S

386 50 14
                                    

"GOOD MORNING JIRAN SEBELAH! BELUM BANGUN LAGI KE?"

Yeonjun menggosok matanya. Dia mengejutkan Soobin supaya membuka pintu. Namun,Soobin pula sudah menutup telinga dengan bantal dan sambung tido.

Jahanam punya kawan.

"KEJAP!"

Yeonjun menuruni tangga dan membuka pintu utama.

"Hmmm...ya?"

Seorang perempuan yang memegang bakul tersenyum ke arah Yeonjun dan seorang lagi perempuan yang mentrynya tempoh hari.

"Nak beli tak?" Tanya perempuan yang memegang bakul itu. Yeonjun mengaru kepala.

"Cik jiran ni jual apa?"

"Jual biskut dengan nasi lemak" terang perempuan itu lembut. Si jiran yang menggoda Yeonjun haritu membuat muka masam.

"HEISH CEPATLAH!NAK BERDATING EH KAU YUNI"

"Maaf...abang nak beli tak?"

Yeonjun mencari duit di dalam dompetnya.

"Hah bolehlah, bagi 7 bungkus nasi lemak dengan satu peket biskut tu" jarinya menunjuk ke arah biskut berbentuk strawberi bersalut coklat.

"Boleh! Terima kasih sebab beli" Yuni terus meletakkan nasi lemak ke dalam plastik.

"Semuanya RM 7.60 sen" Yeonjun mengeluarkan wang dan memberikannya kepada Yuni.

"Abang Yeonjun nanti sidai kain lagi tak?" Tanya jiran gatal itu. Yeonjun hanya tersengeh.

"Tengoklah kalau saya rajin nanti. Kalau tak, muka orang lainlah muncul"

Jiran itu tersenyum gatal. Kakinya juga menghentak tanah. Mungkin ingat boleh nampak orang hot lagi kot. Nanti Bangshihyuk yang sidai kain mampu pengsan dia.

Bukan pengsan sebab hot tapi pengsan sebab terkejut.

Yeonjun menutup pintu sambil menguap. Bungkusan plastik berisi nasi lemak diletakkan di atas meja.

"Harini cuti boley tido puas puas" badan diregangkan sebelum dia berjalan masuk ke dalam bilik.

"Soobin aku dah beli nasi lemak"

Soobin hanya merengus

"Eh eh budak ni. Ucaplah tenkiu ke ape ini tak"

Yeonjun tidak mempedulikan Soobin dan sambung tido.

______________

_
_
_

_

_

11 A.M

"HUAGHHH" Hueningkai berjalan merentasi ruang tamu sambil menggaru bontot.

"Wuish NASI LEMAK" matanya bersinar-sinar melihat bungkusan nasi lemak di atas meja.

"Taehyun hyung! Mai makan nasi lemak"

Taehyun yang sudah habis mandi terus keluar dan menghampiri Hueningkai. Dia dah pakai baju eh, korang jangan pikir bukan-bukan.

"Hyuka ke beli?"

"Bukan, Hyuka jumpa atas meja ni tadi"

Taehyun mengangguk. Sudu dan pinggan dicapai lalu mereka berdua mula menjamu selera.

"Hyuka nak tengok magic tak?"

Hueningkai menggaru kepalanya.

"Alah setiap kali kita buat Vlive hyung buat magic an? Bosan"

Taehyun memandang sekeliling dan berbisik.

"Ni magic lain"

"Magic apa?"

"Dengar tak?" Tangannya diletak ke telinga seolah-olah mencari bunyi.

"Apa?"

"Magic cinta saya pada awak,ACIA CIA CIA"

Hueningkai membuat muka meluat. Dia sambung makan nasi lemak dengan khusyuk.

"Memandangkan harini cuti, jom kita keluar nak?" Cadang Taehyun. Hueningkai terdiam lama.

"Weh kau pesal? Cekik ke?"

"Hah? Apa hyung cakap tadi?"

"Eish aku pukul jugak kau ni. Orang tengah bercakap dia berangan pulak" Taehyun meletakkan pinggannya ke dalam singki diikuti oleh Hueningkai.

"Jom keluar pergi taman nak?"

"Alah apa barang gi taman hyung? Jom ah kita pergi mall"

Taehyun menggeleng.

"Hueningkai, bila kita pergi mall kita lansung takkan ada privasi. Kau nak ke?"

Hueningkai tersenyum.

"Tak mau, tak mau"

"Aku rasa lama dah kita sembang tapi kenapa diorang tak bangun-bangun?" Taehyun bangun dari kerusinya dan menuju ke bilik hyung line

"Yeonjun hyung bangunlah weh"

"Soobin hyung"

Soobin dan Yeonjun sudah bangun dan menstrechkan bodynya

"Korang tak makan ke nasi tu?"

"Makan tadi. Tinggal sikit je hyung"

"Alah biarlah. Tadi jiran kita yang jual" kata Yeonjun.

"Jiran? Yuni tu ek?" Tanya Beomgyu yang baru keluar dari bilik. Yeonjun hanya mengangguk.

"Ouh, baguslah hyung beli"

"Weh pesal hambar sangat umah ni?" Tanya Soobin. Semua mengangguk.

"Rasa macam ada something kita terlupa"

Taehyun mengecek kalendar.

"Weh habislah kita"

"Pesal?"

Jarinya menunjuk ke arah kalender.

"HARINI KERJA WEH BUKAN CUTI"

"HABISLAH KENA CERAMAH DENGAN BANG SHIHYUK"

"ANDWEEEE AKU TAK NAK DENGAR SEJARAH BIGHIT SAMPAI LIMA JAM"

____

____

____

____

____

4 petang

Mereka dimarahi Pdnim kerana lambat datang kerja dan kena ceramah sampai dua jam. Lepastu pulak kena denda cuci jamban Bighit.

"Siapalah yang pandai sangat kata harini cuti?" Yeonjun masih termengah-mengah. Penat mencuci jamban yang banyak. Dulu jamban sikit sekarang dah banyak.

"Siapa lagi kalau bukan cik manager yang salah tengok schedule" Soobin meneguk air dengan laju.

"AAAAAAAAAAAAA"

"Pesal?" Taehyun menuju ke arah Hueningkai yang menjerit.

"B-b-beomgyu hilang"

"APA!"

ᴛxᴛ ʜᴏᴜꜱᴇWhere stories live. Discover now