Waktu menunjukkan jam 3 pagi. Namun Azwan masih lagi tidak melelapkan matanya. Dia hanya berbaring sambil menatap bumbung khemah.
Kadang dia senyum tidak jelas. Kadang matanya kelihatan agak berair. Dia berasa ingin keluar mundar mandir sekarang.
"Ya Allah, terima kasih kerana memberiku peluang sebegini. Terima kasih Ya Allah, pertemukan aku dengan mereka. Aku sangat bersyukur kepada mu Ya Allah. Janganlah engkau tarik mereka keluar dari hidupku. Aku ingin berkawan dengan mereka sehingga ke akhirnya..."
Monolog Azwan terhenti dek kerana terlihat satu bayangan di depannya. Kelihatan bayangan itu sedang duduk menatap pemandangan laut.
"Sofea?" Pemilik bayangan itu pantas menoleh. Dia kelihatan sangat terkejut.
"Azwan? Apa Wan buat kat sini?" Azwan merapatkan dirinya. Sofea kelihatan jelita dari pandangannya. Sejenak dia terus teringat peristiwa tadi.
"Weh Wan! Kau tak tidur lagi kan?" Azhar menegur Azwan yang leka dengan angan nya.
"Aku bangun lagi ni hah, kenapa?" Azhar tersengih. Dia terus bertanya tujuan asalnya.
"Camne kau boleh suka Sofea?" Pertanyaan Azhar mengagetkan Azwan. Dia yang sudah mamai terus segar mendengar soalan direct dari Azhar.
"Ap... Apa kau merepek ni?" Azhar kembali tersengih.
"Tak payah berahsia lah, aku tahu kau pun suka dia? Ceritakan lah beb camne kau boleh suka dia?" Azwan melongong mendengar bicara Azhar. Terbongkar nampaknya rasa sukanya.☹️
"Camne kau boleh tahu?"
"Aduh banyak tanya pulak kau ni... Haritu hah aku nampak bukti kau suka dia, masa kes kau pukul gengster tu. Aku ada masatu." Azwan tergamam. Tidak sangka dirinya kelihatan.
"Kenapa tak tolong aku?"
"Buat apa aku nak tolong, nanti Sofea tak nampak pengorbanan kau hahah. Okey sekarang story kisah kau. Aku nak dengar."
Azwan masih bingung tentang apa yang patut dilakukannya. Tapi dia sangat ingin ada seorang yang sudi mendengarnya bercerita. Dan Azhar sudah sedia mendengarnya.
"Semuanya bermula masa aku umur 8 tahun..." Azwan pun bercerita kesemuanya. Tentang seorang gadis yang menyelamatkannya walaupun dia sendiri ketakutan. Tentang gadis yang merahsiakan namanya sampai mereka sendiri bertemu kembali sebagai kawan rapat.
TAHUN 2028
"Eh awak kan yang haritu...?" Azwan menegur gadis kecil yang sekelas dengannya. Disebabkan dia budak baru, dia tidak pernah tahu gadis itu akan sekelas dengannya."
Azwan menegur gadis kecil yang sekelas dengannya. Disebabkan dia budak baru, dia tidak pernah tahu gadis itu akan sekelas dengannya."Ala terbongkar..." Gadis itu memuncungkan bibir. Azwan yang melihat berasa terkejut, bukan kerana apa, tapi tingkah gadis itu mencuit hatinya. Wajahnya sangat comel.
"Disebabkan dah terbongkar... Saya beritahu nama saya. Hai, saya Sofea, awak?" Azwan terpegun dengan tingkahnya itu. Dia pula memperkenalkan diri.
"Saya Azwan."
***
"Oh jadi dia dulu berani ah? Sebabtu kau suka dia? Dan kau jatuh cinta sebab keberanian dia?" Azwan pantas mengangguk.
YOU ARE READING
TIME TRAVEL LOVE STORY
Science Fictionᴀᴘᴀᴋᴀʜ ᴊᴀᴅɪɴʏᴀ ʙɪʟᴀ ᴋɪᴛᴀ ᴍᴇᴍʙᴜᴋᴀ ᴍᴀᴛᴀ ᴅᴀɴ ꜱᴇᴅᴀʀ ᴋɪᴛᴀ ꜱᴜᴅᴀʜ ʙᴇʀᴀᴅᴀ ᴅɪ ᴢᴀᴍᴀɴ ʟᴀɪɴ? ᴅɪᴋᴇʟɪʟɪɴɢɪ ᴘᴇʀꜱᴇᴋɪᴛᴀʀᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴀꜱɪɴɢ, ᴀᴢʜᴀʀ ᴍᴇᴍᴜᴛᴜꜱᴋᴀɴ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴᴄᴀʀɪ ᴄᴀʀᴀ ᴋᴇᴍʙᴀʟɪ ᴋᴇ ᴛᴇᴍᴘᴀᴛ ᴀꜱᴀʟɴʏᴀ. ɴᴀᴍᴜɴ ᴘᴇʀɪꜱᴛɪᴡᴀ ʏᴀɴɢ ᴅɪᴀʟᴀᴍɪ ꜱᴇᴡᴀᴋᴛᴜ ʙᴇʀᴀᴅᴀ ᴅɪ ᴢᴀᴍᴀɴ ʟᴀɪɴ ᴍᴇᴍʙᴜᴋᴀ ʟɪ...