"Awak comel. Cantik. Mana la saya takut. Tergoda ada la. Hahahha!" - Jacob
Pagi Sabtu seawal jam 10 pagi Elliot dan Jacob sudah menuju ke kawasan air terjun untuk berlatih selama sejam. Suasana air terjun agak lenggang dan paras air sudah naik sedikit akibat hujan lebat semalam.
"Cikgu... Cikgu tunggu sini dulu boleh? Saya nak pasang pukat kat sungai sana kejap... Boleh?" Jacob mengharap agar Elliot mengiyakan permintaannya. Perjalanan ke kawasan sungai yang Jacob maksudkan melalui jalan bersemak samun. Hujan yang lebat semalaman pasti membuatkan tapak jalan menjadi becak. Dia tidak mahu Elliot kepayahan mengharungi *daun empasan dan ranting kayu yang mungkin melukakan peha mulus Elliot.
*daun empasan tu sangat tajam.batangnya berbentuk segitiga. Daunnya selalu digunakan untuk mengaul padi pulut ketika disanggai untuk dijadikan bertih beras.
"Okay."Jawab Elliot sepatah seraya mengukir senyuman.
"Jangan mandi dulu tau. Air dalam. Boleh?" Pinta Jacob.
"Okay... Saya tunggu tepi sungai... Hehehe."
"Janji?" Jacob merenung wajah Elliot. Inginkan kepastian. Elliot hanya mengangguk pantas. Pipinya merona kemerahan. Entah mengapa hatinya suka apabila Jacob mengambil berat terhadapnya. Rasa bahagia yang sukar diungkap.
Jacob mengenyitkan matanya sebelum berlalu pergi. Membuat Elliot ketawa tersipu-sipu. Boxer pendek yang agak ketat dipakai Jacob seolah memeluk erat punggung padu dan anakondanya. Sesiapa yang berselisih dengan Jacob kala ini pasti akan melirik senjata keperjakaannya. Bahkan para beluncas sekalipun akan kegatalan.
Lebih kurang 15 minit berjalan, Jacob akhirnya sampai di cabang sungai yang selebar lebih kurang 20 kaki. Paras air telah naik sedikit berbanding kebiasaannya. Tali di bahagian salah satu hujung pukat diikat pada kayu yang dicucuk di tebingan sungai. Jacob menjulurkan kakinya perlahan-lahan ke dalam sungai sehingga paras pertengahan pehanya. Cuba untuk menyesuaikan kedinginan air sungai dengan suhu badannya. Anakonda di dalam seluar separa menegang. Mungkin akibat kesejukan di kaki yang menjalar ke atas. Terlihat senak di dalam seluar pendeknya.
Jacob mula membawa gulungan pukat menyeberangi sungai. Tangan kanan memegang pukat manakala tangan kirinya melakukan kuakkan renang. Kedalaman sungai melepasi ketinggian Jacob jika berdiri. Jacob tidak mempunyai masalah untuk berenang walaupun membawa bebanan.
Elliot duduk bersandar pada kayu di tepian sungai. Tangannya mengukir permukaan tanah dengan ranting kayu. Elliot menyanyi lagu strawberries and cigarettes nyanyian Troye Sivan.
Krakk!
Elliot dikejutkan bunyi ranting kayu patah. Matanya melilau ke belakang melihat jika Jacob sudah kembali. Tiada kelibat Jacob. Elliot menoleh semua ke sungai sambil mengayunkan ranting kayu kebosanan.
Krakk!
Sekali lagi perhatian Elliot teralih ke belakangnya. Mata Elliot terbeliak saat melihat seorang lelaki memakai baju hitam tanpa lengan dan berseluar jogging warna kelabu. Jejaka tinggi lampai yang baru kali pertama bersua muka dengan Elliot.
YOU ARE READING
SELAMAT PAGI CIKGU (COMPLETED)
Roman d'amourBersedia untuk patah hati berkali-kali? Silakan membaca😇