S2.4 Thoughts?

5.8K 123 37
                                    

Hi guys? How are you? Semoga sihat dan ceria selalu.

Ni bukan update sebenar cerita ni... Thor just nak luahkan apa yang bermain di benak thor beberapa hari kebelakangan.

1. Coronavirus aka Covid 19

Masa wabak ni mula-mula jadi dulu, thor banyak baca post/artikel kat medsos mengecam penduduk China (Wuhan khususnya). Ramai yang seolah-olah puas wabak ni menimpa dorang. Bala dari Tuhan la. Kena laknat la. And so on. Tapi bila Malaysia pun kena tempias wabak Covid 19, tiba-tiba ramai pula yang cakap ni semua ujian Tuhan. Ehh tadi bala, sekarang ujian pulak dah?

My point is, why not kita bagi support to each other? Ketepikan dulu sentimen dan sengketa. Wabak ni kalau jadi pandemik dia tak kira kau bangsa or suku apa. Daripada mengegam bagus dok diam dan doakan yang terbaik untuk negara-negara terlibat membendung Covid 19. So far China did very well. Update dari sehingga pagi 22 Feb 2020 tadi mencatatkan penurunan mendadak kes jangkitan baru di China. Which is great news! Since China is the ground zero wabak ni. And congrats kepada negara jiran kita Indonesia belum mencatatkan sebarang kes sehingga kini. I dunno how they did it but salute!

 I dunno how they did it but salute!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2. Pemergian arwah Abam Bocey dan Ashraf sinclair

Jujur thor terkejut dengan pemergian kedua insan ni. Apatah lagi usia yang masih dikira muda. Jangkaan hayat rakyat Malaysia bagi lelaki adalah 74 tahun. Tapi tu la. Jangka hayat tu berdasarkan kajian dan statistik. Tapi kalau ajal maut dah ditentukan, yang sampai ajal akan tetap pergi. Thor takjub melihat video pengebumian arwah Abam Bocey. Masjid penuh! Perkarangan kubur pun ramai orang. Orang yang menghantar arwah untuk dikebumikan berbondong-bondong. I mean like, ternyata Abam begitu disayangi warga marhaen. Segala amal yang tidak didedahkan selama ni keluar satu persatu. Terasa diri ini masih begitu cetek amal dan pahala. And then, ada pula cerita tak berapa baik pasal pembahagian harta antara isteri dan anak serta keluarga arwah. Something about faraid? Ada kawan thor yang muslim terangkan tapi thor tak berapa faham. Huhuhu.

Masa drive hari isnin lalu thor teringat pasal pasangan Ashraf dan BCL. Sebab dulu thor pernah minat lagu BCL. Then pagi selasa tu thor baca kat medsos yang Ashraf dah meninggal. Scroll2 FB tengok post dari page yang sahih, ternyata berita tu benar. Ye la zaman sekarang tak boleh harap dengan berita satu sumber. Ramai yang suka share tanpa usul periksa. Tup2 fake news. Sekarang awas ya guys, kalau didapati menularkan fake news boleh didakwa. Back to the story, kesian tengok BCL dan anak mereka Noah ditinggalkan tiba-tiba macam tu. Arwah Ashraf meninggal disebabkan masalah jantung. Then para netizen mengaitkan regim exercise arwah Ashraf di sebuah klinik kesihatan dan kecantikkan swasta merupakan punca semua tu berlaku. Tapi bagi thor, kita tak tau laporan perubatan yang sebenar dari hospital di sana. So bersangka baik dan doakan arwah ditempatkan dengan orang beriman. Serangan jantung boleh mempengaruhi orang muda juga ya guys. Dan waktu kritikal serangan jantung biasa terjadi adalah pada waktu pagi atau fasa terakhir waktu tidur.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

3

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

3. Immigrants/Pekerja asing

Sebagai kakitangan kesihatan dan perubatan, thor banyak deal dengan pesakit warga asing. Kalau di Sarawak ni kebanyakkan dari negara Indonesia, China, Korea dan Jepun. Majoriti dari Indonesia la.
Kisah pertama masa kat masa thor masih kerja kat klinik dulu, ada sorang pesakit orang Indonesia ni dibawa ke klinik sebab sakit teruk. FYI, dorang ni memang jenis yang suka tahan sakit. Maksudnya kalau belum teruk dorang takkan pergi klinik or hospital. Back to the story, bila warga asing nak masuk hospital dorang kena bayar deposit lebih kurang seribu camtu. Then semua perkhidmatan di hospital ni kena bayar dari pendaftaran, ujian darah, xray, penginapan di wad dan sebagainya. Yang buat thor kagum, dorang sesama pekerja buat collection untuk tolong si pesakit. Bagus kan semangat macam tu? Masing-masing tolong rakan anak perantau. Dah tu ada yang nak kena bagi surat cuti sakit (MC) insist untuk bekerja. Taknak cuti. Tapi tu la, dorang ni memang fokus nak cari duit sampai tak pedulikan kesihatan.

Thor kalau jumpa pesakit dari Indonesia ni memang kesian plus kagum kekadang. Kenapa dorang memilih untuk kerja di Malaysia? Apa matlamat kerja dorang? Nak buat rumah? Nak kahwin? Sekolahkan anak/adik? And kesian juga ada pekerja yang luahkan isteri dia kat Indon selingkuh dengan laki lain. Duit yang dia kirim untuk buat rumah, last-last lari dengan laki lain. Kesian kan? Pekerja asing jahat? Well asalkan namanya manusia, memang akan ada yang baik dan jahat. Tak kira vangsa atau warna kulit. Kalau sorang dua jahat takkan kita nak pukul rata yang lain kan?

Kawan thor ada bagitau, sorang pekerja Indon di restaurant balik negara asal dan tak balik bekerja di Malaysia lagi sebab dia bakal jadi cikgu! Hooray! Amazing kan? Jangan pandang pekerja asing sebelah mata. Mungkin dorang ada education level yang lebih tinggi dari kita. Macam tu la rakyat Malaysia yang kerja jadi cleaner Singapura dan kutip buah di Australia. Ramai yang berkelulusan kolej/universiti. Kan? Rezeki kerja tak semestinya sama dengan jurusan pengajian yang kita ambil. Yang penting bersyukur.

Last but not least, thank kepada readers yang komen dan dm thor bagi semangat time thor down kebelakangan ni. God bless you guys.

Kindly leave your thoughts in the comment section. Thor nak tau pendapat or isi hati korang pasal 3 perkara di atas. ❤️❤️❤️

SELAMAT PAGI CIKGU (COMPLETED)Where stories live. Discover now