"Hyung,Kai risaulah. Kalau Yeonjun hyung kena pukul macam mana?"
"Alah,dia tu lelaki. Mesti kuat punyalah" Soobin ketawa sedikit untuk menceriakan suasana. Tapi, mereka semua masih broken.
"Kita tunggu Yoongi hyung telefon"
Ding
Taehyun membuka aplikasi whatsapp. Matanya membulat setelah dia membaca mesej yang dia terima.
AKU DAH JANGAN CAKAP JANGAN BERITAHU SESIAPA. So sekarang, kalau korang tak nak aku apa-apakan Yeonjun, datang dekat lokasi yang aku send
"TELEFON YOONGI HYUNG CEPAT!"
Taehyun cuba untuk menelefon Yoongi namun hampa, panggilannya tidak dijawab.
"Kita pergi jelah. Yeonjun hyung dalam bahaya" cadang Beomgyu. Soobin menggeleng.
"Tapi,bahaya. Nanti kalau dia apa-apakan kita macam mana?"
"Soobin hyung tolonglah....kita tak boleh kehilangan Yeonjun hyung!" Beomgyu menggoncang badan Soobin. Air matanya sudah bertakung, hanya tunggu masa je untuk jatuh.
"Ok,tapi kita kena berhati-hati" Hueningkai, Beomgyu dan Taehyun mengangguk. Enjin kereta dopasang dan Soobin mula memandu ke lokasi yang dihantar.
...........
"Kita dah sampai" Soobin mengeluh sedikit. Mereka memandang rumah yang usang itu. Macam rumah berhantu.
"Hyung, aku takutlah"
"Tulah,orang suruh tunggu Yoongi hyung datang kau tak nak" Beomgyu diam dan memandang bawah. Betul jugak apa yang dikatakan oleh Soobin.
"Tutup pintu senyap-senyap" Semua mengangguk.
BAM
Soobin,Hueningkai dan Taehyun menjeling Beomgyu yang tersengih. Dia telah menghempas pintu kereta secara tidak sengaja.
"Kau ni-"
Bunyi dari dalam bangunan membuatkan mereka menelan air liur. Semua sudah berpegangan tangan masing-masing.
"Soobin hyung jalan ah dulu" arah Taehyun.
"Eh kaulah"
"Hyung ni penakutlah" kata Hueningkai.
"Hah kaulah depan"
"Tak nak" Hueningkai membuat muka kecut. Eleh tadi berani sangat kata orang penakut.
Mereka memandang satu sama lain sebelum berjalan perlahan masuk ke dalam bangunan usang itu.
"Hati-hati semua" pesan Soobin. Mereka berjalan sambil berpegangan tangan. Keadaan rumah itu sangat gelap dan berhabuk. Dipenuhi dengan sarang labah-labah dan lipas.
"L-li"
"Sekarang ni bukan masanya" Soobin berbisik pada Hueningkai. Hueningkai hanya mengangguk. Dia mengetap giginya dan memandang ke arah lain.
"YEONJUN HYUNG!" Soobin berlari ke arah Yeonjun yang diikat pada kerusi. Yeonjun memandang Soobin yang berlari ke arahnya.
"Soobin" katanya lemah. Tiba-tiba ada suara orang menjerit datang menjengah telinga mereka.
"LIPAS AAAAAAA" seorang lelaki berlari ke arah mereka dan melanggar Beomgyu.
"Hoseok hyung?" Hoseok yang terjatuh itu hanya menutup muka. Alamak kantoilah pulak.
"Hobie" Yoongi berlari ke arah Hoseok dan mengangkatnya.
"So plan is overlah?" Tanya Yeonjun. Soobin memandang Yeonjun tak percaya.
"A-apa semua ni?" Yeonjun bangun dan membuka ikatannya. Alah,bukannya kena ikat betul-betul pun.
"YOU HAVE BEEN PRANK!"
AAK AAK AAK AAK *bunyi burung gagak*
Mereka bertiga mula menangis dan terduduk. Ahli BTS yang lain datang mendekati mereka semua.
"Eh-kenapa nangis pulak? Yeonjun ok jelah" Kata Jin. Mereka masih tidak berhenti menangis macam budak kecik.
"KITAORANG RISAU TAHU TAK!"
"HUENINGKAI TAHAN UNTUK TAK TAKUT DENGAN LIPAS UNTUK HYUNG"
"TAEHYUN TERKEJUT SANGAT HIKS BILA DENGAR HYUNG KENA CULIK"
"BEOMGYU NAK MASAK UNTUK HYUNG TAPI HYUNG HILANG! BEOMGYU INGAT BEOMGYU TAKLEH NAK MASAK UNTUK HYUNG DAH"
Yeonjun tersenyum. Namjoon dan Jin hanya menggelengkan kepala melihat perangai diorang semua tu.
"Dahlah, macam babylah korang nangis. Jom kita balik"
"T-tapi kenapa hyung buat semua ni?"
"Sebab nak ajar koranglah sebab asyik gaduh aje. Tapi ni bukan idea hyung, ni idea Pdnim"
"Betul,tapi kitaorang pulak kena terlibat" kata Jungkook.
"Habis lipas serang kaki aku" Hoseok juga mahu menangis. Mana tak nangis, lipas tu nyaris-nyaris je terbang kat dia tahu tak?
Tipulah korang tak lari bila lipas terbang.
"Lain kali jangan gaduh ya?" Namjoon tersenyum kepada mereka semua. Mereka mengesat air mata dan mengangguk.
"Mianhe hyung" mereka bertiga memeluk Yeonjun dengan erat. Yeonjun tersenyum dan membalas pelukan mereka.
"Kisah jugak korang pasal hyung ya? Hehe"
Dan malam itu berakhir dengan pelukan,gelak tawa dan air mata. Oh, dah tidak lupa juga makanan yang dibelanja oleh Yeonjun.