_-_-_-_-_-_-_
"Argh..."Azhar memegang kepalanya yang masih sakit. Dia sebentar tadi masih cuba untuk berjalan. Namun sekarang?
Azhar perasan sekelilingnya berubah. Seakan akan cahaya yang mengubah segalanya. Tempat ini nampaknya terlihat tidak asing.
"Wad aku?" Dia mengamati lagi sekelilingnya. Nampaknya dia tidak silap. Memang benar ini adalah biliknya. Dia... Kembali ke masanya.
"ARGH GILA! KENAPA MESTI SEKARANG!" Azhar mengetuk katil miliknya kuat. Dia berasa sangat kesal.
Dia telah bertekad untuk menolong Syifa, namun sekarang? Apa yang terjadi?
"Nyawa Syifa tengah dalam bahaya. Kenapa mesti sekarang?!" Dia berkali-kali memukul katilnya. Dirinya agak kesal kerana kehilangan kesempatan menyelamatkan Syifa.
Jadi apa yang terjadi kat Syifa? Kalau ada apa-apa jadi, dia takkan memaafkan dirinya sendiri.
Pintu biliknya dikuak perlahan, doktor telah tiba.
"Saya yakin kamu hadapi dugaan berat selama ni. Ni makan ni." Azhar melihat tajam mata doktor di depannya. Doktor itu hanya memberi senyuman sahaja.
"Saya kenyang doktor." Namun doktor tetap memaksanya dengan menolak makanan yang diberikan tepat di hadapan Azhar.
"Kamu sedar tak dah berapa hari kamu tak makan? Cuba tengok badan kamu tu, kering macam kayu, masih lagi taknak makan?" Terus doktor bersuara lantang menyuruh Azhar. Azhar tiada daya menolaknya.
"Habiskan makanan kamu dulu, pukul tiga nanti kamu ada sesi dengan psikiatri." Doktor itu menyudahkan dengan senyuman. Azhar hanya mengangguk.
Hilang selera makannya sebenarnya namun nak taknak dia terpaksa memakannya. Kalau perkara lebih buruk berlaku, boleh naya dia dibuatnya.
Waktu terus berlalu. Azhar masih berbaring di katil diiringi perasaan kesalnya. Kalini dia sungguh tidak berasa mahu kembali ke zamannya. Sungguh itu hanya penyesalan baginya.
"Tahap kemurungan seseorang itu bergantung kepada empunya diri dalam mengawal emosi dan perasaan, jika kemurungan melampau boleh menyebabkan individu hilang pertimbangan diri dan akhirnya berlaku sesuatu yang tidak diduga, tuan yakin tuan tiada simptom kemurungan ini?"
Azhar mengangguk pantas. Dia tidak stress. Dia hanya kesal. Tapi doktor beria-beria menyuruhnya berjumpa kaunselor dan psikiatri.
"Pihak kami akan mengadakan beberapa ujian dahulu. Harap maklum untuk mengikutinya." Azhar menghela nafas kesal. Petang itu dihadapinya dengan nafas berat.
Petang berganti malam. Berdasarkan rumusan dia sebelum ini, keadaan di masa ini sama dengan keadaan di masa sana. Waktu sama hanya tarikh berbeza.
"Syifa pasti dah diselamatkan Azwan... Aku yakin..." Azhar bergetar memikirkannya. Dia sangat risau dan tidak yakin tapi dia perlu menyakinkan Syifa sudah selamat.
"Syifa... Kau pasti selamat." Hanya doa yang mampu dipohon. Azhar meraup rambutnya kesal. Ini kali ketiga dia sudah berada di sini. Maknanya ini kali terakhir dia akan berada di sini sebelum berakhir tinggal di sini selamanya.
Waktu tepat 9 malam. Ujian dari psikiatri baru bermula. Sepanjang masa Azhar tidak fokus, dia leka memikirkan Syifa, Syifa dan Syifa. Huh! Sungguh penyesalan.
"Orait, get ready, jawab dengan jujur setiap soalan kalau tidak tuan sendiri akan menyesalinya. Semua bergantung kepada jawapan tuan." Sopan psikiatri itu berkata sambil memandang wajah tampan Azhar. Azhar mengeluh kesal.
YOU ARE READING
TIME TRAVEL LOVE STORY
Ciencia Ficciónᴀᴘᴀᴋᴀʜ ᴊᴀᴅɪɴʏᴀ ʙɪʟᴀ ᴋɪᴛᴀ ᴍᴇᴍʙᴜᴋᴀ ᴍᴀᴛᴀ ᴅᴀɴ ꜱᴇᴅᴀʀ ᴋɪᴛᴀ ꜱᴜᴅᴀʜ ʙᴇʀᴀᴅᴀ ᴅɪ ᴢᴀᴍᴀɴ ʟᴀɪɴ? ᴅɪᴋᴇʟɪʟɪɴɢɪ ᴘᴇʀꜱᴇᴋɪᴛᴀʀᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴀꜱɪɴɢ, ᴀᴢʜᴀʀ ᴍᴇᴍᴜᴛᴜꜱᴋᴀɴ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴᴄᴀʀɪ ᴄᴀʀᴀ ᴋᴇᴍʙᴀʟɪ ᴋᴇ ᴛᴇᴍᴘᴀᴛ ᴀꜱᴀʟɴʏᴀ. ɴᴀᴍᴜɴ ᴘᴇʀɪꜱᴛɪᴡᴀ ʏᴀɴɢ ᴅɪᴀʟᴀᴍɪ ꜱᴇᴡᴀᴋᴛᴜ ʙᴇʀᴀᴅᴀ ᴅɪ ᴢᴀᴍᴀɴ ʟᴀɪɴ ᴍᴇᴍʙᴜᴋᴀ ʟɪ...