ᗷᗩᗷ 21

1.6K 115 20
                                    

"Azwan, I need to talk after this."

***
Hari terakhir peperiksaan sudah tiba. Azwan tiba dengan wajah agak pucat. Matanya agak sembap di bahagian bawah. Orang-orang yang melihat sudah tahu pasti dia menangis sepanjang malam.

Sofea disisinya hanya tersenyum seakan memberinya semangat. Dia tahu benar apa yang dirasakan Azwan sekarang.

"Ala takpe, $low-$low je. Insyaallah segalanya akan mudah." Sofea sendiri juga dalam kesedihan. Tapi dia takkan membiarkan kesedihan merosak keputusan exam miliknya.

"Goodluck untuk kau." Azwan tersenyum kecil sebelum menggosok kepala gadis di sebelahnya. Dia pun berlalu dengan senyuman.

Pipi Sofea berubah merah. Ada dua sebab, dia mahu menangis, dan dia malu kerana Azhar menggosok kepalanya.

"Relax Wan... Hadapi hari terakhir dengan senyuman. Walaupun diorang tak tahu, kita pura-pura macam kita pun tak tahu." Azhar tersengih melihat Azwan hanya berdiri di depan pintu.

"Kau pesal!" Azwan tersentak dengan teguran itu. Nasib dia tak melatah. Syifa di sebelahnya memandangnya sayu.

"Habis sekolah nanti jangan lupa jumpa kitorang." Azhar menolak tubuh Azwan ketepi sedikit. Dia pun memasuki ruang kelasnya yang dirasakan sudah hampir sebulan tidak dijejakinya.

Azwan segera mengikuti belakang mereka dan duduk di mejanya. Sedang di mejanya, dia terus termenung.

Semalam...

"Jadi, kau nak talk pasal apa?" Sofea terus menduku kepala Azwan. Pura pura tak tahu pulak! Memang mendapat ah jawabnya.

"Kenapa tiba-tiba je? Kalau Sofea minta Wan tak pindah. Boleh?" Sofea memandang Azwan dan wajah penuh harapan. Azwan hanya melihatnya sayu.

"Ini permintaan ayah yang pertama. Aku taknak kecewakan ayah." Walaupun bahasanya sedikit kasar, tapi jelas benar dia sendiri juga bersedih.

"Wan dah janji kan..." Sofea membuat muka pasrah. Azwan terus mengelus lembut kepala Sofea. Dia tahu janjinya.

"Tapi saya janji lepasni saya akan kuat. Lepasni sa... saya yang jaga awak, awak diam je..."


"Wan janji kan Wan akan jaga Sofea. Kenapa sekarang tinggalkan Sofea?" Mata Sofea perlahan berkaca. Azwan tak mampu untuk berbicara menggunakan mulutnya, hanya mampu dengan matanya.

"Wan janji Wan akan tetap ada untuk Sofea. Wan janji Sofea satu-satunya untuk Wan. Sofea jangan tinggalkan Wan tau..."


Kenapa sekarang dia yang meninggalkan Sofea? Padahal dia sendiri yang memohon Sofea untuk tidak meninggalkannya.

"Maaf Sofea..." Sofea terus menendang Azwan. Berulang kali. Meski sakit, Azwan kalini hanya membiarkan. Matanya terus mengeluarkan cecair kesedihan.

"Aku akan jaga kau lepas aku kembali. Kita pun ada nombor masing-masing kan? Jadi kita boleh selalu borak." Azwan mencuba menghibur Sofea. Namun Sofea sudah tenggelam dengan kesedihan. Dia sudah mengenal Azwan lama, dan tidak disangkannya perpisahan kali ni benar-benar menyakitkan.

"Sofea... Cukuplah tendang Wan. Berdarah nanti, kang Wan masuk hospital. Siapa susah?" Sofea terus menghentikannya. Sayang juga dia pada Azwan nampaknya.

"Biar darah! Biar luka! Kalau Wan masuk hospital, Sofea dapat selalu tengok Wan. Jadi, biar Wan kena sepak." Azwan tertawa kecil. Gadis di depannya nampaknya tidak mahu kalah.

TIME TRAVEL LOVE STORYWhere stories live. Discover now