"Kau okay ke tidak ni?" Soal Hyunjin sambil memapah basikalnya sambil berjalan di sebelah Sebin.
Sebin hanya diam, mukanya kelihatan runsing. Sejak awal lagi.
"Sakit lagi ke? Sini aku tengok?" Hyunjin cuba menyentuh untuk melihat luka di lengan Sebin yang jelas kelihatan kerana bajunya berlengan pendek.
"A-ah aku okay jelah. Kau tu, risaukanlah diri kau sendiri. Haih, sakit aku tengok darah dekat muka kau, dekat tangan-tangan lagi." Sebin mengerling ke luka Hyunjin.
"Alah, aku kan lelaki. Boleh tahan lah. Tak rasa apa-apapun ni." Ucap Hyunjin riak.
"Kau kan, tak pandai bawa basikal ke ha? Kan kita dah jatuh, kau kena, aku kena, basikal kau pun kena." Wajah marah Sebin paparkan.
"Aku tak bersalah. Aku tak buat apa-apa. Basikal ni yang bersalah. Boleh pula rantai tercabut tiba-tiba tadi." Wajah Hyunjin innocent.
"Apa-apa jelah. Ni, kita berhenti sini dulu jom." Lengan Sebin Hyunjin tarik ke arah suatu kedai di tengah pekan yang sibuk itu.
"Huh? Farmasi? Nak buat apa? Kau sakit sangat ke?" Bertubi-tubi soalan Sebin.
"Tak adalah. Kau tunggu sini kejap. Aku nak beli sesuatu." Sebin dia dudukkan di atas kerusi di hadapan farmasi itu sebelum masuk ke dalam.
Beberapa minit kemudian, dia kembali keluar.
Tanpa izin, dia menyentuh lengan tangan lalu dibersihkan lukanya dengan air.
"Apa kau buat ni? A-ouch! Sakitlah!" Terketar-ketar tangan Sebin, mahu menarik tetapi kuat tangannya digenggam Hyunjin.
"Luka kau dalam ni, kalau biar nanti makin teruk. Makin sakit pula tu, tak mahulah teman wanita aku ni sakit." Ubat di dalam kotak dikeluarkan lalu perlahan-lahan disapu ke atas luka Sebin.
Tak henti-henti Sebin mengadu kesakitan. Mana tidaknya, lukanya dalam, sampai ke isi.
"Sakit? Maafkan aku, salah aku. Aku tak berhati-hati tadi. Kau tahan sikit ya, sakit ni sekejap ke kalau nak dibandingkan dengan sakit kalau tak dibubuh ubat." Hyunjin tersenyum, membuatkan Sebin tenang sedikit dibuatnya.
"Oh ya, kau nampak runsing akhir-akhir ni. Tak banyak bercakap pula tu. Ada apa-apa yang menganggu kau ke? Kalau tak keberatan, ceritalah dengan aku mana tahu aku boleh bantu." Sambung Hyunjin.
"A-aku... hm.. nak tanya sesuatu boleh?" Suaranya diperlahankan.
"Boleh je, tanyalah apa-apa. Aku jawab, demi kau." Tersenyum lebar Hyunjin.
"H-haritu, beberapa hari yang lepas, aku tahu aku tak patut sentuh barang peribadi kau. Tapi apa yang aku sentuh ni memang aku betul tak sengaja."
"KAU BIAR BETHOL? KAU SENTUH BOXER SEPIBENERMAN AKU KE?!" Terundur Hyunjin sedikit ke belakang, dengan muka terkejutnya yang tidak dapat dikawal.
"I-ish taklah. Bukan tu. Tapi polaroid yang bertabur dekat atas meja kau. Kau dapat dari mana?" Sopan saja Sebin menyoal.
"Oh, gambar-gambar tu aku dapat dari kawan aku masa kecil, sebelum dia pindah. Untuk tidak lupakan satu sama lain, kami tukar-tukar lah hadiah. Aku bagi dia gelang." Tersenyum lebar Hyunjin.
"Kau nak tahu tak? Dia tu budak kecik yang aku sayang dari dulu sampai sekarang. Tak pernah pudar sedikit pun, lagi mekar lagi adalah. Bersyukur aku ada peluang untuk jumpa dia lagi." Sambungnya.
"Eh kau, kau dah ada teman wanita tahu. Jangan sampai kita putus." Ucap Sebin, terlalu terbawa-bawa watak teman wanita palsunya.
"Kau dah kenapa? Cemburu ya? Haha dah sayang dekat aku ya sayang?" Usik Hyunjin.
"Eh- eh tak adalah. M-maksud aku, baik kita putus je, kau kan dah sayang sangat dekat dia. Tak payahlah susah-susah aku berlakon dah." Tergagap-gagap Sebin.
"Aku sayang kau dari dulu sampai sekarang Sebin, tak pernah lagi aku sayang orang lebih macam ni."
"EH? MAKSUD KAU? Kita baru kenal beberapa hari je. HAHAHA jangan memandai buat cerita."
Sebin tidak percaya. Baginya, semua ini hanya kebetulan. Ada gadis yang berwajah sama sepertinya, mungkin.
Tapi tak mungkin juga Hyunjin sedang berbohong.
"Aku tak tipu, kalau tidak, siapa lagi yang selalu panggil kau Seyang?"
Tersentak Sebin.
Panggilan manja rahsia yang selalu si llama gelarkan akhirnya didengar kembali.
Melalui mulut Hyunjin.

ANDA SEDANG MEMBACA
palsu, hyunjin.
Fanfiction❝Aku teman wanita palsu dia kan? Jadi semuanya palsu lah kan? Termasuk perasaan ni?❞ // COMPLETE ☾︎ ft. 현진 'strayhanjisung☽︎