Semua disebabkan kau. Kalau kau tak ada, Hyunjin tak akan berminat dengan kau."
Walaupun lembut sahaja nada suara Gedi, Sebin mula berasa lain.
"Kau okay? Kenapa macam tak selesa ja?"
"A-aku okay. Hehe." Sebin senyum sedikit namun beberapa saat senyumannya serta-merta hilang.
Sudahlah sejak dari pagi dia rasa seperti diikuti seseorang, ditambah lagi dengan kelakuan aneh Gedi sekarang.
Gedi mula tertawa kuat sambil melangkah ke hadapan dan berpaling semula ke arah Sebin yang kaku dengan pandangan yang menyeramkan.
"HYUNJIN MILIK AKU! AKU TAK DAPAT DIA, TAK ADA SESIAPA YANG DAPAT DIA!" Raung Gedi.
Rambut Sebin ditarik kuat sepenuh hati Gedi lalu dihentak-hentakkan ke dinding tebing berkali-kali sebelum ditarik dan dicampakkan ke dalam sebuah bangunan usang disitu.
Gadis lemah itu hanya mampu jatuh dan tidak mampu melawan tatkala kepalanya semakin berdenyut.
"Selamat tinggal, si lemah."
Dalam pandangan yang kabur, dapat dia lihat pintu gudang itu semakin tertutup.
Lama-kelamaan semuanya gelap.
![](https://img.wattpad.com/cover/207385823-288-k443324.jpg)
YOU ARE READING
palsu, hyunjin.
Fanfic❝Aku teman wanita palsu dia kan? Jadi semuanya palsu lah kan? Termasuk perasaan ni?❞ // COMPLETE ☾︎ ft. 현진 'strayhanjisung☽︎