Keesokkan harinya...
"Wan! Wan! Tadi mama bagi ni suruh Wan rasa." Sebenarnya tidaklah kuat mana Sofea bersuara tetapi cukup untuk didengar tiga barisan didepan.
"Hm cakap kat makcik yang makcik masak memang sentiasa sedap. Tak diragukan lagi 5 bintang⭐⭐⭐⭐⭐"
Dengan suara cuba diriangkan sebaik mungkin, Azwan memuji. Sofea tersenyum manis.
"Habiskan, jangan tak habiskan." Sesudah berkata itu, Sofea kembali ke tempat duduknya. Hatinya gembira mengenangkan Azwan yang memuji masakan tadi.
Sebenarnya sudah sejak lama dia yang masak semua makanan itu, dia mahu Azwan menjadi tukang rasa pertamanya. Cuma dia malu untuk berkata. Dengar Azwan memujinya sahaja sudah membuat hatinya bercahaya.
"Kau masak akan tetap sedap Sofea. Aku jamin." Azwan berkata dengan perlahan. Dia sudah tahu lama Sofea yang memasakkannya makanan. Tentu dia takkan memberitahunya yang dia tahu.
Sejak hari itu, dia berjanji dia akan menjaga Sofea sebaik mungkin. Cukuplah dua kali dia hampir kehilangan Sofea, dia tidak mahu kehilangannya sekali lagi.
Ya, sejak hari itu. Hari dimana Sofea mencuba membunuh diri.
APRIL 2032
"Sofea anak pembunuh! Sofea anak pembunuh!" Berulang kali laungan itu tersemat di benak Sofea, seorang anak berumur 12 tahun.
Dia muak, dia gelisah, dia tidak tenteram sejak ayahnya di cap pembunuh. Hari-harinya dihabiskan dengan cukup sengsara. Kawan-kawan, guru-guru bahkan jiran tetangga melayan mereka bagai sampah masyarakat.
Hanya Azwan yang setia disisinya. Setia menjaganya dan mendengar tak kira waktu. Ayahnya dicap pembunuh kerana tuduhan tidak berasas yang dijatuhkan mahkamah hanya kerana mereka berurusan dengan orang kaya.
Hidupnya sering kali tak tenang kerana itu. Azwan yang sering menjaganya juga kadang dia tidak mengendahkannya.
"Sofea jangan macamni. Sofea yang Wan kenal adalah seorang yang kuat!" Azwan tersenyum menyemangati Sofea. Hari demi hari, waktu berlalu, semakin keras buli yang dikenakan terhadap Sofea. Balik sekolah sahaja, tubuhnya lebam, bajunya Kotor, pipinya merah.
Azwan tetap ada untuknya tak kira seberapa keras Sofea didera. Masih menyemangatinya setiap waktu.
"Sofea tak boleh macamni. Siapa nak teman Azwan kalau Sofea lemah macamni..." Tidak mengendahkan bahaya, seringkali Azwan juga terluka kerananya. Tapi dia tetap memilih memihak Sofea.
"Korang tak boleh buat dia macamni! Yang bunuh ayah dia, bukan dia! Kenapa dia yang terpaksa kena macamni?! Korang tak ada hati budi ke?!"
Azwan masih tetap teguh mempertahankan Sofea. Hinggalah suatu hari...
"Sofea!!! Turun dari situ! Tunggu Wan!" Bayangkan budak 12 tahun sahaja sudah berani mahu bunuh diri kerana buli, kesan buli jauh lagi teruk dari kelihatannya dan jangan sesekali kita terlibat dengan buli.
Azwan berlari dengan begitu deras menaiki tangga menuju ke atap. Sofea berdiri dengan wajah yang sangat pucat. Bibirnya berdarah dan tubuhnya tergores luka. Keadaannya amat mendukacitakan.
YOU ARE READING
TIME TRAVEL LOVE STORY
Ficção Científicaᴀᴘᴀᴋᴀʜ ᴊᴀᴅɪɴʏᴀ ʙɪʟᴀ ᴋɪᴛᴀ ᴍᴇᴍʙᴜᴋᴀ ᴍᴀᴛᴀ ᴅᴀɴ ꜱᴇᴅᴀʀ ᴋɪᴛᴀ ꜱᴜᴅᴀʜ ʙᴇʀᴀᴅᴀ ᴅɪ ᴢᴀᴍᴀɴ ʟᴀɪɴ? ᴅɪᴋᴇʟɪʟɪɴɢɪ ᴘᴇʀꜱᴇᴋɪᴛᴀʀᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴀꜱɪɴɢ, ᴀᴢʜᴀʀ ᴍᴇᴍᴜᴛᴜꜱᴋᴀɴ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴᴄᴀʀɪ ᴄᴀʀᴀ ᴋᴇᴍʙᴀʟɪ ᴋᴇ ᴛᴇᴍᴘᴀᴛ ᴀꜱᴀʟɴʏᴀ. ɴᴀᴍᴜɴ ᴘᴇʀɪꜱᴛɪᴡᴀ ʏᴀɴɢ ᴅɪᴀʟᴀᴍɪ ꜱᴇᴡᴀᴋᴛᴜ ʙᴇʀᴀᴅᴀ ᴅɪ ᴢᴀᴍᴀɴ ʟᴀɪɴ ᴍᴇᴍʙᴜᴋᴀ ʟɪ...