"HI, SAYANGKU." Sergah Hyunjin, tangannya dilambai-lambaikan ke arah Sebin apabila gadis itu melangkah ke luar rumahnya.
Terkejut Sebin itu dibuatnya. Terus gadis itu berlari meluru ke arahnya.
"Yah! Jangan jerit-jerit, nanti eomma appa aku dengarlah. Bahaya aku nanti." Bahu Hyunjin ditampar perlahan.
Menyesal pula rasanya dia beri alamat rumahnya kelmarin. Tapi kalau tidak diberi, habis hancur harapan untuk memiliki jam tangan yang selama ini dia idam-idamkan.
"Kau dah lupa perjanjian kita?" Hyunjin membalas dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.
Sebin mengeluh.
Terpaksa dia ikuti syarat yang ditetapkan Hyunjin. Syarat untuk menjadi teman wanita palsunya.
Tapi apa yang disyaratkan itu tak ada bezanya dengan teman wanita sebenar.
Boleh pula dia syaratkan yang kena mengaku ke semua orang yang mereka sedang bercinta. Dasar lelaki gila.
Tapi Sebin ikutkan sahaja. Terpaksa demi jam idamannya.
"Tak. Cuma, aku tak sedia lagi nak cakap dekat orang tua aku."
"Takpelah, sayang. Take your time. Bila-bila pun boleh." Mahu sahaja wajah Hyunjin ditumbuk-tumbuk Sebin sekarang.
Geli!
"Eh, sekejap. Kot ni kot semalam kan? Tengok tu, kesan kotoran pun masih ada. Kedutan pun. Berapa lama kau tak basuh?"
"Hehe. Dua minggu dah rasanya. Alah, tak nampak sangat. Lagipun cuti musim sejuk dah dekat, sayang pula nak cuci." Hyunjin tertawa halus.
"Memanglah tak nampak, tapi bila dekat-dekat jelas sangat tahu? Busuk pula tu, minyak wangi kau tak berfungsi sangatlah. Pemalas betul kau. Sinilah, aku tolong cucikan." Tangan Sebin dihulurkan.
"Tak payahlah, susahkan kau je." Balas Hyunjin.
"Tak adalah. Bagi sini, kalau tak aku tak mengaku kau teman lelaki aku dekat orang." Ucap Sebin tegas.
"Okay okay. Nah. Terima kasih." Terus Hyunjin membuka kot lalu diserahkan ke Sebin sambil senyumannya dilebarkan.
"Sama-sama. Kejap, aku simpan kot ni dulu. Bila dah siap basuh nanti aku pulangkan ya."
Sebin masuk ke dalam rumah. Dalam beberapa saat, dia keluar kembali.
"Oh ya, kau dah kenapa datang sini?"
"Jemput kaulah. Mulai sekarang, kau pergi sekolah dengan aku. Free of charge. Tak payah terkejar bas dah." Balas Hyunjin.
"Ya tak ya juga kan. Bijak juga kau ya. Jom!" Sebin duduk di tempat duduk belakang basikal Hyunjin dengan gembiranya.
Tak adalah duit belanjanya berkurang kerana membayar tambang bas. Berguna juga Hyunjin.
Hyunjin mula mengayuh. Jarak dari tempat itu ke sekolah tak adalah jauh mana. Lebih kurang tiga kilometer saja.
"Kau tak pakai gelang kau harini?" Setelah lama sepi, Hyunjin menyoal sambil mengayuh basikal.
"Biarlah. Aku sebenarnya sayang nak pakai. Takutlah terhilangkan takpun terputus ke." Sebin memandang pergelangan tangannya, rasa janggal pula tiada gelang kesayangannya itu di tangan.
"Sayang betul kau dengan gelang tu ya?"
"Mestilah. Pemberian seseorang yang aku sayang tu. Gelang tu ibarat aku punya kekuatan, setiap kali aku down, tak adalah sedih sangat. Gelang tu buatkan aku teringatkan dia. Rasa macam dia ada dengan aku." Sebin tersenyum, terkenangkan 'dia' tanpa sedar matanya mula bertakung air.
"Siapa? Teman lelaki kau ke?"
"Apa kau mengarut ni, aku tak pernah ada teman lelaki lah." Sebin tertawa.
Entah emosinya, tak menentu sekarang.
"Dia kawan rapat aku masa kecil. Aku tak banyak kawan, orang kata aku sombong, hodoh, bodoh. Dia sorang je yang berani nak kawan dengan aku. Tapi kami berkawan tak lama, dalam beberapa bulan, aku pindah." Hingus yang sedang mengalir disedut.
"Haha yang speechlessnya, aku tak tahu nama dia. Aku panggil dia pun dengan panggilan llama sebab comel dia tu sama dengan llama."

ANDA SEDANG MEMBACA
palsu, hyunjin.
Fanfiction❝Aku teman wanita palsu dia kan? Jadi semuanya palsu lah kan? Termasuk perasaan ni?❞ // COMPLETE ☾︎ ft. 현진 'strayhanjisung☽︎