S2.12 In Loving Memory

5.8K 195 275
                                    

Attention: So korang rasa apa terjadi dengan puan Nora, Ken dan Vince? Jeng3😈

Puan Nora dituduh atas kesalahan melakukan perlecehan seksual terhadap Jacob dan beberapa bekas pelajar yang turut membuat aduan sama. Puan Nora cuba menjerat Jacob dengan rakaman video seks antara Jacob dan Micheal namun tanpa disedari pendrive yang mengandungi video panas tersebut telah dicuri oleh Jacob. Dakwaan lain terhadap puan Nora adalah kesalahan penyalahgunaan kuasa dan manipulasi data kolej. Selain ditamatkan perkhidmatan puan Nora juga dipenjara dan dikenakan denda wang ringgit.

Ken pula mendapat pertuduhan melakukan urusan pemerdagangan manusia. Bukti transaksi duit dari puan Nora ke dalam akaun Ken mengesahkan bahawa dia telah menjual Jacob untuk melakukan seks. Kesalahan lain yang didakwa ke atas Ken adalah menyimpan, menggunakan dan memberikan dadah terkawal (pil tidur dan ubat perangsang) kepada Jacob, Micheale dan beberapa pelajar senior yang lain. Ken turut mendapat hukuman penjara dan denda wang ringgit serta ditamatkan pengajian.

Vince telah ditangkap polis pada hari Thompson keluar dari rumah sewa tersebut. Thompson menelefon polis atas dakwaan Vince mengedar dan mengambil dadah di rumah tersebut. Hasil pemeriksaan mendapati Vince ternyata positif menggunakan dadah dan memiliki beberapa pil Ectacy dan Methamphetamine. Vince dihukum penjara dan ditamatkan pengajian.

Tamat kisah tiga ahli neraka.

*

*

*

"Perhatian kepada Jacob Rentap... Perhatian kepada Jacob Rentap. Sila hadirkan diri ke pejabat pentadbiran sekarang juga. Sekian terima kasih."

Jacob yang tertidur di belakang kelas dikejutkan oleh rakan sekuliahnya, Zainuddin. Jacob menggosok matanya beberapa kali sebelum melangkah keluar bilik kuliah. Hari ini mereka tiada kuliah kerana pensyarah menghadiri mensyuarat tahunan. Elliot yang keletihan balik dari hospital awal pagi tadi mengambil kesempatan untuk melelapkan matanya.

Langkahan kaki Jacob melaju melalui beberapa blok yang memisahkan pejabat pentadbiran dan dewan kuliah mereka yang terletak di bangunan paling hujung.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk" Sahut encik Baharuddin selaku pengarah kolej yang baru.

"Tuan nak jumpa saya?" Sapa Jacob.

"Jacob?" Jacob hanya mengangguk mengiyakan.

"Silakan duduk" Encik Baharuddin mempersilakan Jacob duduk di depannya.

Jacob duduk di depan encik. Baharuddin yang kelihatan sibuk dengam kertas kerja berserakan di atas meja.

"Jacob.." Ucap encik Baharuddin setenang mungkin. Berita yang bakal disampaikannya sebentar lagi terasa begitu berat untuk diungkap.

"Tadi.. Pihak hospital menelefon saya.. Ada ahli keluarga Elliot.." Sebelum encik Baharuddin menghabiskan ayatnya, Jacob terlebih dahulu mencelah.

"Kenapa dengan Elliot tuan? Dia tak apa-apa kan?" Jacob merogoh telefon pintar di saku seluarnya. Kehabisan bateri! Jacob mula merasa panik dan bangun dari kerusi. Rambutnya diacak beberapa kali.

"Jacob.. Tolong sabar.. Semua ni dugaan.." Tanpa menunggu encik Baharuddin menghabiskan ayatnya, Jacob meluru berlari kembali ke kelas.

Jacob memecut laju meninggalkan perkarangan kolej menggunakan motorsikal kawannya. Jalan raya mula sesak dengan pengendara kenderaan yang keluar rehat tengah hari. Jacob lincah mengendali motor memintas kenderaan kiri dan kanan jalan.

SELAMAT PAGI CIKGU (COMPLETED)Where stories live. Discover now