S1.31 Kotak Hitam

9K 218 141
                                    

Tanpa terasa ujian Sijil Pelajaran Malaysia cuma tinggal seminggu lagi. Seluruh warga SMK XXX dari pelajar sehingga kakitangan tampak begitu teruja. Peperiksaan pra-SPM yang lalu menunjukkan peningkatan ketara kesemua subjek terutamanya matematik. Ujian SPM yang akan datang bakal menjadi tanda aras keberkesanan segala persediaan cikgu dan murid SMK XXX.

Dua bulan setelah peristiwa perpisahan sementara Elliot dan Jacob. Kedua mereka kini menjalani rutin seperti dahulu. Elliot sering barmalam di rumah baru Jacob dan begitulah sebaliknya. Latihan renang masih berjalan seperti biasa. Sebelah malam biasanya diisi dengan sesi belajar yang kadangkala turut disertai Kanyan.

Perubahan ketara dalam hubungan Elliot dan Jacob sepanjang dua bulan ini. Kedua mereka seolah masih kaku jika berduaan. Tiada lagi usik mengusik ketika bersua. Elliot tidak lagi berani memeluk manja Jacob. Begitu pula Jacob tidak lagi bergurau nakal berbau lucah dengan Elliot. Apatah lagi meramas cikgunya seperti dulu. Tiada lagi keintiman seperti yang pernah terjadi. Berbeza dengan saat mereka chat bila tidak tidur bersama. Kadang-kadang mereka betah chat sehingga larut malam. Sentiasa ada isu yang mereka bincangkan. Tidak sekekok ketika berkomunikasi bertentang mata.

Elliot teringin sekali menggoda Jacob seperti dulu. Namun realiti sering menerpa dan maragut kayakinan dirinya. Elliot sedar dia bukan wanita sejati. Tiada susu anjal apatah lagi puki tebal. Elliot sedar Jacob merupakan sosok lelaki yang cukup sifat. Elliot sedar jika dia bertindak meluahkan perasaannya, belum tentu Jacob bakal memberikan respon yang sama. Apatah lagi Jacob sudah pernah merasa lurah keramat syurga dunia si Naomi. Jujur Elliot kini sedar dan merasa rendah diri.

Jacob terkadang ingin sekali merangkul Elliot tatkala tidur bersama. Perasaan Jacob kosong terlebih lagi menatap Elliot yang keseringan membelakanginya semasa tidur. Tiada sudah insan yang sering bersandar di bahunya seperti dahulu. Tiada sudah usapan lembut jari mulus Elliot membelai dada dan perutnya. Akhirnya, mereka berdua membelakangi diri masing-masing hingga fajar menyinsing.

*
*
*

Kanyan: Sayang... 10.18pm

Unknown: Iya baby? 10.19pm

Kanyan: Baby nak tanya kat sayang ni. Boleh? 10.22pm

Unknown: Boleh je baby. Tanya la. 10.24pm

Kanyan: Baby nak tau nama sayang boleh? Pleaseeee 10.25pm

Chat antara Kanyan dan unknown diam seketika. Kanyan sudah mulai resah. Adakan si unknown merasa didesak? Tertekan? Kanyan berniat mengurungkan niatnya untuk mengetahui siapa gerangan disebalik unknown yang digelarnya sayang.

Unknown: Nanti sayang bagitau baby ok? Sekarang baby fokus dengan SPM. Sayang sentiasa sokong baby. Muahh 10.35pm

Kanyan: Okay sayang. Thank you huhuhu. I love you. Muahh! 10.36pm

Unknown: Love you more! Nites. 10.38pm

Kanyan meletakkan telefon pintarnya di dada. Kelegaan jelas mengisi ruang hati tatkala membaca chat si unknown. Kini sudah empat bulan mereka berbalas chat. Kanyan merasa keserasian yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Si unknown tampak begitu memahami dan sentiasa memberikannya ruang untuk diri sendiri.

Kanyan tidak langsung merasa terkongkong bercinta dengan unknown. Ya. Mereka telah mengungkap rasa cinta sejak sebulan yang lalu. Perubahan Kanyan kini, dia tidak lagi galak membalas chat yang dikirimkan pelajar perempuan di sekolah. Seperti Jacob, Kanyan juga tidak kurang peminat di sekolah. Bahkan terdapat beberapa pelajar tingkatan enam meminatinya. Kanyan pernah juga menduga si unknown dengan tidak menghantarkan pesanan chat selama sehari. Namu si unknown sabar menanti dan tidak kalut mencarinya. Akhirnya Kanyan sendiri yang runtuh benteng pertahanan dan menghantar pesanan suara kepada si unknown. Senjata makan tuan!

SELAMAT PAGI CIKGU (COMPLETED)Where stories live. Discover now