Sudah seminggu Elliot menjaga Jacob di hospital, namun kekasih hatinya itu masih belum sedar dari koma. Selama seminggu Elliot berkampung di unit rawatan rapi tanpa sosok Jaremy yang dititipkan kepada Thompson. Jujur Elliot rindu dengan anaknya itu. Rindu dengan telatah dua beranak yang selalu berkelahi di depannya.
Pembedahan tempoh hari boleh dikatakan berjaya. Tumpukan darah di rongga kepala Jacob berjaya dikeluarkan. Walaubagaimanapun, sukar untuk menilai samada pembedahan tersebut berjaya mengurangan risiko kerosakan kekal pada sel otak Jacob. Penilaian neurologi tidak dapat dilakukan kerana Jacob belum sedarkan diri.
Doktor Cecelia sudah menjelaskan secara terperinci kepada Elliot berkenaan perkara tersebut. Doktor Cecelia ingin Elliot bersedia jika Jacob tidak dapat mengembalikan fungsi otaknya yang terjejas tergantung kepada bahagian yang terlibat. Kenyataan doktor yang tambah merunsingkan Elliot, semakin lama Jacob tidak sedarkan diri semakin teruk prognosis penyakitnya.
"Elliot?" Ellot terbangun apabila merasakan bahunya terasa ditepuk. Elliot menggosok kelopak matanya lalu menatap Elleanor yang tersenyum ke arahnya. Zack berada disamping kakak sulungnya itu.
"Kak? Dah lama sampai?" Elliot bangun sambil edikit mengeliat.
"Baru ja sampai.. El dh makan?" Tanya Elleanor. Elliot hanya menggelengkan kepala sambil memberi senyuman tipis. Kelopak mata bawah Elliot sedikit kembang dan kehitaman.
"El pergi la balik dulu.. Biar akak dan abang tolong jaga Akub.. Akak taknak El sakit nanti.." Suara Elleanor lembut memujuk. Zack yang berdiri ditepinya mengangguk mengiyakan.
"Takpa la kak.. Saya nak ada disamping Akub bila dia sedar.. Saya taknak__"
"Takpa.. Biar saya hantar Elliot balik.. Boleh kan?" Kata-kata Ellitp dicelah. Fred yang baru sampai tersenyum lembut ke arah Elliot. Elleanor senyum mengiyakan. Zack dan Fred bersalaman sesama mereka. "Kami pergi dulu.." Pamit Fred.
Elliot yang sememangnya keletihan bergerak perlahan mengikut langkah Fred. Kereta BMW Fred terparkir tidak jauh dari lobi hospital. Fred membukakan pintu untuk mempelawa Elliot masuk sebelum bergerak memasuki pintu pemandu.
Sepanjang perjalanan kedua insan tersebut tidak banyak berbicara. Fred sesekali melirim wajah sayu Elliot yang termenung memerhati pengendara kenderaan yang fokus menuju destinasi masing-masing. Wajah Elliot tidak banyak berubah. Masih seperti wajah yang didambakannya beberapa tahun lalu.
"El.. Elliot.. Mengajar kat mana sekarang?" Sapa Fred memulakan bicara.
"Kat SMK Bandar XYZ."Sahut Elliot singkat sambil cuba mengukir senyuman. Fred mengangguk perlahan mengiyakan.
" Rie ka mana sekarang? "Tanya Elliot cuba membuat komunikasi tidak hanya sepihak.
" Kat.. Kat rumah.. "Sahut Fred. Suaranya hampir tidak terdengar. Elliot perasan akan perubahan mood Fred namun kepalanya yang sedikit berdenyut sekarang menyebabkan Elliot tidak berapa mengambil pusing perkara tersebut.
" Kat depan kedai hardware tu belok ke kiri.. Then jalan lurus.. Simpang pertama belok ke kanan.. Rumah warna putih tu rumah kami.. " Elliot bersuara memberikan panduan setelah suasana hening seketika. Fred yang fokus memandu mengikut semua tips landmark yang diberikan Elliot sebentar tadi. Lebih kurang 10 minit kemudian kereta BMW Fred terparkir di halaman rumah Elliot dan Jacob yang cukup luas dan agak berjarak dari rumah lain.
Fred bergerak mendekati kerusi Elliot lalu membuka tali pinggang keselamatannya. Wajah mereka kini begitu berdekatan hingga Fred dapat merasakan hembusan nafas Elliot. Kedua mereka mula memasuki rumah besar yang sangat sunyi tersebut. Tiada usik mengusik Jacob dan Elliot. Tiada rengekan baby Jaremy yang pantang bersama Jacob.
YOU ARE READING
SELAMAT PAGI CIKGU (COMPLETED)
RomanceBersedia untuk patah hati berkali-kali? Silakan membaca😇