S1.14 Rindu

9.7K 204 58
                                    

Tingkatan 5 Niah bersorak keriangan menerima keputusan ujian matematik yang rata-rata mencatatkan peningkatan. Ucapan tahniah tidak lekang di bibir Elliot. Suasana kelas agak bingit kerana minggu peperiksaan telah tamat. Jadi sekarang para pelajar dan kakitangan sekolah akan sibuk dengan persediaan minggu sukan sekolah yang bakal menjelma dua minggu lagi.

Minggu sukan yang diadakan sekali setahun adalah acara terbesar yang diadakan SMK XXX. Kebiasaannya hari terakhir minggu sukan akan turut disertai penduduk kampung yang menyertai acara-acara khas. Gerai-gerai kecil yang menyewa tapak perkarangan sekolah akan memberi peluang perniagaan kepada sesiapa yang berminat, sekaligus memberi sumbangan serba sedikit kepada sekolah.

Para palajar sudah mula kedengaran membincangkan perihal rumah sukan mana yang bakal menjadi juara tahun ini. Acara-acara terhangat seperti larian pecut 100 meter dan pertandingan bola sepak turut galak diperdebatkan. Uniknya, acara bola sepak akan dibahagikan kepada kategori sekolah dan orang awam. Wakil-wakil rumah panjang tidak melepaskan peluang menghantar pasukan masing-masing untuk mempertahankan atau merampas piala pusingan.

Hasil perbincangan di group whatsapp cikgu sekolah, Elliot kemungkinan akan ditugaskan untuk menyelia sukan bola tampar dan bola sepak. Tertakluk kepada perubahan. Bola sepak? Peluh dingin mengalir membasahi dahinya.

Elliot memandang ke sudut belakang. Kanyan sedang rancak bercerita dengan Alex, menggayakan skil bolasepak yang ditonton di video. Jacob hanya mendengar dengan wajah datar dan dinginnya. Tiba-tiba Jacob memalingkan mukanya melihat Elliot. Senyuman ditujukan kepada cikgunya itu.

Deg!

Jantung Elliot berdetak tatkala matanya bertatapan dengan Jacob. Entah mengapa kali ini pandangan mata Jacob bukan seperti yang biasa dirasakannya. Sesekali Elliot mencuri pandang Jacob. Manakala Jacob pula sesemangnya memerhati Elliot dengan senyuman penuh erti. Jacob hairan kenapa hatinya terasa seperti terkena renjatan eletrik yang menyamankan? Perasaan apakah itu? Segalanya begitu asing bagi Jacob..

***

Elliot kembali ke kuarters pada jam 1 petang. Cuaca yang agak panas menjadikan langkahnya melaju. Elliot mandi agak lama untuk menyejukkan badan dengan aliran air yang sejuk.

"Kita bercinta cikgu? Boleh? Saya nak belajar bercinta dengan cikgu. Tapi bukan cinta betul-betul la. Cikgu jangan risau okay? Boleh kan cikgu?"

Kata-kata permintaan Jacob beberapa hari lalu tergiang-ngiang dalam benak Elliot. Senyuman dan tenungan Jacob di kelas tadi membuat Elliot salah tingkah. Sejak dari peristiwa malam tersebut, Elliot cuba sedaya upaya mengelak dari Jacob.

Petang nanti pendaftaran pasukan bola sepak sempena minggu sukan sekolah. Elliot pasti Jacob akan ada di perkarangan sekolah. Dia harus mencari cara agar tidak berhadapan dengan pelajarnya itu. Walau dengan cara apa sekalipun!

Selesai mandi dan makan, Elliot melangkah ke luar kuarters. Penampilan Elliot mengenakan baju jersi merah dan seluar tracksuit hitam nampak santai. Pewangi istimewa disemburkan beberapa kali ke leher dan pergelangan lengannya. 'Jangan jumpa Akub! You can do it Elliot!'

 'Jangan jumpa Akub! You can do it Elliot!'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SELAMAT PAGI CIKGU (COMPLETED)Where stories live. Discover now