Minggu Sukan Tahunan Sekolah bermula menjelang hari Isnin. Elliot sudah pergi ke perkarangam sekolah seawal jam 6 pagi. Elliot ditemani dua pelajar lain berjalan mengelilingi padang bola dan balapan. Memeriksa sebarang bentuk permasalahan yang perlu ditangani segera. Terdapat beberapa pekakas berkebun yang tertinggal di tepi padang bola. Salah seorang pelajar mengangkat peralatan tersebut lalu dihantar ke stor tukang kebun sekolah.
Elliot meneruskan rondaan lagi ke dewan tertutup bercat hijau berbumbung biru. Dewan yang bakal menempatkan acara badminton, ping pong dan bola tampar. Dewan sederhana besar dan mampu menempatkan lebih kurang 1000 pelajar dalam satu-satu masa. Tiga gelanggang badminton sudah dipasang jaring. Kerusi dan meja pengadil perlawanan turut tersedia. Kerusi untuk penjaga garisan di setiap sudut gelanggang tersusun rapi.
Selesai memeriksa dewan tertutup, Elliot meneruskan langkahnya ke belakang dewan. Plastik sampah dilapis ke dalam tong sampah hitam yang kemudiannya diedarkan di sekitar venue pertandingan. Elliot pasti pengunjung pada hari pertama kejohanan akan sangat ramai. Jadi persediaan dari segi kebersihan hendaklah mencukupi.
Pukul 7 pagi ketua biro sukan dan rekreasi sekolah, En. Razali memberikan taklimat kepada AJK pengelola dan pasukan sukarela. Persediaan venue, pasukan bantuan perubatan awal, AJK kebersihan dan AJK keselamatan ditekankan peranan tugas masing-masing. Selesai taklimat, kesemua AJK pergi ke padang sekolah untuk persediaan memulakan acara.
"Elliot!" Elliot menoleh ke belakang tatkala namanya dipanggil. Syafiq berlari anak menuju ke arahnya.
"Hai Syafiq... Pagi."Sapa Elliot dangan senyuman. Syafiq yang mengenakan baju jersi hitam tanpa kolar dan seluar jersi hitam paras atas lutut kelihatan begitu atletis dan segak. Elliot sempat melirik ke arah bonjolan yang sederhana besar di sebalik seluar hitam Syafiq.
"Maaf Elliot... Aku terlambat bangun. Sepatutnya kita berdua sama-sama meronda venue tadi. Maaf eh." Permohonan maaf Syafiq menyedarkan Elliot dari imaginasinya yang kian melalut.
"Ohhh... Takpa la Syafiq... Semalam kan kau dah bagi aku chance balik awal. Mesti kau masih letih lagi kan? It's okay. Aku paham." Elliot tersenyum.
"Thanks Elliot! Ermmm tak la letih sangat. Okay dah lepas tidur nyenyak. Sampai terbabas. Hahaha." Syafiq dan Elliot sama-sama ketawa. Perjalanan ke padang diteruskan sambil sesekali mereka disapa pelajar sekolah. Ramai pelajar perempuan yang beria-ia menyapa Syafiq lalu ketawa sesama mereka. Bagi Elliot itu semua normal bagi remaja yang baru meningkat umur. Pasti ada yang mengidolakan cikgu di sekolah masing-masing. Elliot juga pernah melalui pengalaman melucukan sebegitu suatu ketika dahulu.
Penduduk rumah panjang dari kawasan sekitar mula memenuhi perkarangan sekolah. Penduduk dari rumah panjang yang jauh datang membawa *tubang rotan diisi barang keperluan selama beberapa hari di sekolah. Pihak sekolah telah berbesar hati meminjamkan beberapa bilik kelas untuk dijadikan tempat bermalam penduduk yang tinggal jauh. Setiap tahun jumlah penduduk yang menumpang tinggal di sekolah pasti akan bertambah.
YOU ARE READING
SELAMAT PAGI CIKGU (COMPLETED)
Roman d'amourBersedia untuk patah hati berkali-kali? Silakan membaca😇