"Taehyun,aku takutlah" Beomgyu mengenggam baju Taehyun. Sekarang mereka berada di luar rumah kerana Beomgyu terdengar bunyi dari luar. Jadi dia kejutkan Taehyun dan suruh teman tengok kat luar.
"Ish,tak payahlah peluk-peluk. Rimas ah"
"Alah dalam hati mesti suka"
Muka Taehyun sedikit memerah.
"M-mana ada"
Bunyi dari semak membuatkan mereka berdua melangkah kebelakang. Beomgyu menolak Taehyun untuk berhadapan dahulu dengan apa-apa mahluk yang berada di situ.
"Dasar tak support member" Taehyun menelan air liurnya. Dia pun takut jugak. Mana tahu mahluk tu singgah kat muka hensem dia tu.
"Takde pape pun. Jomlah ma-"
Sebuah bayang berlari melintasi mereka berdua.
"OMMA!"
"AAAAAAAA"
"APEHAL? APA DAH JADI?" Tanya Hueningkai yang separuh mamai. Dia terdengar jeritan Beomgyu dan Taehyun jadi dia pergilah tengok. Risaukan member.
"A-a-da s-s-sesuatu"
"Dah gagap pulak" Hueningkai menekan suis lampu luar. Beomgyu dan Taehyun masih terketar-ketar di depan pintu.
"Takde pape pun" Taehyun dan Beomgyu memeluk satu sama lain. Tulah acah berani lagi. Kan dah kecut.
"Masuklah, sejuk kat luar ni" Hueningkai ingin menutup suis lampu tetapi dihalang oleh Beomgyu.
"TUNGGU JANGAN TUTUP" mereka berdua berlari seperti kilat dan masuk ke dalam rumah.
"Kenapa korang duduk luar pagi-pagi buta ni? Nak kata lepak tadi aku nampak korang dah tido mati atas katil"
"A-ada something d-dalam s-semak" Beomgyu masih mengigil. Taehyun pula masih trauma.
"Ish jomlah kita tengok, kalau ada ular nanti susah nak panggil abang bomba hensem pagi-pagi buta ni"
Beomgyu sudah tergeleng-geleng. Tiba-tiba satu ketukan di sliding door menghadap semak tadi mengejutkan mereka bertiga.
"..."
"..."
"Sape tu?" Beomgyu dan Taehyun serentak memandang ke arah Hueningkai.
"Berani sangat kau ni" mereka sekarang berbisik. Mata tetap menghadap ke sliding door.
"Eh ni Huening-"
"BAA!"
"WAAAAAAAAAAA AKU TAK NAK MATI BUJANG!"
"Ish ni akulah" mereka bertiga membuka mata perlahan-lahan. Soobin yang berada diluar memandang mereka pelik.
"Korang dah kenapa? Bukak pintu ni" Mereka bertiga tidak berganjak. Kaku ditempat mereka berdiri dek kerana terkejut.
"Betul ke tu Soobin hyung?" Bisik Beomgyu pada Taehyun. Taehyun juga tidak yakin pada soalan Beomgyu itu.
Hueningkai pula sudah pergi membuka pintu untuk Soobin.
"Nenek aku kata kalau tak pasti tengok dari celah kangkang kau" kata Beomgyu. Taehyun memandang Beomgyu dengan pandangan pelik.
"Kau percaya benda karut macam tu?"
"Nenek aku kot. Takkan dia menipu. Dosa tahu tak"
"Kalau korang nak tercegat kat situ sampai esok silakanlah ya. Jangan lupa tutup lampu bila nak naik atas" pesan Hueningkai, dia terus naik ke atas bersama Soobin.
Beomgyu menunduk untuk melihat Soobin melalui celah kangkangnya. Namun, Soobin tetap Soobin. Tidak berubah menjadi hantu gelek atau hantu tiada kaki.
"Ish tulah kau banyak sangat tengok cerita hantu. Jomlah naik atas"
"T-tapi"
"Jom" Taehyun menarik tangan Beomgyu. Lampu tidak lupa ditutup oleh Taehyun sebelum ke atas.
"Hehehehe"
......
Keesokkan paginya...
"MORNING!" Kata Yeonjun dengan penuh tenaga. Sarapan sudah disiapkan olehnya awal-awal pagi lagi. Just harap makanan yang dia masak tu tak pernah tumpahlah😏
"Morning" Beomgyu membalas dengan lemah. Dengan muka yang sembab dan mata yang mengantuk.
"Ni mesti kes main game sampai malam ni kan! Kan hyung kata jangan taksub sangat" bebelan Yeonjun mengejutkan Beomgyu. Dia terus menarik kerusi ke sebelah Yeonjun dan membuatkan Yeonjun terkejut.
"Eh eh pahal"
"Semalam hyung ada dengar bunyi pelik-pelik tak?"
"Bunyi pelik? Takde pun"
"Hmmm"
"Yo awal betul kau bangun Beomgyu"
"Soobin hyung, kenapa semalam balik lewat?"
Soobin mengerutkan dahi. Muka Beomgyu yang serius membuatkan Soobin ketawa.
"Apa kau merepek? Semalam hyung ada je kat atas. Tak percaya tanya Yeonjun"
"Betul ke?" Yeonjun yang sedang menguyah sekadar mengangguk. Beomgyu semakin keliru. Dah tu semalam yang dia nampak tu?
"Dah pukul 7.30 tapi kenapa Hueningkai dengan Taehyun tak turun lagi?" Soobin dan Yeonjun memandang Beomgyu dengan pandang pelik.
"Apa kau merepek ni? Diorang bermalam dekat studio sebab Hueningkai nak siapkan lirik kan"
Kunyahan Beomgyu terhenti.
"Hyung berdua tipu kan? Haha tak lawaklah"
"Takkan benda macam ni pun kitaorang nak tipu" jawab Yeonjun selamba. Bulu roma Beomgyu sudah tegak. Dia bukan sahaja berjumpa seekor hantu semalam tapi tiga...TIGA WOI
Kerana terkejut yang amat Beomgyu terus pengsan tidak sedarkan diri. Soobin dan Yeonjun yang terkejut segera mengangkat Beomgyu atas sofa.
"Eh eh tiba-tiba demam panas ni"
"Apa yang kau masak Yeon? Sampai demam macam ni"
"Eh biasalah nasi goreng...time masak tadi takde pun aku tumpahkan" Yeonjun menggaru kepala.
"Eh semalam aku nak pergi tandas tapi aku nampak Beomgyu sorang-sorang dekat ruang tamu. Aku baru nak tegur tapi aku dah tak tahan nak shi shi so aku biarkan je" Soobin pula yang menggaru kepala. Berani pulak budak ni turun bawah sorang-sorang. Selalunya pergi tandas pun teman.
"Lepas tu?"
"Time aku keluar dia dah hilang so aku ingat dia dah naik atas"
"Hehehehehe" bunyi hilaian mengejutkan mereka berdua.
"Husnuzon...tikus tu haha" kata Yeonjun ingin menyedapkan hati.
"Hehehehehehehe...lepas ni nak kacau siapa pula ye" lembaga yang menyerupai Soobin ini memandang ke arah anda dengan senyuman menyeringai.
Ummmm....
Maafkan author anda yang huduh ini....
Suprise? Episod seram special?😂
Ok really kalau korang rasa seram saya mintak maaf sangatHappy reading❤