Alarm di bilik Maknae line berbunyi dengan kuat. Namun,tiada sorang pun yang bergerak mahupun membuka mata.
"WOI WOI WOI TUTUP ALARM KORANG TU! MACAM-MACAM LAGU WEH!" Jerit Yeonjun dari dapur. Tetap sama. Tiada pergerakan dari mereka.
"YAH BUDAK-BUDAK MERENG! BANGUNLAH! Alarm kuat macam ni pun masih tidur mati lagi" kata Soobin lalu menutup semua alarm. Masih tiada pergerakan dari maknae line.
"Korang tak bangun aku simbah korang dengan air sejuk"
Terus semua bangun dari katil. Sibuk mencari stoking, baju, seluar dan lain-lain untuk dipakai. Tidak mahu dihujani air sejuk pagi-pagi buta ni.
"DING DONG DENG! Saya dah sampai!" Sebuah suara dari luar tiba-tiba menjelma.
"OI POCO POCO -eh...sape tu?" Latah Yeonjun yang sedang membasuh pinggan.
"Ni Manager korang yang lagi baik dan lagi comel!"
Yeonjun membuat muka mual. Perasan.
"Ni mission card untuk Hueningkai!"
Hueningkai yang masih mamai memandang sekeliling.
"Huh? Thanks...HUAGEHR"
"Bapak teruk menguap. Klah manager pergi dulu! Tata titi tutu"
Yeonjun dan Soobin yang sedang minum jus hanya melambai. Maknae line pula masih dengan masalah mamai. Dah macam pantun bhai😂
"Korang buat ape malam tadi? Sampai bangun lewat gini"
"Main game"
Soobin dan Yeonjun menggeleng hampa. Tak guna punya budak patutlah semalam rumah ni jadi macam ade banyak babun.
"Ape misi kau Hyuka?"
"EPP tak leh gitau"Hueningkai menjelirkan lidahnya pada Taehyun sebelum berlari masuk bilik.
"YAH!"
Hueningkai CAM
Hey guys! This is Hueningkai
Harini Hueningkai dapat misi ni
*tunjuk kad misi kat kamera*
Misinya ialah kena buat sorang member cakap " nampak hensemlah Hueningkai"
Huhuuu doakan Kai berjaya!
Fighting!"Weh ni apa? Aku makan eh" kata Beomgyu lalu menyuap segenggam penuh makanan itu.
"WEH KAU MAKAN APE TU?!KENAPA MAKAN POWER CAT UNTUK KUCING LIAR KAT LUAR TU?!" Marah Yeonjun. Mata Beomgyu terbeliak lalu dia terus memuntahkan segalanya yang dia kunyah tadi.
"WEKK"
"Sedih bro aku tumpang simpati" kata Taehyun lalu menepuk bahu Beomgyu.
"Hyung oooo hyung" kata Hueningkai yang perlahan-lahan mendekati Soobin di atas Sofa.
Soobin memandang ke arah Hueningkai yang membuat muka comel.
"Pe?"
"Kai nampak ape harini?"
Soobin membuat muka blur. Pe bendalah budak ni nak.
"Nampak hodoh?"
Hueningkai menampar betis Soobin.
"WOI SAKITLAH"
"Betul-betullah!"
Soobin memutarkan bebola matanya.
"Nampak.....Huduh" katanya lalu memecut masuk bilik.
"HYUNG!"
________________________
"Kembar boleh tolong buang sampah?!"tanya Soobin.
"ISH TEPILAH HANED!"
"Kau yang tepi!"
Mereka berebut-rebut ingin melalui jalan yang sama. Soobin memutarkan bebola matanya.
"Buang sampah ni"
"AY AY HYUNG!" Mereka berdua mencapai jaket dan memakai kasut.
"Jangan bersepahkan bila buang nanti"
Mereka berdua membuat signal "ok" pada Soobin. Sampah diambil lalu mereka keluar.
"Budak-budak macam-macamlah perangainya" kata Makcik yang secara tidak lansung melalui rumah mereka.
"Asalamualaikum"
Soobin dan Yeonjun membuka pintu. Makcik tersebut terpesona melihat dua manusia yang patut dijadikan bakal menantunya.
"Mokcik nak tanya ni, dua orang tadi tu anak kamu berdua ke?"
Yeonjun menggaru kepala. Soobin pula hanya tersengeh macam kerang busuk.
"Tu kawan saya"
Makcik itu mengangguk. Penyapu di tangannya di letak tepi lalu dia masuk tanpa dijemput ke dalam rumah.
"Eh-eh makcik"
"MAK OI BERSEPAHNYA RUMAH NI! BARU DUDUK SEHARI"
Mereka berdua hanya garu kepala. Rumah mereka dalam keadaan bersepah gila nak mati.
Boxer dekat atas sofa, cereal berterabur atas meja, selipar jamban satu ade dekat atas TV satu lagi dekat singki.
"Ish,baru ingat nak buat menantu"
"Makcik ni siapa eh?"
Makcik itu merengus.
"Ni makcik Shamiah ah! Makcik paling popular kat kawasan ni"
Soobin mengangguk. Yeonjun pula sudah hilang entah kemana.
"HYU- eh makcik ni makcik sebelah umah tu an?" Kata Hueningkai yang baru keluar dari bilik air.
"Kau kenal?"
Hueningkai mengangguk. Yeonjun kembali dengan buah di tangannya.
"Nah makcik"
Makcik Shamiah ketawa terkekek-kekek. Yeonjun dan Soobin memandang pelik. Hueningkai pulak berlagak biasa. Tapi sambil mengorek hidung ah.
"Thanks! Makcik balik dulu ye~ bubyee" makcik itu berjalan keluar dengan gaya paling diva lavida. Yeonjun sudah mahu muntah namun ditahan untuk buat muka muntah.
"Mama kami sudah pulang mana janjinya? Cucur adabi yang enak?" Nyanyi Taehyun dan Beomgyu.
"Haih tadi makcik pelik datang lepastu korang pulak mintak cucurlah apelah"
"Alah hyung gurau jew" kata Beomgyu lalu pergi ke biliknya.
"Hyung~Hueningkai nampak apa harini?" Kata Hueningkai dengan nada comel ke Taehyun. Taehyun membuat muka kerut. Pe benda sia?
"Nampak apa?...nampak biasa?"
Hueningkai memuncungkan bibir.
"Hmmmmmm neomuhae!"
"Eh eh dak ni aku tampar baru tahu. Kau nampak hensem harini. Puas?"
Hueningkai terus memeluk Taehyun. Air singki disapu ke pipi untuk menjadi air mata palsu.
"Dah shuh shuh"
Pipi Taehyun dicium sebelum dia memecut ke bilik.
"EEWWWW GHEI" kata Soobin dan Yeonjun serentak.
"DEI MENYIBUK JE NAK SELARI"
"EK ELEH-"
"DIAM!"jerit Beomgyu dari dalam bilik.
MISI HUENINGKAI
SELESAI