ᗷᗩᗷ 7 - sᴘᴇᴄɪᴀʟ ᴄʜᴀᴘᴛᴇʀ

2.1K 156 14
                                    

ENCIK HARIS

"Assalamualaikum." Suara anakku kedengaran dari luar pintu. Aku yang sedang membaca surat khabar sekadar menjawab salam tersebut.

Langkah kaki kedengaran mendekat ke arahku. Aku mengalihkan pandanganku kearah langkah kaki itu. Syifa sedang bersama seorang lelaki.

"Boyfriend dia ke? Boleh tahan hensem jugak." Aku memakukan pandanganku kepada lelaki tersebut. Apa halnya sehingga Syifa bawa dia pulang bersama.

"Kenapa Syifa? Siapa laki ni?" Aku sengaja bersuara tegas. Mahu melihat reaksi si lelaki. Dia agak bersahaja namun dia kelihatan sangat sopan.

Pakaiannya pula agak lama. Mungkin pengemis.

"Weh, kau cakaplah." Kelihatan anakku berbisik kepada lelaki di sebelahnya. Aku mulai curiga.

"Sayang, sini jap." Aku memanggil isteriku pula. Aku sebenarnya kurang bercakap berbanding isteriku. Mana tahu dia dapat menolong apa patut.

Kelihatan riak wajah lelaki itu berubah. Isteriku sudah sampai dengan wajah terkejut.

"Siapa laki ni Syifa? Isteriku berjalan pantas dengan muka ingin tahu. Dia segera duduk di tepiku.

"Macamni pakcik, makcik... Saya tadi macamni.." Dia kelihatan agak gugup bercakap. Dia ada buat sesuatu kat anak aku ke?

"Kamu kenapa?"

"Saya hilang ingatan pakcik. Tahu tahu duit saya pun semua takde. Tadi anak pakcik jumpa saya, dia tawar untuk saya tinggal kat sini dulu. Kalau tak boleh takpe, saya boleh cari tempat lain." Lelaki itu bersuara tanpa gagap.

Aku lihat anakku menjeling lelaki itu. Entah apa yang salah dari perkataanya aku tak ambil peduli.

"Nama kamu? Lupa jugak ke?"

"Oh tak tak, nama saya Azhar. Maaf pakcik, makcik." Sopan ku lihat dia menundukkan kepala.

"Budak ni baik orangnya." Itu sahaja yang terlintas di benakku.

"Jadi kamu nak tinggal sini sebab kamu takde duit dan lupa ingatan?" Aku memulai peran ku sebagai ayah. Isteri ku hanya diam sejak tadi.

Agak lama juga kami berbual dan aku mendapati lelaki ini boleh dipercayai. Aku juga agak seram memikirkan anakku yang sentiasa berseorangan pergi kesekolah.

Dengan adanya lelaki didekatnya mungkin boleh menyelamatkan sedikit keadaan. Aku hanya berharap Azhar benar benar lelaki baik.

"Pakcik bukan apa, risau jugak anak pakcik tu dahlah perempuan, balik sorang sorang pulak tu, lagipun kamu seumur senang lah sikit kamu nak tengok dia. Lagi satu, pakcik tengok kamu ni boleh dipercayai, kalau lama sikit kamu tinggal dah pakcik tunangkan dah dengan anak pakcik."

Sengaja ku bergurau. Sejujurnya aku agak minat dengan perilaku Azhar. Aku yang kurang berkomunikasi ini pun sudah mampu berbual dengan baik. Dia sesuai sebagai menantu idaman.

Suasana mula berubah. Aku gembira melihat keakraban keluarga ku. Anakku mencubit ku. Masyaallah sakitnya tak terkata. Azhar mula berapdatasi dengan baik.

TIME TRAVEL LOVE STORYWhere stories live. Discover now