"Baby bejimat ba tempat urang auk? Anang manchal.. Anang kanji.. I miss you baby.. Huhuhu.." Thompson menamatkan panggilan telefon. Kanyan dan rakan sejurusannya sudah memulakan praktikal selama seminggu di beberapa kilang pemprosesan gas asli dan petroleum sebelum memulakan cuti semester. Tempat praktikal yang dipilih Kanyan pula terletak di bandar yang berbeza. Mujur asrama penginapan disediakan untuk para pelatih di tempat tersebut.
"Baby hati-hati kat tempat orang okay? Jangan nakal.. Jangan gatal.. I miss you baby.. Huhuhu.." (Terjemahan)
Thompson pula masih mempunyai baki kelas pada Isnin hingga Rabu minggu depan. Cuti akhir semester satu bermula pada keesokkan harinya selama sebulan. Sepanjang menyewa rumah bersama, ini pertama kali Kanyan dan Thompson berjauhan disebabkan praktikal. Thompson keluar kamar untuk memastikan semua pintu dan tingkap rumah sudah dikunci. Almaklum di kawasan perumahan mereka biasa berlaku kecurian. Setahu Thompson Imran dan Farish sudah balik kampung. Vince? Thompson tidak berselisih langsung dengan Vince beberapa hari ni. Dah cuti juga kot.
Ting! Ting! Bunyi besi diketuk kedengaran sayup-sayup tatkala Thompson melangkah keluar bilik tidur. Bulu tengkuknya kini berdiri tegak. Selain takut dengan hantu, hati Thompson lebih risau jika bunyi tersebut adalah dari perompak.
Ting! Ting! Ting! Bunyi besi berlaga kian nyaring. Thompson memberanikan diri menjenguk ke arah pintu utama. Pintu terngaga luas! Batang mop yang terletak di tepi tandas diambil sebelum Thompson menggagahkan diri melangkah ke ruang tamu. Perlahan-lahan kepala Thompson menjenguk tepi pintu.
"Vince?" Thompson kaget. Namun kelegaan mengisi ruang hatinya. Nasib baik Vince. Kalau perogol? I mean perompak?
Vince hanya memandang Thompson sekilas pandang. Pandangannya kemudian terarah kepada batang mop di tangan kanan Thompson. Thompson cepat-cepat 'mengemop' lantai jubin di depan pintu.
"Mengemop sikit ni.. Kotor.. Haha.." Jawab Thompson gagap.
"Abang Vince belum start cuti?" Tanya Thompson.
"Dah.. Besok balik kot.. Atur motor dulu.." Vince yang dari tadi duduk di kerusi kini beralih mencangkung di belakang motor. Mata Thompson terbeliak melihat kawasan celah kangkang Vince yang terdedah di sebalik tuala mandi melilit pinggang. Besar! Thompson menelan air liur. Suasana kini canggung.
"Err.. Abang.. Saya masuk bilik dulu la.. Dah ngantuk ni.. Nanti abang jangan lupa kunci pintu okay? Nites.." Pesan Thompson.
"Ermm.." Jawab Vince sepatah. Matanya masih melekat menatap motorsikal.
Menjelang tengah malam Thompson terbangun kerana merasa haus dan ingin kencing. Walaupun penghawa dingin pada suhu 20°C tapi Thompson tidak merasa kesejukkan. Thompson merasa kepanasan badan Kanyan mendekapnya dari belakang. Kanyan?! Thompson sepantas kilat berpaling ke belakang. Vince tidur memeluknya!
"Vince.. Errr.. Abang Vince.. Bangun.." Thompson memanggil Vince namun sia-sia. Vince kini berbaring telentang sambil menggaru dagunya. Dengkuran Vince berbunyi lagi.
YOU ARE READING
SELAMAT PAGI CIKGU (COMPLETED)
RomanceBersedia untuk patah hati berkali-kali? Silakan membaca😇