Hati-hati dalam hidup ini. Ternyata kawan karib sekalipun bisa menjadi lawan andai kemarahan melintasi batasan. (Hint episode akan datanggggggg. Jauh lagi. Teka la korang) *thor ngeteh sambil tersengih... Fuhhh
Pagi itu Elliot keluar kuarters seawal jam 6 pagi ke tapak rumah baru Akub. Tapak baru bersebelahan sahaja dengan lokasi pondok lama. Jacob bermalam di rumah Kanyan kerana ingin turut sama mengangkut barang keperluan yang diletakkan di sana.
Dua hari berlalu setelah kejadian malang menimpa Jacob. Hasil perbincangan dan bukti yang terkumpul. Jacob didapati tidak bersalah. Cassandra dikahwin paksa dengan Dickson si duda anak dua. Keluarga Cassandra dihukum dengan memberikan seekor babi, seekor ayam, belanga, parang dan sejumlah wang kepada Jacob kerana telah memfitnah dan memalukannya.
Kanyan tidak kurang parahnya dengan Jacob. Mata kirinya masih agak lebam kerana bertumbuk tempoh hari. Fred hanya mengalami sengal-sengal badan dan terluka sedikit di buku lima. Siapakah yang malang menjadi mangsa penumbuk Fred.
Sesampai di tapak pondok Elliot sedikit terkejut. Begitu ramai penduduk yang turut sama mengikuti acara gotong royong tersebut. Elliot hanya menjangkakan hanya keluarga Kanyan dan beberapa kenalan Fred yang akan turut serta.
Sebenarnya selepas kejadian tempoh hari, ramai penduduk rumah Ningkan telah berubah fikiran terhadap Jacob. Mereka merasa serba salah kerana sejujurnya mereka turut sama menyalahkan Jacob pada peringkat awal. Selain dari sikap mereka sering memperlekeh Jacob selama ini yang hidup sebatang kara. Apatah lagi terpalit dengan perbuatan menyeleweng keluarga pakciknya.
Namun kini mereka sedar, semua itu bukan salah Jacob. Malah Jacob tidak pernah berbuat macam-macam di kampung seperti mencuri, merogol, mengambil dadah dan sebagainya. Masalah utama Jacob adalah sering bergaduh di sekolah. Kesungguhan Jacob mengumpul wang sendiri dalam tempoh beberapa tahun ini sehingga mampu membeli sendiri kelengkapan rumah turut membuatkan penduduk rumah Ningkan kagum dan bangga dengannya.
Kerja gotong royong hari ini dibuat dalam beberapa peringkat. Kerja dibagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama akan melakukan kerja-kerja merobohkan pondok usang dan melakukan kerja pendawaian pada rumah baru nanti. Kerja pendawaian termasuk mendirikan dua tiang sokongan untuk menarik wayar dari bekalan eletrik utama di rumah panjang. Kumpulan kedua pula bertanggungjawab mendirikan pondok baru dan melakukan kerja pemasangan paip air dari sungai yang dihubungkan dengan mesin pam air yang mengisi tangki biru. Kumpulan ketiga pula terdiri daripada Elliot dan golongan wanita yang bertanggungjawab menyediakan makanan dan minuman.
Dianggarkan lebih 60 orang turut serta dalam aktiviti gotong royong ini. Lebih mengejutkan beberapa penduduk dari rumah Juat turut serta dalam acara hari ini. Kebetulan acara gotong royong membuat rumah baru Jacob bertindih dengan acara persandingan Cassandra. Penduduk rumah Juat yang meluat dengan kedua pasangan mampelai mengambil kesempatan mengikuti acara di rumah Ningkan.
Kerja yang dimulakan dari jam 8 pagi usai bersarapan. Pondok lama selesai dirobohkan menjelang tengah hari. Begitu pula dengan pondok baru sudah siap separuh. Penduduk berhenti rehat tengah hari sebelum menyambung kerja yang berbaki. Menjelang pukul 6 petang, semua kerja pembinaan, pendawaian dan perpaipan siap. Hasil usaha bersama lebih 60 orang. Kerja yang berat menjadi ringan. Kerja lambat menjadi cepat.
Pam air dan lampu dihidupkan untuk memastikan penyambungan eletrik berfungsi dengan baik. Kepakaran Fred dalam bidang ini dipuji penduduk kerana ternyata hasil tangan dan panduannya, kesemua peralatan eletrik di rumah baru Jacob dapat dihidupkan dan berfungsi dengan baik. Pam air eletrik automatik juga sedang mengisi air ke dalam tong biru.
YOU ARE READING
SELAMAT PAGI CIKGU (COMPLETED)
RomanceBersedia untuk patah hati berkali-kali? Silakan membaca😇