Seawal jam 7 pagi Jacob sudah terpacak di satu blok bilik sewa yang baru siap dibina. Perusahaan yang diusahakan puan Alisa dan suaminya itu memilih menggunakan khidmat Jacob kerana hasil kerja yang teliti dan….. Korang tau la sendiri kan? Jacob menerima kontrak untuk melakukan wiring dan pemasangan penghawa dingin dan water heater di kesemua 16 unit bilik sewa tersebut. Habuan ditawarkan mencecah puluhan ribu ringgit tersebut memancing minat Jacob. Apatah lagi sekarang bertambah satu lagi ahli keluarga yang perlu disaranya.
Jacob diberi masa selama seminggu untuk melakukan wiring dan pemasangam penghawa dingin. Setakat ini Jacob hanya bekerja sendiri walaupun waktu kontrak yang diberikan lumayan singkat. Jacob bahkan terpaksa bekerja hingga pukul 9 malam setiap hari agar kerjanya berjalan seiring waktu.
Puan Alisa berdiri di tepi tangga ketika Jacob melakukan pemasangan satu set penghawa dingin. Matanya puas menatap ceruk badan Jacob yang mengenakan baju senyawa. Imaginasi liarnya membayangkan sosok badan Jacob di sebalik baju tersebut. Puan Alisa nekad inginkan lebih dari sekadar melihat brondong seksi di depannya.
Jacob yang sedari tadi fokus dengan kerjanya mula perasan akan kehadiran puan Alisa di tepinya. Mata jantan Jacob sesekali tertacap pada gunung montok puan Alisa yang dilapisi baju longgar tapi agak terdedah di bahagian bahu dan dada. Rugi tak tengok kan Akub? (Nanti thor bagitau Elliot).
"Jacob.. Rehat la dulu.. Ni saya ada bawakan teh ais.. Minum la.." Pelawa puan Alisa sambil mengepit kedua sikunya ke arah dada. Sekaligus menonjolkan lagi gunung montoknya.
Jacob menoleh ke bawah tangga dan meneguk liur. Seleranya terpancing membuak-buak kini. Teh ais dalam genggaman puan Alisa seolah-olah menggodanya. Dengan sekali minum air tersebut habis diteguk. Puan Alisa hanya tertawa melihat bertapa hausnya Jacob akan dirinya. Ehhh? Puan Alisa mengeluarkan sapu tangan dari celah dadanya lalu menyeka sisa air di bibir Jacob. Peluh yang bergucuran di dahinya turut dilap.
"Takpa.. Saya boleh buat sendiri.." Balas Jacob lalu mengambil tuala di tangan puan Alisa. Senyuman gatal di bibir puan Alisa sedikit pudar apabila Jacob menghentikan modus gatalnya. 'Jual mahal kau ye? Aku takkan mengalah' Detik hati puan Alisa.
Drtt! Drtt! Drtt!
Telefon pintar Jacob bergegar. Tertera nama panggilan Sulu🥰 di layar skrin. Puan Alisa menatap penuh penasaran apabila melihat nama si pemanggil.
"Hello sulu?" Jawab Jacob. Hati puan Alisa berdetak kencang mendengar panggilan Jacob sebentar tadi.
"....."
"Jadi macam mana baby? Jap daddy balik sekarang.." Jacob bingkas bangun dari duduknya.
"Puan.. Sorry.. Anak saya demam panas sekarang.. Boleh saya balik awal hari ni?" Pinta Jacob.
Puan Alisa hanya mengangguk dan tersenyum tipis. Ternyata brondong idamannya sudah beristeri dan ada anak?
*
*
*
Elliot dan Jacob bergegas membawa Jaremy ke jabatan kecemasan sebuah hospital swasta. Kerisauan jelas terlihat di wajah Jacob. Walaupun Jaremy selalu merengek dan bergaduh dengan Jacob, bayi tersebut terlihat tidak memberontak di dalam dakapan Jacob. Hati Jacob sayu melihat anaknya kurang bermaya. Jujur Jacob kini rindu dengan sikap memberontak Jaremy terhadapnya.
Mujur keadaan Jaremy tidak teruk dan hanya diberikan suppository paracetamol dan oral antibiotic. Doktor pediatrik memutuskan untuk mendiscaj Jaremy dan dipantau rapi di rumah. Apatah lagi oeringkat awal demam kanak-kanak adalah waktu yang sangat kritikal. Sepanjang perjalanan pulang Jacob mengendong anaknya sementara Elliot memandu kereta.
YOU ARE READING
SELAMAT PAGI CIKGU (COMPLETED)
RomanceBersedia untuk patah hati berkali-kali? Silakan membaca😇