Hujan perlahan turun menembusi gumpalan awan yang indah. Cuaca yang sebelumnya cerah berubah menjadi mendung. Seperti mendungnya perasaan seorang lelaki bernama Azhar.
"Termenung apa tu?!" Zulaikha mengejutkan Azhar dari belakang. Matanya yang sedang ligat memerhati rembesan hujan terkejut.
"Terkejut aku tau tak? Heish, ni aku tengah tengok hujan, salah ke?"
"Eh tak tak, silakan sambung kerja anda..." Senyuman diberi Zulaikha. Dia sedang berfikir dia patut pergi atau tidak melihatkan Azhar sudah kembali memandang hujan yang turun.
Dia sendiri ada sesuatu hendak ditanyakan. Dia sendiri masih ragu perasaan Azhar kepadanya. Dia sendiri, ingin mengetahuinya.
"Hm... Azhar."
"Ya, kenapa?"
"Aku nak tanya sikit boleh?" Zulaikha menarik dalam dalam nafasnya. Tak mudah untuk dia menanyakannya.
Azhar sekadar mengangguk. Melihatnya tidak bicara menunjukkan dia sedang menunggu soalan.
"Haritu... Kau pergi rumah aku bukan sebab aku kan?" Zulaikha memberi senyuman palsu. Seandainya Azhar berkata ya, dia terpaksa terus berpura-pura senyum.
Azhar menatap tajam Zulaikha. Jujurnya, dia sendiri pelik kenapa Zulaikha begini, adakah dia tidak sengaja terbuat Zulaikha minat dia?
"Aku jujur datang untuk kenal kenal je, tiada makna tersembunyi didalamnya. Okey? Kalau takde aku masuk dulu, loceng dah bunyi tu." Senyuman Azhar agak palsu, begitu juga Zulaikha. Zulaikha mengangguk membenarkan.
"Sekejap!" Azhar pantas menoleh. Kenapa dia memanggil Azhar lagi?
"Kau suka Syifa ke?" Serta-merta langkah Azhar terhenti. Mulutnya terkumat-kamit mencari jawapan.
"Nanti aku tolong, moga kau dapat bahagiakan dia, dah pergi masuk kelas." Entah kenapa Zulaikha asyik tersenyum. Senyuman yang dalamnya mengandungi 1001 kepahitan.
Azhar terus terdiam. Sempat dirinya melihat Zulaikha melintas lalu dengan sedikit titisan air di matanya. Azhar menelan liur.
"Kedatangan aku kat sini cuma untuk menyiksa orang je ke? Tak boleh ke aku nikmati kehidupan kat sini?" Hujan masih lagi turun dengan derasnya. Perasaan Azhar menjadi agak kelam, benaknya seperti disiksa dari dalam. Apakah dirinya silap kerana terdampar di sini?
"Hujan... Kenapa engkau muncul disaat begini? Memang untuk menyembunyikan kesedihan aku ke?" Tanpa sedar Azhar mengalirkan air mata. Entah kenapa, hujan sering membuatnya berada dalam suasana hati yang menyedihkan.
"Aergh... Aduh..." Azhar menahan sakit. Kepalanya terasa berpusing pusing. Dirinya terduduk seketika. "ARGH!" Azhar jatuh tersembam.
_-_-_-_-_-_-_
"Kamu okey?" Azhar perlahan tersedar. Segera dia memerhati sekeliling. Eh? Ini kat mana? Ruangan serba putih, dan terdapat beberapa peralatan tajam di sekitarnya. Dan bau bilik ini sangat... memeningkan.
"Kamu dah lama tak bangun? Alhamdulillah harini kamu kembali seperti dulu lagi." Seorang lelaki berjaket putih tersenyum memandang Azhar. Keringat dipipinya segera dilap, mukanya jelas memancarkan cahaya kelegaan.
"Doktor?" Lelaki itu tersenyum lagi. Makin lebar senyumannya.
"Kamu tunggu sekejap, kamu kena makan dulu, dah lama kamu tak makan apa apa, mesti penat kan? saya panggil nurse ya?" Lelaki itu segera meninggalkan bilik rawatan. Nafasnya sungguh menandakan dia sedang dalam keadaan sangat lega. Azhar hanya menilik sebentar apa yang sebenarnya berlaku.
YOU ARE READING
TIME TRAVEL LOVE STORY
Ficção Científicaᴀᴘᴀᴋᴀʜ ᴊᴀᴅɪɴʏᴀ ʙɪʟᴀ ᴋɪᴛᴀ ᴍᴇᴍʙᴜᴋᴀ ᴍᴀᴛᴀ ᴅᴀɴ ꜱᴇᴅᴀʀ ᴋɪᴛᴀ ꜱᴜᴅᴀʜ ʙᴇʀᴀᴅᴀ ᴅɪ ᴢᴀᴍᴀɴ ʟᴀɪɴ? ᴅɪᴋᴇʟɪʟɪɴɢɪ ᴘᴇʀꜱᴇᴋɪᴛᴀʀᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴀꜱɪɴɢ, ᴀᴢʜᴀʀ ᴍᴇᴍᴜᴛᴜꜱᴋᴀɴ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴᴄᴀʀɪ ᴄᴀʀᴀ ᴋᴇᴍʙᴀʟɪ ᴋᴇ ᴛᴇᴍᴘᴀᴛ ᴀꜱᴀʟɴʏᴀ. ɴᴀᴍᴜɴ ᴘᴇʀɪꜱᴛɪᴡᴀ ʏᴀɴɢ ᴅɪᴀʟᴀᴍɪ ꜱᴇᴡᴀᴋᴛᴜ ʙᴇʀᴀᴅᴀ ᴅɪ ᴢᴀᴍᴀɴ ʟᴀɪɴ ᴍᴇᴍʙᴜᴋᴀ ʟɪ...