16

1.8K 206 59
                                    

Masa berlalu sehinggalah tibanya minggu kedua sejak Hyunjin pergi, buat selamanya.

Buku diari milik Hyunjin Sebin tutup setelah selesai membaca.

Kini baru dia faham apa sebenarnya yang dimaksudkan Hyunjin.

'Tak sakit.' Ayat dari Hyunjin yang selamanya ini membuatkan dia tertanya-tanya kini sudah terjawab.

Hyunjin, penghidap kanser tahap 3 itu bebas dari rasa sakit yang pedih akhirnya.

"Sekarang dah tak ada lagi orang yang hiburkan aku, buatkan aku tersenyum, usik aku macam selalu." Gadis itu mengukirkan senyuman di bibirnya.

Sebin hanya mampu bersedih, sudah dia perasan keadaan Hyunjin kelihatan semakin teruk, tetapi dia hanya mengikut kata-kata Hyunjin.

Tidak sempat dia memberikan Hyunjin kata-kata semangat, meminta maaf.

Sudah lama dia sedar sebenarnya kesalahan dia yang selama ini hanya membiarkan Hyunjin, ditambah lagi dengan menyakitkan hatinya.

Tetapi apakah daya, dia tidak diberikan kesempatan atau peluang kedua.

Membuatkan perasaan sedihnya berpanjangan, tidak terhenti pada siang atau malam.

Makan tidak, minum juga tidak, apatah lagi tidur. Rutin hariannya juga berubah mendadak dari biasa.

Dia hanya mengurungkan dirinya di dalam bilik, tidak henti-henti dia memohon maaf seorang diri.

"Bin.. mari kita balik ya, nak?" Puan Jeong tidak henti-henti memujuk Sebin untuk pulang.

Walaupun ini hari ini hari pertama dia keluar sejak dia mengurungkan diri, Puan Jeong masih berasa resah.

Sudah berjam-jam anak gadisnya itu berjumpa Hyunjin. Risau juga anaknya itu akan bertambah sedih.

"Eomma tunggu sekejap. Sebin rindukan Hyunjin, bagilah Sebin jumpa dia lama sikit ya?" Rayu gadis yang bermata bengkak itu.

"O-okay sayang. Eomma bagi kamu beberapa minit lagi ya?"

Gadis itu sekadar mengangguk, tidak fokus sebenarnya dia dengan apa yang Puan Jeong katakan. Dia hanya mahu eommanya itu cepat tinggalkan mereka.

Gambar Hyunjin ditenung lama.

"Keputusan peperiksaan dah keluar. Aku dapat nombor 1 dalam kelas, llama! Kau janji dengan aku kan yang kau akan bahagia bila aku lihat kau dari atas pentas, bukan?" Gadis itu tersenyum perit sambil air matanya kembali deras.

"O-oh ya. Kotak tu, Aku ada bawakannya Hyunjin, a-ku nak kita sama-sama tengok aku buka kotak ni." Hingusnya dilap dengan menggunakan bahagian hujung lengan baju.

Kotak itu dibuka, automatik tangan gadis itu terketar tatkala melihat isi di dalam kotak itu.

"J-jam? Kau beli juga jam yang aku mahukan ni? Kenapa kau belikan juga? A-aku ingat kau hanya bergurau. Kau patut gunakan duit yang kau beli jam ni untuk rawat penyakit kau, tak pun ibu kau, Hyunjin!" Gadis itu meraung.

"S-sebin, sudah ya. Mari kita pulang." Semakin risau Puan Jeong dibuatnya.

Kepalanya yang terasa semakin berdenyut-denyut itu Sebin cengkam kuat.

"Kenapa ni Bin? Kita pergi hospital ya?" Puan Jeong memegang kedua belah bahu anaknya.

"K-kejap lagi eomma, bin nak cakap lagi dengan Hyunjin."

"Kita boleh datang lagi ke sini esok, ya?"

"Bin cu-."

Buk!

"Sebin!" Suara Puan Jeong terdengar samar-samar sebelum pandangan gadis itu menjadi gelap sepenuhnya.

"Sebin?" Perlahan-lahan matanya dibuka kembali.

Silau yang teramat sangat sebelum matanya tertumpu pada sesuatu.

Ya, itu dia.

Hwang Hyunjin.

Lelaki tinggal lampai dan memiliki rupa paras yang kacak itu sedang tersenyum ke arahnya.

Tersenyum seperti mana yang dia pernah janjikan dahulu.










• end •

palsu, hyunjin.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang