ᗷᗩᗷ 11

1.7K 146 12
                                    

"OKEY SEMUA, SEPERTI YANG DIJANJIKAN, RM50 NI MILIK KUMPULAN 'ASAS'. TERIMA KASIH SEBAB SELAMA TIGA HARI NI BERMAIN DENGAN SANGAT BAIK!"

Kumpulan lain hanya menepuk tangan. Cemburu melihat RM50 melayang begitu sahaja. Salah mereka juga tidak berusaha keras.

"Sebenarnya cikgu buat ni bukan saja-saja, tapi cikgu dah pilih kamu berempat wakil sekolah untuk acara kuiz ni." Bersahaja Cikgu Ruzi berkata. Tentu riak muka murid murid berubah.

"Apa ni cikgu tak bagitahu kitorang! Kalau tak kitorang dah buat betul-betul dah!" Salah seorang mengeluh.

"Sebab tulah cikgu tak bagitahu, cikgu nak yang betul betul bersungguh menjawab. Tengok sekarang siapa yang rugi. Nanti kamu berempat jumpa saya lepas kelas." 'ASAS' berbalas pandangan. Sepertinya mereka akan lebih rapat.

Tamat waktu persekolahan...

"Kau rasa cikgu betul-betul atau main-main?" Azhar memulakan bicara. Tiga lagi tubuh di sisinya memandangnya.

"Kau pesal? Dah terang lagi bersuluh kot." Azwan membalas kasar. Mereka kembali menjeling. Seketika Azhar mengingat kejadian tempoh hari.

"Sekali lagi kau kacau Sofea, sampai mati korang takkan tenang!" Azhar menahan kekagumannya. Jarang dia lihat cinta yang menarik seperti mereka.

"Beri salam kat pengetua dulu." Suara Cikgu Ruzi yang muncul entah dari mana mengejutkan mereka. Pengetua kelihatan di sisi cikgu disiplin itu.

"Okey semua duduk dulu, saya taknak cakap panjang." Pengetua sempat senyum kecil sebelum memulakan penerangannya.

***
"Jadi boleh terima kan? Macam mana pun, saya rasa ini tawaran yang sangat baik, antara banyak banyak sekolah kat negeri ni, sekolah ni yang dipilih. Saya harap kamu semua tak kecewakan saya." Mereka yang berada di situ masing-masing ternganga.

Masih agak terkejut dengan apa yang disampaikan. Apa? Pergi Terengganu? Wakil negeri? Pergi berempat je?

"Saya harap tiada yang tidak menolak, walau bagaimana pun, kalau seorang menolak, saya terpaksa batalkan penyertaan kamu. Maaf sebab memaksa walaupun kamu semua sudah tingkatan lima."

Mereka berakhir pulang bersama setelah itu. Borang penyertaan terpampang jelas di tangan mereka. Sorang demi sorang mengeluh dingin.

"Jadi korang nak pergi ke?" Sofea memecah keheningan ketika itu. Mereka kembali mengeluh. Pengetua memberi mereka arahan yang tidak masuk akal. Sudahlah tiba-tiba sahaja, mana mereka tak terperanjat.

"Nak taknak aku ikut, aku jarang dapat peluang macamni." Azhar tersenyum nipis.

"Ala korang ikutlah sekali, takkan tak teringin nak berseronok masa tahun terakhir ni. Kan tadi cikgu sendiri kata kita boleh berkelah kat pantai." Sofea terus memandang Azwan.

"Apa kau?" Sofea menatap wajah Azwan. Azwan mengeluh, dia sudah kenal benar perangai Sofea.

"Okey okey aku join!" Sofea menjerit keriangan mendengarnya. Mereka kini beralih memandang Syifa.

"Aku rasa takde alasan aku nak tolak kan?" Syifa membalas mereka dengan jawapan yang menyenangkan. Mereka berempat ketawa bersama setelah itu.

Hari kejadian...

"Nanti dah sampai sana, korang boleh pilih nak duduk bilik atau nak berkelah. Cikgu ada sekejap je, cikgu harap korang dapat jaga diri." Kata kata itu menerjah ruangan fikiran mereka berempat.

TIME TRAVEL LOVE STORYWhere stories live. Discover now