EᑭIᒪOG

2.8K 188 83
                                    

________________________

Manusia sering mengubur kenangan buruknya agar semakin nyaman. Biasanya itu bukanlah hal buruk, akan tetapi itu berarti ada sisa sisa perasaan yang belum ditangani.
________________________

ENDING


"Ak... Aku kembali...?" Mata Azhar melilau melihat sekeliling. Azhar nampaknya sudah berada di tempat yang benar.

Kawasan sekeliling yang gelap tidak mengacaukan dirinya untuk terus berjalan. Tubuh berusia 17 tahun ini nampaknya telah megah mengelilingi dimensi waktu.

"Aku kat rumah Abang Din eh?" Azhar terus memulakan pengembaraannya mengenal semula tempat asal yang pernah ditinggalinya..

Waktu berlalu panjang, Abang Din telah berkahwin dengan kekasih hatinya sejak lama, Cik Junista. Azhar memanggilnya kak Junis.

Azhar melalui jalan yang mudah dengan bantuan Abang Din yang dia yakini akan memanggilnya pakcik suatu hari nanti.

"Selamat pengantin baru Din."

"Oi, jaga bini kau elok-elok, aku rembat dia kang."

"Weh, apa cerita malam ni?"

"Uyoo, Din kita dah menikah, padahal aku yang tunang dulu."

Azhar hanya memerhati setiap celoteh rakan-rakan Abang Din. Tidak pula mindanya berkecamuk kerana marah atas usikan itu. Malah dia hanya tertawa di hari bahagianya itu.

"Aku bakal macamni jugak kan suatu hari nanti?" Fikiran Azhar menerawang seketika. Dia rindu satu sosok, dia takkan melupakannya seperti dalam drama drama.

"20 tahun lagi kot aduh." Sekejap terlihat dia mengetuk kepalanya sendiri. Mungkin kesal kerana harus menunggu selama itu.

"Azhar!" Suara milik seseorang bergentayangan di udara. Azhar mencari suara itu sampai dirinya terlihat sosok Abang Din yang melambaikan tangannya.

"Terima kasih Har selalu tolong abang. Abang dah beli rumah tapi bukan kat sini. Jadi Har kerja tinggal berapa bulan je lagi, boleh kan?"

Azhar menarik nafas dingin. Sebetulnya dia sudah cukup gembira Abang Din membiarkan dirinya bekerja. Dia tidak boleh minta lebih.

"Boleh je bang, terima kasih banyak atas jasa abang selama ni. Saya harap abang bahagia dengan isteri abang."

Azhar mengucap ikhlas. Abang Din gembira kerana anak buahnya seorang yang sangat berbudi. Sejenak, pelukan hangat diberikan.

[AZHAR POV]

Lima bulan berlalu begitu sahaja. Abang Din kebelakangan ini agak sibuk. Isteri sarat katanya. Berulang alik juga dia dari tempat kerja ke hospital.

Aku membawa buah tangan untuk diberikan kepada Abang Din sekeluarga. Jejak langkahku laju menuju hospital. Bukan apa, aku hanya mahu melihat adakah Abang Din menjaga kesihatannya.

"Assalamualaikum kak, macam mana hari ini?" Aku meletakkan buah tangannya di atas meja. Abang Din yang berada di sebelahnya berulang kali mengucap terima kasih.

"Tunggu masa je ni Har, kami tengah fikir nama lagi, Azhar ada idea ke?" Bola matanya membesar. Mereka tiada nama lagi? Perlahan senyumanku terukir.

"Apa kata letak nama Syifa, Nurul Syifa." Mata suami isteri itu bertemu. Mungkin keduanya suka dengan nama itu.

"Terima kasih Har, nama yang bagus. Jadi dah sepakat nama anak kita ni Nurul Syifa binti Haris Izzudin. Smart tak?" Abang Din memandang isterinya sambil bergaya seakan budak pandai. Aku cuma mampu tergelak.

TIME TRAVEL LOVE STORYWhere stories live. Discover now