ᗷᗩᗷ 2

3.9K 260 7
                                    

"Cuba cerita apa yang berlaku?" Lembut suara Syifa dikeluarkan. Takut dirinya sekiranya tergores hati sang pendengar.

Azhar masih lagi gementaran sambil merenung tepat bola mata Syifa. Seakan mahu menelan bola mata didepannya itu.

"Syifa..." Perlahan Azhar mengeluarkan suara. Syifa mendengar penuh perhatian.

"Takpe cerita je. Syifa dengar." Azhar berdiam untuk beberapa waktu sebelum bersuara.

"Syifa... Aku nak tanya something sikit boleh?" Syifa hanya membalas dengan anggukan.

"Boleh aku tahu tak nama kawan kau tu? Nama penuh dia... boleh tak?" Azhar bertanya dalam nada suara agak gagap.

Dirinya seolah putus pegangan hidup untuk sementara. Buah hatinya dirasakan telah diambil oleh yang lain.

Syifa berasa hairan dengan permintaan itu. Namun dijawabnya juga soalan itu.

"Baiklah, nama penuh dia Zulaikha Insyirah binti Abdul Wahab." Syifa membalas selamba.

Jawapan singkat itu membuat Azhar terkedu. Jawapan yang meruntuhkan semangat Azhar.

Nama bapa kepada budak itu bukanla namanya tetapi nama seorang lelaki lain. Lelaki lain... Mengetahui itu sahaja sudah mencairkan semangat membara Azhar.

"Weh Syifa... Aku tahu permintaan ni berlebihan... tapi boleh tolong tak?" Azhar membina kata. Syifa sekadar mengangguk

"Boleh aku tinggal dengan kau? Means boleh aku tinggal kat rumah kau untuk beberapa waktu?"

Syifa terdiam seketika mendengar permintaan itu. Entah mahu ditolak atau tidak dia sendiri tidak tahu. Tentu bahaya baginya membiarkan seorang lelaki seumuran tinggal seatap dengannya.

"Bab-bab ni aku takleh nak kata, but aku boleh bawak kau jumpa mak ayah aku, bincang... Nak tak?" Kalini giliran Azhar mengangguk.

Azhar sempat memandang belakang untuk seketika sebelum bergerak mengekori Syifa ke rumah yang bakal ditempatinya.

***
"Jadi kamu nak tinggal sini sebab kamu takde duit dan lupa ingatan?" Encik Haris bertanya dengan tegas.

"Betul, tapi tidak apa kalau menyusahkan keluarga encik, saya boleh cari tempat lain." Azhar menuturkan kata dengan begitu sopan membuatkan Encik Haris tertarik membantunya.

"Takpelah malam ni kamu tinggal sini dulu, dah jadi tugas kami bantu orang yang memerlukan. Nanti bila kamu dah ingat sesuatu bagitahu pakcik, hm dan kamu nak sekolah tak?"

Pelawa Encik Haris, pelawaan itu sungguh tidak disangka oleh Azhar.

"Sekolah? Takkanlah dia nak tanggung sekolah aku gak? Aku ni rasa menyusahkan dia pulak..."

"Eh takpelah pakcik, saya bukannya tinggal sini lama.. bila saya dah ingat sesuatu, saya beredar dari sini." Azhar menolak lembut tetapi pantas ditepis Encik Haris.

"Pakcik bukan apa, risau jugak anak pakcik tu dahlah perempuan, balik sorang sorang pulak tu, lagipun kamu seumur senang lah sikit kamu nak tengok dia. Lagi satu, pakcik tengok kamu ni boleh dipercayai, kalau lama sikit kamu tinggal dah pakcik tunangkan dah dengan anak pakcik." Sempat Encik Haris bergurau.

"Ayah!" Syifa yang turut berada disitu mencubit lembut tangan bapanya, Puan Junis pulak ketawa lembut mendengar gurauan suaminya. Sungguh terlihat seperti keluarga bahagia di mata Azhar. Sempat dia tersenyum.

TIME TRAVEL LOVE STORYWhere stories live. Discover now